***
Sila ke Channel The Rhinos Troops TV
***
Atau terus lihat kandungan channel di sini..
Highlight perlawanan di antara Sabah dan PKNP FC yang berkesudahan dengan Sabah menang 1-0 menerusi jaringan Rahmanshah Marajeh di minit-minit akhir perlawanan. Kredit: ROTP & IFLIX
Highlight perlawanan ketika Sabah menumpaskan pasukan Terengganu FC II dengan jaringan 2-1. Kredit: Berita Nasional RTM 1 Rasmi
Highlight perlawanan ke-14 Liga Perdana 2018 di antara Sabah dan UiTM FC dari Stadium UiTM Shah Alam. Kredit: UiTM Di Hatiku
Gol peribadi pertama Mafry Balang buat Sabah pada musim 2018 ini. Gol dihasilkan melalui tandukan selepas sepakan sudut baik daripada Sabri Sahar. Kredit: Bion Kringkring (Sabah Fan)
Gol-gol yang disumbangkan Lee Gil Hoon ketika menyarung jersi Sabah sepanjang musim 2017 dan 2018. Apa pun yang berlaku, anda tetap menjadi pemain legenda Sabah yang sentiasa dikenang. Kredit video: Bola Sepak Sana Sini
Jaringan Sharizam Sahar dan Stinley Peroson pada minit ke-82 dan 85 membantu pasukan Tawau FA menewaskan Rantau Panjang EJ-D 2-1 dalam Perlawanan Akhir Pertama LBR2017/18 di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.
Rekod tanpa kalah Sabah lebur selepas tewas mengejut 3-2 kepada UKM FC di Selayang. Jaringan Justin Samaan buat Sabah amat menarik dan layak bermain sebagai pemain kesebelasan utama. Kredit: RTM 1
Rembatan kencang dari jarak jauh yang leret dengan kaki kidal Sharizam Sahar melepasi penjaga gol Bandar Baharu untuk menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-88 yang membolehkan Tawau FA layak ke Final LBR 2018 dengan agregat 2-1. Kredit Video: Mohd Shahfiq