SUKMA 2016 #SukuAkhir: Sang Badak jinakkan Harimau Selatan!

Bermain dalam keadaan hujan lebat dan padang becak di Stadium Negeri, Kuching tidak menjejaskan corak permainan skuad SUKMA Sabah apabila mudah menewaskan pasukan Johor dengan dua gol tanpa balas.

Sabah berada di hadapan selepas baru 8 minit perlawanan berlangsung melalui penyudah kemas penyerang kelahiran Tawau, Rahman Shah Marajeh. Selepas jaringan itu dihasilkan, permainan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati dan bola lebih kerap berlegar-legar di kawasan tengah padang. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan Sabah di hadapan dengan 1 gol.

13770301_1754230168193560_1978194451702872162_n

Gambar atas: Masmilan Anil Matlan Marjan (kiri), Saliun Mastar (dua dari kiri) dan Zulfadlisham Roseland (kanan) banyak membantu dalam mempertahankan kubu Sabah. Turut kelihatan penyerang Sabah, Stanley Sulong (dua dari kanan) membantu barisan pertahanan Sabah mengekang asakan pemain Johor. Kredit gambar: SUKMA 2016 Bolasepak

Bersambung babak ke-dua pasukan Harimau Selatan bingkas melakukan asakan untuk menyamakan kedudukan namun buntu untuk menghasilkan jaringan. Sang Badak yang lebih sinonim dengan kesesuaian bermain dalam keadaan becak selesa untuk mematahkan serangan lawan dan menghasilkan gol ke-dua 4 minit sebelum perlawanan sepenuh masa tamat juga menerusi penyerang yang digelar rakan sepasukan sebagai ‘Baloteli’, Rahman Shah Marajeh melalui satu ‘break attack’.

Untuk rekod, Rahmanshah tidak diturunkan untuk dua perlawanan kumpulan sebelum ini sebagai pemain kesebelasan utama namun telah membuktikan bahawa keputusan Vjeran Simunic untuk menyerapkan beliau dalam skuad senior beberapa bulan lepas adalah berasas dan berbaloi. Beliau adalah prospek baik untuk skuad elit Sabah. Selain itu, kehadiran pemain tambahan daripada skuad Piala Belia 2016 juga banyak membantu dalam kekemasan serangan skuad SUKMA Sabah. Pemain-pemain B-19 yang menjadi ‘fix starting 11’ ialah Aidil Sharolmizan Asimin, Hamran Peter dan Arius Dius Jais. Walaubagaimanapun, kecederaan yang dialami oleh Arius pada perlawanan sebelumnya telah memberi ruang kepada rakan seperjuangan B-19, Stanley Sulong untuk diturunkan pada perlawanan ini. Di samping itu, ketiadaan Hamran Peter dalam perlawanan ini telah digunakan sebaik mungkin oleh Rahmanshah Marajeh untuk menunjukkan ‘taring’ beliau yang selama ini tersembunyi. Rakan sepasukan menyifatkan kehadiran pemain-pamain ini adalah cukup berkualiti untuk pasukan.

Persoalan mengapa Randy Baruh yang tidak disenaraikan dalam senarai 18 pemain skuad Liga Perdana Sabah ke Selayang menentang KL Sime Darby FC kelmarin sudah terjawab. Ia disebabkan Randy dipanggil oleh Justin Ganai untuk mengemudi barisan pertahanan Sabah untuk perlawanan ini sejak ahad (24 Julai). Semoga dengan adanya ‘orang besi’ ini Sabah akan lebih sukar dibolosi.

Semoga percaturan yang dicanai oleh Justin Ganai dapat diaplikasikan lagi pada perlawanan separuh akhir kelak!

Bobby – The Rhinos Troops

©sabahfootball4u