Sabah FC bakal menerima kunjungan pasukan PDRM FC dalam perlawanan pertama Liga Super 2023 di Stadium Likas pada pukul 7.30 malam ini.
Pasukan yang popular dengan jolokan The Cops ini sememangnya sudah sinonim dengan pasukan Sabah FC memandangkan mereka sudah kerap kali bertemu antara satu sama lain dalam saingan Liga Malaysia sebelum ini.
Dengan wajah baru, pasukan PDRM FC bakal menaruh harapan tinggi kepada 8 pemain utama mereka ini:
1. Uche Agba
Pemain ini merupakan pemain yang pernah beraksi untuk The Cops sebelum berhijrah ke Sarawak United FC musim lepas. Kini beliau kembali menabur bakti buat pasukan lamanya.
2. Marcus Macauley
Ini merupakan penampilan pertama buat Marcus di liga Malaysia dengan statusnya sebagai pemain pasukan kebangsaan Liberia, rakan senegara bekas pemain import Sabah FC musim lepas, Sam Johnson.
3. Kyaw Min Oo
Pemain tengah ini merupakan pemain kebangsaan Myanmar. Beliau sering diberi gelar sebagai key player di kalangan penyokong PDRM FC.
4. Chukwu Chijioke
Pemain ini pernah bermain untuk pasukan liga M3 iaitu Ultimate FC dan Harini FT. Nampaknya ini merupakan penampilan sulung buat penyerang dari Nigeria ini dalam saingan Liga Super 2023.
5. Bruno Suzuki
Pemain kacukan Brazil-Jepun ini tidak asing lagi dalam saingan liga Malaysia. Beliau sebelum ini pernah beraksi buat pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu FC II. Ini merupakan kali ke-2 beliau beraksi buat The Cops.
6. Fadi Awad
Beliau merupakan pemain kebangsaan Jordan dan kini merupakan musim ke-2 buat pemain lincah ini bersama dengan pasukan Sang Saka Biru.
7. James Okwuosa
Pemain pertahanan berbadan sasa dan tinggi lampai ini merupakan pemain yang didatangkan dari Nigeria dan bakal mengemudi barisan pertahanan The Cops.
8. Jacque Faye
Beliau merupakan pemain tengah yang dibawa masuk musim ini. Beliau mempunyai pengalaman bermain di Liga M3 Senegal. Walaupun rating beliau tidak begitu baik namun beliau mungkin bakal menyajikan persembahan yang lebih baik di Malaysia.
9. Azmi Muslim
Pemain ini merupakan ketua pasukan PDRM FC sejak musim lepas dan banyak berkelana dengan pasukan lain seperti Kedah, ATM, JDT, Felda United FC, Selangor, PKNS Selangor, Melaka United, Perlis dan Penang.
Dengan kesemua pemain import pasukan PDRM FC, Sabah FC dilihat perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana perlawanan ini bakal tidak semudah ketika menentang Melaka FC, Geylang International FC dan Tampines Rover FC yang lepas.