Sabah FC berjaya mencalarkan rekod tanpa kalah pasukan Kedah Darul Aman FC selepas menewaskan pasukan dengan gelaran Lang Merah itu 1-0 di Likas dalam perlawanan terakhir Piala SMJ 2022 semalam.
Kronologi ringkas perlawanan.
Sabah FC turun dengan kesebelasan utama yang terdiri daripada Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol), Dominic Tan, Jackson De Souza, Rizal Ghazali, Badrul Affendy Fadzli, Nazirul Naim, Tommy Mawat Bada, Stuart Wilkin, Neto Pessoa dan Taiki Kagayama.
Pemain yang diberikan minit permainan di separuh masa ke-2 terdiri dariapada Maxsius Musa, N.Thanabalan, Afiq Yunus dan Rawilson Batuil.
Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama walaupun perlawanan tampak didominasi oleh pasukan tuan rumah dan sepatutnya boleh menghasilkan jaringan melalui percubaan Tommy Mawat, Neto Pessoa, Taiki Kagayama dan Amri Yahyah namun sama ada “off target” ataupun berjaya ditidakkan oleh penjaga gol dan pemain pertahanan pasukan pelawat.
Masuk di babak ke-2, pasukan KDA FC menyusun serangan dengan lebih baik dan mendominasi perlawanan secara total dengan aplikasi hantaran-hantaran pendek ala “tiki-taka”. Walaubagaimanapun, penguasaan bola yang dimiliki pasukan KDA FC tersebut tidak cukup untuk memberikan mereka kelebihan gol sebaliknya harus menyalahkan diri sendiri kerana dengan kesilapan pertahanan mereka, Jang Suk Won, telah memberikan peluang buat Amri Yahyah yang melakukan bantuan jaringan kepada Neto Pessoa pada minit ke-55 yang mudah menewaskan penjaga gol KDA FC dalam situasi “one on one”
5 Perkara menarik berkenaan perlawanan antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC:
1. Kedah Darul Aman FC kalah dan bolos buat kali pertama dalam kejohanan SMJ Cup 2022 namun muncul juara
Ramai penyokong mungkin tidak menduga bahawa pasukan KDA FC tewas kepada pasukan Sabah FC dalam perlawanan ini memandangkan KDA FC menunjukkan keputusan yang sangat baik dalam 2 perlawanan awal di mana pasukan kendalian Aidil Sharin ini menang 3-0 ke atas Sarawak United FC dan 1-0 ke atas Kelantan United FC. Terkejut akan “high-press” pasukan Sabah FC mungkin antara faktor mengapa mereka agak tercari-cari rentak permainan di separuh masa pertama. Di separuh masa ke-2, mereka bagaimanapun telah bangkit dengan gerakan yang lebih tersusun namun tewas dengan kealpaan benteng pertahanan mereka sendiri.
Tahniah buat pasukan Kedah Darul Aman FC kerana menjadi juara kejohanan SMJ Cup 2022. Sudah pasti dengan gelar pertama musim ini buat mereka akan dapat memberikan suntikan semangat untuk mengharungi saingan Liga Super 2022 yang bermula 5 Mac depan.
2. Penampilan pertama Taiki Kagayama untuk pasukan The Rhinos
Setelah tidak dimainkan dalam 2 perlawanan awal Sabah FC, pemain dari Jepun ini akhirnya diberikan peluang untuk beraksi dan beliau memanfaatkan peluang tersebut dengan memperagakan aksi yang memukau. Kelajuan dan kekemasan kawalan bola merupakan antara ciri baik yang dimiliki oleh bekas pemain Inter Turku FC ini. Terdapat beberapa peluang yang dimiliki beliau namun berjaya ditidakkan oleh penjaga gol pasukan Lang Merah.
3. Gol peribadi pertama buat Neto Pessoa untuk pasukan Sabah FC
Neto Pessoa diturunkan dalam kesemua perlawanan SMJ Cup yang melibatkan Sabah FC namun jaringan menentang pasukan KDA FC itu merupakan jaringan pertama peribadi beliau musim ini dan yang paling manis adalah jaringan tersebut berjaya menghadiahkan kemenangan untuk pasukan Sabah FC. Beliau dilihat sangat berbahaya sebagai penyerang dan boleh menjadi antara penyerang yang digeruni dalam saingan Liga Super 2022 nanti.
4. Pemain “Center Back” asli, Badrul Affendy dan Rawilson Batuil diberikan tugas baru sebagai pemain “Defensive Midfielder”
Ternyata taktikal menggunakan “pure center backs” di posisi DMF yang dibuat oleh DOKS begitu berhasil kerana berjaya mematahkan penetrasi para pemain KDA FC ke dalam kotak penalti Sabah FC. Dengan penggunaan taktikal ini, bahagian tengah “defensive third” Sabah FC begitu kompak dan tidak mudah diterobosi dengan hantaran pendek satu dua.
5. Dominic Tan terlalu baik untuk Ronald Ngah
Ronald Ngah, penyerang utama pasukan KDA FC langsung tidak mempunyai ruang yang selesa untuk melakukan percubaan ke arah gawang Sabah FC dengan kawalan ketat yang diberikan Dominic Tan terhadap beliau. Ternyata Dominic menjadi duri dalam daging dalam ketumpulan serangan KDA FC yang diketuai oleh Ronald. Suatu yang positif daripada Dominic yang sebelum ini bergelut dengan masalah kecergasan.