Previu Perlawanan

9 Fakta menarik menjelang pertemuan Sabah FC dan Perak FC di Likas malam ini

Sabah FC akan melayani kunjungan pasukan Perak FC dalam perlawanan ke-11 Liga Super 2021 di Stadium Likas pukul 9.15 malam ini.

Kedua-dua pasukan ini bakal bertembung untuk mendapatkan keputusan terbaik bagi memperbaiki lagi kedudukan dalam saingan liga sekali gus mengintai peluang untuk menghimpit pasukan-pasukan atasan

Mari kita ikuti 9 perkara menarik untuk kedua-dua pasukan menjelang pertembungan mereka malam ini.

1. Rekod pertemuan untuk 10 tahun terakhir

Sabah FC: 1 Menang, 5 Seri, 3 kalah, 11 gol dijaringkan, 20 gol dibolosi
Perak FC: 3 Menang, 5 Seri, 1 Kalah, 20 gol dijaringkan, 11 gol dibolosi

2. Clean Sheet – 10 perlawanan terakhir MSL 2021

Sabah FC: 2 kali
Perak FC: 2 kali

3. Purata jaringan – 10 perlawanan terakhir MSL 2021

Sabah FC: 1.2 gol setiap perlawanan
Perak FC: 1 gol setiap perlawanan

4. Kemenangan terbesar – 10 perlawanan terakhir MSL 2021

Sabah FC: 4-0 vs UiTM FC di laman sendiri
Perak FC: 2-0 vs Sri Pahang FC di laman lawan

5. Kekalahan terbesar – 10 perlawanan terakhir MSL 2021

Sabah FC: 1-4 vs JDT FC di laman sendiri
Perak FC: 3-0 vs KL City FC di laman lawan

6. Sepakan Penalti – 10 perlawanan terakhir MSL 2021

Sabah FC: 2 kali / 2 gol
Perak FC: Tiada

7. Penjaring terbanyak – 10 perlawanan terakhir MSL 2021

Sabah FC: Saddil Ramdani – 3 gol
Perak FC: Guilherme De Paula – 3 gol, Raianderson Da Costa Morais – 3 gol

8. Bertemu 4 kali dalam Semi Final Piala Malaysia

Semi Final Piala Malaysia 2002: Sabah menang dengan agregat 4-3
Semi Final Piala Malaysia 2003: Sabah menang dengan agregat 4-2
Semi Final Piala Malaysia 2007: Sabah tewas dengan agregat 2-3 Semi Final Piala Malaysia 2018: Sabah tewas dengan agregat 2-7

9. Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman

Sabah FC: Scott Ollerenshaw – 110 gol
Perak FC: Khalid Jamlus – 132 gol

Sekian 9 fakta menarik yang melibatkan kedua-dua pasukan ini menjelang pertemuan mereka di Likas malam ini.