Laporan, Ulasan & Analisis

Menjelang perlawanan JDT II vs Sabah, 15 Julai 2016, 9 malam, Pasir Gudang.

Saingan Liga Perdana bersambung semula selepas liga berehat lebih sebulan dengan Sabah akan bertandang ke Stadium J.Corp Pasir Gudang untuk berdepan JDT II. Kedua-dua pasukan sudah pasti telah sedaya upaya untuk memperkemaskan corak permainan mereka di samping memperbaiki tahap kecergasan para pemain. Kedua-dua pasukan telah melakukan beberapa perlawanan persahabatan kompetitif dalam tempoh rehat tersebut.

Sabah jelas telah menunjukkan perubahan positif dari segi kualiti permainan mereka dengan berjaya mengikat 3 pemain baru seperti pemain naturalisasi Malaysia-Scotland, Stuart Wark, pemain tengah berkeupayaan tinggi dari Brazil, Everton Pedalada dan penyerang berbisa dari Bosnia Herzegovina, Muamer Salibasic. Tiga watak penting ini tampak menonjol ketika menewaskan T-Team 5-2 di Kuala Terengganu pada jelajah perlawanan persahabatan mereka bulan lepas.

Selain itu, pasukan yang sedikit dirombak ini telah menjuarai kejohanan Piala Konfiderasi Sabah 2016 yang diadakan baru-baru ini. Untuk rekod, Sabah telah menewaskan pasukan Piala Presiden Sabah dengan 5-2 dan menewaskan pasukan yang bertanding dalam Liga FAM, KDMM FC. Kesemua pemain yang baru menandatangani kontrak bersama Sabah ini telah mencatatkan nama sebagai penjaring.

Rekod pertemuan di antara Sabah dan JDT II ini adalah seimbang. Untuk 3 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan, Sabah menang sekali (menang 4-2 di Pasir Gudang dalam Liga Perdana 2015), kalah sekali (kalah 0-1 di Likas dalam Liga Perdana 2016 pusingan 1) dan seri sekali (seri 1-1 di Likas dalam Liga Perdana 2015). Oleh itu, peluang untuk mencipta kejutan masih terbuka buat Sang Badak.

 

Fakta Menarik!

Stuart Wark merupakan bekas pemain yang pernah menyarung jersi JDT II namun oleh sebab kurang mendapat perhatian, beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan. Beliau menyertai Sabah tidak lain dan tidak bukan untuk mengembangkan lagi bakat sedia ada beliau dan bukan kerana wang semata-mata. Percaya atau tidak, beliau boleh menjadi salah seorang pemain terbaik untuk Sabah musim ini. Stuart menjaringkan 4 gol dalam 3 penampilan terbaru beliau bersama Sabah. Bukankah ini merupakan permulaan yang baik? Best of luck Stuart!

stuart warkStuart Wark beraksi untuk JDT II untuk separuh musim 2016!

 

Kenali Muamer Salibasic

Muamer Salibasic merupakan watak penting dalam pasukan Sarawak pada 2-3 musim Liga Perdana yang lepas dengan menjulang pasukan Sarawak sebagai juara Liga Perdana 2014 tanpa sebarang kekalahan. Beliau selepas itu mendapat kecederaan yang mengakibatkannya berehat panjang dan terpaksa diketepikan dari pasukan Sarawak ketika saingan Liga Super 2015. Beliau pernah menghadiri ujian bersama Sabah pada awal musim 2016 namun Vjeran Simunic tidak berminat kepada beliau lalu mengikat penyerang dari Nigeria, Prince Tochukwu Nnake yang hanya berjaya menghasilkan 5 gol untuk semua penampilan bersama Sabah (3 gol dalam Piala FA dan 2 gol dalam Liga Perdana 2016). Johnny Dominicus yang ditugaskan untuk menjadi jurulatih sementara Sabah telah memanggil semula Muamer Salibasic kerana keyakinan beliau terhadap penyerang berbisa itu. Sementara itu Simunic pula bertukar jawatan ke Pengarah Teknikal pasukan Sabah.

muamerAksi Muamer Salibasic ketika perlawanan Sabah menantang skuad Piala Presiden Sabah dalam  perlawanan separuh akhir Piala Konfiderasi Sabah 2016.

Everton Pedalada

Pemain ini pernah menjadi rakan seperjuangan Neymar Jr ketika berada di Santos. Mempunyai skill individu yang tinggi, menarik dan menghiburkan. Juga seorang pemain tengah yang kreatif. Pemain ini merupakan antara taruhan Sabah dalam memperbaiki kedudukan liga untuk separuh lagi jumlah baki perlawanan Liga Perdana 2016. Kelab terakhir Everton Pedalada ialah kelab dari Oman, Al-Mussanah.

everton 1Everton Pedalada!

 

 

By Bobby pannaft.

©sabahfootball4u

 

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *