Laporan, Ulasan & Analisis

8 Perkara menjelang perlawanan pertama CIMB Liga Super 2020 buat Sabah

6 Perlawanan pemanas badan buat pasukan Sabah nampaknya telah sedikit sebanyak memberikan impak kepada corak permainan yang diimplikasi oleh pengendali baru dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto.

Daripada 6 perlawanan tersebut, Sabah telah tewas sebanyak 3 kali (tewas 3-1 kepada Persebaya Surabaya, tewas 2-0 kepada Arema FC dan tewas 2-0 kepada Persija Jakarta), seri sekali (2-2 menentang Persela Lamongan) dan menang 2 kali (jelajah Filipina Kaya FC-Iloilo dan Stalion Laguna FC).

Daripada perlawanan persahabatan yang dilalui Sabah ini, terdapat beberapa antisipasi menarik yang boleh kita kongsikan bersama. Antaranya ialah:

1. Hector Ramos terus galas tugas sebagai target man Sabah sejak kali terakhir menyarung jersi Sabah pada musim 2018.

2. Alto Linus dilihat bakal gantikan Maxsius Musa di bahagian Sayap Kanan kerana pemain tersebut mengalami kecederaan bahu ketika aksi menentang Persija Jakarta.

3. Larian-larian overlap di sebelah kiri bakal kelihatan dengan adanya Zubir Azmi yang dikenali dengan kebolehan melakukan larian-larian deras ke hadapan.

4. Corak serangan dari tengah padang bakal direncana oleh Petrus Shitembi yang merupakan pemain import ke-5 Sabah dari negara Namibia. Kemahiran individu yang dimiliki oleh pemain ini bakal menjadi taruhan buat Sabah.

5. Pertahanan harus elakkan kesilapan-kesilapan yang boleh mengundang padah contohnya menyentuh bola dan mengasari pemain lawan di kawasan kotak penalti.

6. Latihan penyudah harus dititik beratkan oleh Kurniawan memandangkan Sabah memiliki banyak peluang ketika aksi di Indonesia namun banyak yang off target.

7. Hantaran jauh bila perlu dan bukan untuk diamalkan sepanjang permainan agar tidak mudah kehilangan bola. Dalam situasi counter attack, hantaran jauh selalunya lebih efektif.

8. Persefahaman antara pemain lama dan baru perlu terus ditingkatkan agar dapat membentuk satu corak permainan yang teratur dan menghiburkan.