Previu Perlawanan

Previu Perlawanan: Persebaya Surabaya vs Sabah

Sabah akan berhadapan dengan naib juara Liga 1 Indonesia 2019, Persebaya Surabaya hari ini bersamaan 8 Feb 2020, jam 6.30 petang waktu Indonesia (7.30 petang waktu Malaysia) di StadiumGelora Bung Tomo.

Perlawanan ini merupakan perlawanan persahabatan yang dilangsungkan sejurus selepas pengenalan pemain pasukan Persebaya Surabaya yang bakal mengharungi Liga 1 Indonesia bagi musim 2020.

Persebaya Surabaya

Pasukan ini merupakan naib juara Liga 1 Indonesia musim lepas, ketinggalan 10 mata di belakang Bali United di tangga teratas.

Pasukan yang digelar sebagai Bajul Ijo ini mempunyai 4 tonggak import iaitu David Da Silva (Penyerang – Brazil), Mahmoud Eid (Penyerang – Palestin), Makan Konate (Pemain Tengah – Mali) dan Aryn Williams (Pertahanan – Australia).

Makan Konate (kiri) dan David Da Silva (kanan) antara tonggak utama serangan Persebaya Surabaya. Instagram rasmi Persebaya Surabaya.

Makan Konate sudah pasti tidak asing lagi buat Sabah kerana pemain ini pernah beraksi dalam kancah Liga Premier 2017 bersama pasukan Kuala Lumpur dan pernah beraksi di hadapan penyokong pasukan Sabah di Likas.

Selain daripada pemain import, pasukan Persebaya ini juga mempunyai pemain pertahanan naturalisasi dari Cameroon iaitu Zoubairou Garba.

Berdasarkan rekod Liga 1 Indonesia musim lepas, pasukan Persebaya Surabaya mencatatkan sebanyak 14 kemenangan daripada 34 perlawanan dan David Da Silva muncul penjaring terbanyak mereka dengan 14 gol.

Oleh hal yang demikian, pemain dari Brazil itu haruslah diberikan perhatian khusus agar tidak dibolosi gol.

Pasukan Sabah

Mewakili Malaysia dalam beberapa siri perlawanan di Indonesia pastinya merupakan tugas yang getir buat Sabah kerana akan turut berhadapan dengan penyokong Indonesia yang sudah sedia maklum fanatik terhadap bolasepak mereka.

Sabah bakal bermain di Stadium Gelora Bung Tomo yang berkapasiti 55,000 yang juga merupakan stadium ke-2 terbesar di Indonesia selepas Gelora Bung Karno. Kehadiran penyokong Persebaya sudah pasti akan menggamatkan suasana stadium ini petang nanti.

Kemungkinan Taktikal Sabah

Sabah bakal menurunkan kesemua 5 pemain asing yang ada iaitu Park Taesu, Rodoljub Paunovic, Hector Ramos, Dennis Buschening dan Petrus Shitembi (belum rasmi) bagi menghadapi tentangan sengit tuan rumah petang ini.

Barisan pertahan sudah pasti bakal diterajui oleh Park Taesu, Rawilson Batuil di bahagian CB sementara Zubir Azmi di posisi LB dan kemungkinan Randy Baruh di posisi RB.

Barisan tengah Sabah mungkin sekali diisi terlebih dahulu oleh Azzizan Nordin, Dennis Buschening, Petrus Shitembi dan sama ada Ricco Nigel, Maxsius Musa ataupun Alto Linus.

Latihan barisan pemain Sabah menjelang pertemuan menentang skuad Buaya Hijau petang nanti.
Kredit: SIF

Bahagian serangan sudah pasti akan dikemudi oleh Rodoljun Paunovic dan Hector Ramos.

Detik Nostalgia Buat Kiurniawan Dwi Yulianto

Perlawanan ini sudah pasti menjadi lebih menarik apabila Kurniawan Dwi Yulianto kembali ke Surabaya namun kali ini sebagai seorang jurulatih. KDY merupakan bekas pemain Persebayaa dan Timnas Indonesia yang disegani ramai.

Kurniawan Dwi Yulianto tidak asing buat penyokong Persebaya Surabaya.

Kedatangan KDY ke Surabaya pastinya merupakan perkara yang paling dinanti-nantikan penyokong Bajul Ijo itu.

Instagram Rasmi Persebaya Surabaya.

Sejurus selepas perlawanan persahabatan ini, Sabah pula akan menghadapi saingan Piala Gubenur Jawa Timur bermula 11 Feb yang turut menyaksikan mereka berada dalam Kumpulan B bersama-sama Persela Lamongan, Arema FC dan Persija Jakarta.