Kesihatan

Pesanan penting The Rhinos Troops kepada penyokong Sabah berkenaan Novel Coronavirus 2019-nCoV

Penularan virus Novel Coronavirus (2019-nCoV) kini merupakan suatu hal yang membimbangkan bukan sahaja di kalangan warganegara Malaysia, akan tetapi juga buat seluruh negara secara global.

Atas rasa prihatin dan sayang The Rhinos Troops terhadap rakyat Sabah, pemain dan penyokong bolasepak Sabah khasnya, artikel ini ditulis sebagai peringatan dan panduan yang berguna untuk diketahui bagi menghadapi gejala ini.

Sebelum membincangkan lebih lanjut berkenaan cara untuk mengelakkan jangkitan virus merbahaya ini, ada eloknya kita ketahui tanda-tanda individu terkena jangkitan virus Novel Coronavirus (2019-nCoV) lebih dulu.

Berdasarkan, Centers for Disease Control and Prevention (CDC), tanda-tanda utama jangkitan adalah seperti berikut:

  1. Demam
  2. Batuk
  3. Kesukaran bernafas
  4. Sakit dada
Kenyataan Centers for Disease Control and Prevention berkenaan simptom 2019-nCoV yang perlu kita ketahui.

Jika ada di antara kita yang mengalami salah satu atau ke semua simptom yang dinyatakan di atas, jangan banyak fikir bossku, terus ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Kementerian Kesihtan Malaysia turut memberikan senarai hospital bagi setiap negeri untuk tujuan rawatan dan pemeriksaan. Oleh itu ketahui senarai tersebut sebaiknya.

Berbalik kepada topik asal, mari kita sebagai rakyat dan penyokong Sabah ketahui cara-cara efektif untuk elakkan jangkitan virus yang tersebar daripada Wuhan, China ini.

Dengan merujuk kepada kenyataan CDC dan MOH, berikut ialah 8 saranan The Rhinos Troops berkenaan langkah-langkah penting buat kita bagi mengelakkan jangkitan virus Novel Coronavirus 2019-nOcV y

  1. Mencuci tangan sebersihnya menggunakan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.
  2. Elakkan menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dibasuh.
  3. Elakkan menempatkan diri di kawasan sesak dan tumpuan ramai.
  4. Tangguhkan perjalanan anda ke negara China buat sementara waktu.
  5. Elakkan kontak langsung terhadap individu yang terkena jangkitan mahupun yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan.
  6. Harus menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin.
  7. Gunakan face mask – gunakan dengan cara yang betul dengan menutupi bahagian mulut dan hidung.
  8. Jangan berkongsi peralatan dengan orang lain terutama sekali peralatan makan dan minum.

Tujuan artikel ini dibuat adalah atas dasar prihatan dan rasa terpanggil The Rhinos Troops akan kesihatan rakyat Sabah serta yang terkhas buat pemain dan penyokong bolasepak Sabah.

Sabah memerlukan sokongan padu anda dalam kancah Liga Super 2020 ini dan ia hanya akan boleh ter-realisasi dengan adanya kesihatan yang baik.

Untuk infomasi anda, Sabah bakal melakuakan perlawanan persahabatan menentang Persebaya Surabaya di Surabaya pada 8 Feb dan menentang Madura United pada 10 Feb jika tiada perubahan.

Senarai Rujukan:

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia. (12 Januari 2020). Interim Guidelines Novel Coronavirus in Malaysia 2020.
  2. Centers for Disease Control and Prevention. (21 Januari 2020). Prevent 2019-nCoV Spreading. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/guidance-prevent-spread.html