Formasi ini mungkin digunakan Sabah dengan adanya gandingan Roki-Pito

Dengan kemasukan semula Hector Ramos ke dalam pasukan Sabah, terdapat 1 formasi yang mungkin bakal digunakan Sabah untuk menghadapi lawan-lawan mereka dalam saingan Liga Super 2020.

Semua pun sudah sedia maklum bahawa Hector Ramos atau lebih dikenali sebagai ‘Pito’ ini mempunyai kebolehan yang baik sebagai target man. Beliau memiliki fizikal yang baik selain ball shielding yang mantap.

Pada awal kelibat beliau bersama Sabah pada musim 2018 yang lepas, ramai yang mengatakan bahawa beliau ‘berat’ ketika berlari. Namun satu perkara luar biasa berlaku apabila beliau berjaya menghasilkan 20 gol dalam 18 penampilan beliau bersama Sabah.

Baiklah mari kita lihat formasi yang mungkin bakal digunakan Sabah musim ini.

Formasi 4-4-1-1

Sebenarnya tiada beza formasi ini dengan 4-4-2, cuma formasi ini mempunyai seorang penyerang yang boleh turun naik daripada offensive third ke kawasan middle third untuk merampas bola daripada pemain pertahanan dan tengah pasukan lawan.

Peranan ini dilihat bakal digalas oleh Roki. Beliau akan mendapatkan bola daripada pemain tengah dan pertahanan lawan seterusnya akan mencari pemain tengah Sabah dan Pito untuk seterusnya merencana gerakan balas.

Ini bermakna, serangan pasukan Sabah bukan hanya bergantung kepada hantaran daripada pemain sayap sahaja selepas ini. Ia juga bakal diinisiasi oleh Roki yang akan bertindak sebagai AMF, SS dan CF.

Peranan Roki nanti bakal dikenali sebagai ‘suffoco’ yang berperanan ‘menggeratak’ pemain DMF-CMF lawan agar serangan lawan dapat dicegah dan direncatkan awal sebelum sempat berkembang. Peranan ini akan membuatkan Roki bermain sejenak ke dalam dan sejenak ke kawasan hadapan.

Peranan Roki bakal menjadi lebih besar dalam saingan Liga Super 2020 ini.

Taktikal ini pernah digunakan oleh pasukan Croatia ketika Euro 2012 yang membenarkan Mario Mandzukic untuk mengawal dan mengacau gerakan awal daripada pemain box to box Itali, Andrea Pirlo.

Sementara itu, tugas Pito pula akan kelihatan lebih mudah. Ia hanya memerlukan hantaran daripada Roki dan pemain lain untuk menggerakkan arah serangan Sabah.

Dengan situasi fizikal Pito, ia memerlukan 2-3 pemain pertahan lawan untuk mengawalnya dan ini sudah pasti memberikan ruang kepada pemain lain untuk menempatkan diri mereka dalam posisi menjaringkan gol.

4 Pemain pertahanan dan 4 pemain tengah akan kekal berada dalam posisi tetap mereka. Namun dengan adanya Zubir Azmi di bek kiri dan kemungkinan Randy Baruh, Dendy Lowa atau Evan Wensly di bahagian bek kanan, serangan pasukan Sabah bakal kelihatan lebih fluid.

2 Benteng pertahanan Sabah sudah pasti bakal dikepalai oleh Rawilson Batuil dan Park Taesu yang telah membuktikan kebolehan mereka dalam saingan Liga Premier 2019 yang lepas.

4 Pemain tengah ini sudah pasti bakal akan diisi oleh 2 pemain tengah terbaik Sabah setakat ini iaitu Azzizan Nordin dan Ricco Nigel Milus selain Dennis Buschening di Sayap Kiri dan Alto Linus atau Maxsius Musa di Sayap Kanan.

Walaubagaimanapun, ini semua bergantung kepada seorang lagi pemain import yang mengisi kuota ke-5 pemain asing seperti yang dibenarkan oleh MFL untuk pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super.

Kehadiran Dennis Buschening bakal menambah geliga di sebelah sayap kiri Sabah musim ini.

Jika pemain import terakhir tersebut merupakan pemain tengah, maka Ricco Nigel Milus, Azzizan Nordin dan Sabri Sahar dilihat perlu bersaing secara sihat untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Apapun Kurniawan Dwi Yulianto pasti mempunyai idea beliau yang tersendiri mengenai formasi. Apa yang pasti KDY sering mengadaptasi serangan yang fluid seperti yang selalu dipamerkan oleh pasukan kebangsaan Indonesia.