Kenali Pemain Anda

3 Fakta menarik mengenai Dennis Buschening

Sabah FA nampaknya sudah pun menemukan pemain import kategori ASEAN mereka iaitu pemain berusia 29 tahun berdarah Jerman-Thailand, Dennis Buschening.

Ramai pasti tertanya-tanya siapa dan apakah yang bagus betul pasal pemain ini. Ada yang mungkin mengetahui beliau bermain dalam liga utama Thailand namun tidaklah mengetahui perihal berkaitan beliau dengan lebih terperinci.

Oleh itu, The Rhinos Troops membawakan kepada anda 3 fakta menarik mengenai Dennis Buschening.

1. Pernah bermain dengan Borussia Dortmund dan pasukan remaja Jerman

Pemain ini berkecimpung dalam bolasepak dari usia kecil lagi. Bakat Dennis telah membolehkannya dipilih untuk mewakili pasukan B17 Jerman pada tahun 2006. Tahun berikutnya menyaksikan beliau diserapkan ke skuad belia Borussia Dortmund.

2. 6 Tahun beraksi dalam liga utama Thailand

Setelah bermain di Jerman selama 6 tahun, beliau mengorak langkah untuk menyumbang bakat beliau di dalam liga utama Thailand. Buriram United merupakan kelab pertama yang diwakili beliau sebelum dipinjamkan ke BEC Tero Sasana.

3. Dominan kaki kiri

Pemain yang berketinggian 1.83 meter ini mempunyai kaki dominan kiri. Beliau sering menggunakan kelebihan ini untuk melakukan umpanan-umpanan silang yang berbahaya ke arah kotak penalti lawan.

Selain itu beliau juga sering menggunakan kaki kiri beliau untuk melakukan percubaan tepat daripada sudut yang sukar.

Apakah dengan kelebihan beliau ini bakal menguatkan lagi serangan Sabah yang sudah sedia mantap?