Ketahui 5 pesanan daripada penyokong tegar Pahang FA ini kepada Sabah FA & penyokongnya menjelang Liga Super 2020.

Penulis The Rhinos Troops (TRT) sering berada di perantauan dan jika mempunyai kesempatan, akan sentiasa berbual serta bertanya mengenai perihal bolasepak tempatan kepada orang yang baru dikenali berkenaan status bolasepak di tempat mereka.

Kali ini penulis TRT kebetulan berada di Kemaman, Terengganu dan sempat bertanya serta berbincang mengenai bolasepak domestik Malaysia dengan saudara Azwan (bukan nama sebenar) dari Kuantan, yang kebetulan merupakan penyokong tegar skuad Tok Gajah.

Melalui perbualan singkat tersebut, penulis telah meminta pandangan beliau mengenai persediaan dan pelan tindakan yang perlu dilakukan Sabah FA, para pemain serta penyokongnya bagi menghadapi saingan Liga Super 2020 yang akan datang nanti.

Berikut 5 pandangan dan pesanan penting beliau yang sempat dirakamkan (tiada audio disertakan kerana ia tertakluk kepada hak cipta suara) :

1. Penyokong harus tidak berikan harapan yang terlalu tinggi kepada pasukan Sabah dalam musim pertama mereka di Liga Super 2020 kerana jika demikian, ia bakal menjadi tekanan buat pasukan dan memberikan implikasi negatif kepada prestasi mereka kelak.

2. Penyokong merupakan elemen penting dalam turun naiknya sesebuah pasukan, maka hubungan di antara FA dan kumpulan penyokong haruslah berada di tahap yang terbaik.

3. FA negeri harus beri jaminan akan masa depan para pemain (tempatan Sabah) kerana ianya akan menjadi morale boost kepada mereka untuk bermain bermati-matian demi negeri kelahiran mereka.

4. FA negeri perlu terus giatkan proses mencungkil bakat bolasepak tempatan dari peringkat akar umbi agar tidak pernah ketandusan bakat dan pemain pelapis.

5. Perlu memiliki pemain import berkualiti memandangkan kehadiran pemain asing terbukti penting untuk menaikkan taraf kompetatif sesebuah pasukan dalam saingan Liga Super.

Sekian 5 pandangan daripada seorang penyokong tegar Pahang FA buat pasukan Sabah menjelang bermulanya Liga Super musim 2020 yang sempat penulis rekodkan.

Mungkin anda mempunyai pandangan berbeza? Jika ya, lontarkan pandangan anda di ruangan komen.