Berita Terkini

4 Individu ini dikaitkan dengan Sabah, individu ke-4 bakal membuatkan anda teruja dan mungkin bingung

Dalam proses untuk menghadapi Liga Super 2020, kini terdapat 4 individu yang dikaitkan dengan pasukan Sabah namun belum ada keputusan dan pengumuman rasmi daripada SAFA.

Sabah dikatakan bakal menyiapkan pasukan 100% sekitar bulan ini (Disember) berdasarkan kenyataan akhbar baru-baru ini. Apapun mari kita ketahui 4 individu yang dimaksudkan itu.

Individu Ke-1: Zubir Azmi

Tular di media sosial bahawa bekas pemain bek kiri kebangsaan, Terengganu dan Pahang itu telahpun bersetuju menyarung jersi Sabah musim hadapan. Apapun masih belum ada pengumuman rasmi daripada SAFA berhubung perkara ini.

Postingan terkini di Facebook Page milik Zubir Azmi juga telah memberi gambaran kuat bahawa pemain kelahiran Besut, Terengganu ini bakal beraksi di hadapan ribuan penyokong di Stadium Likas kelak.

Sejauh manakah kebenaran perkaitan ini? Kita sama-sama saksikan.

Individu Ke-2: Kurniawan Dwi Yulianto

Keperluan untuk mempunyai lesen kejurulatihan Pro A Asian Football Confederation untuk mengendalikan pasukan Liga Super 2020 telah membuatkan Jelius Ating tidak lagi menjawat jawatan sebagai Ketua Jurulatih Sabah musim hadapan.

Oleh itu, Sabah telah memutuskan untuk mendapatkan khidmat jurulatih yang telah mempunyai lesen tersebut dan akan memberikan jawatan penolong jurulatih kepada JA.

Gosip kuat menyatakan bahawa bekas pemain Timnas Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto bakal menyandang jawatan ketua jurulatih Sabah musim hadapan. Sejauh manakah kebenaran info ini hanya akan dapat diketahui kelak memandangkan KDY kini bersama skuad Sea Games Indonesia di Filipina.

Individu Ke-3: Saddil Ramdani

Pemain laju dana versatil dari Indonesia ini sudah pun tidak bersama pasukan Pahang FA dan kini sedang menggalas cabaran skuad Sukan SEA Indonesia di Filipina.

Terdapat sumber yang mengatakan bahawa Sabah berminat untuk mendapatkan khidmat Saddil untuk 1 slot pemain import ASEAN dan kini masih bernegosiasi.

Apapun berdasarkan sumber tersebut, kata putus hanya akan dapat dibuat selepas berakhirnya Suka SEA Filipina 2019.

Individu Ke-4: Penyerang X

Salah seorang daripada penyerang yang datang menjalani trial bersama Sabah baru-baru ini dikatakan telah menepati ciri dan kriteria yang diperlukan Sabah untuk mengisi slot pemain import di posisi penyerang. Dan berkemungkinan akan kembali dan menyarung jersi Sabah?

Berdasarkan kenyataan akhbar NST bertarih 29 November, penyerang tersebut dikatakan berasal dari Brazil.

“Throughout the trials, we saw a Brazilian player who ticks all the right boxes, but all will be decided later and hopefully the Tambadau squad will be fully formed by December,” he said. (petikan daripada News Sabah Times, 29 Nov 2019, perenggan ke-7)

Siapakah gerangan Penyerang X yang dimaksudkan ini? Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *