Laporan, Ulasan & Analisis

3 Faktor ini jelaskan mengapa pintu untuk layak ke Suku Akhir Piala Malaysia 2019 belum terkunci buat Sabah

Sabah sudahpun tewas 2 kali dalam 2 perlawanan awal Piala Malaysia 2019 yang mana menyaksikan mereka tewas 3-0 kepada Perak di Ipoh pada 4 Ogos lepas dan tewas 2-1 di tangan Pulau Pinang 3 hari selepas itu.

Kekalahan bukanlah sesuatu yang diidam-idamkan oleh semua namun ia merupakan hakikat yang perlu dihadapi oleh para pemain, jurulatih dan penyokong Sabah ketika ini.

Aksi Sabah ketika tewas 3-0 di tangan Perak pada 4 Ogos lepas.

Kekalahan terhadap Perak pada perlawanan pertama merupakan suatu yang boleh dielakkan memandangkan pasukan Sabah kehilangan fokus di minit-minit akhir separuh masa pertama dan ke-dua. Perlawanan tersebut boleh untuk sekurang-kurangnya berakhir dengan seri namun kesilapan telah menyebabkan mereka tewas.

Kekalahan 2-1 kepada Pulau Pinang merupakan suatu yang sangat mengejutkan kerana Sabah menghadiahkan gol kepada pasukan tuan rumah menerusi gol sendiri walaupun memiliki peluang yang jauh lebih banyak berbanding pasukan Harimau Kumbang itu.

Pintu ke Suku Akhir masih belum tertutup. Mengapa? Ikuti 3 sebab tersebut.

1. Ada 4 baki perlawanan lagi buat Sabah

Setelah menempuhi 2 perlawanan, ini bermakna pasukan Sabah masih mempunyai 4 perlawanan untuk membuktikan mereka boleh melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

4 baki perlawanan yang dimiliki Sabah ini bakal menjanjikan 12 mata maksimum jika Sabah memenangi semua baki perlawanan mereka. Ini bermakna, jika Sabah memperbaiki kesilapan yang mereka lakukan dan bangkit dalam 4 perlawanan terakhir, tempat di Suku Akhir sudah pasti akan jadi milik mereka.

2. Sabah miliki 3 perlawanan di Likas

Likas, seperti yang semua ketahui merupakan gelanggang keramat buat Sabah sepanjang kancah Liga Premier 2019. Mereka hanya tewas sekali dan seri sekali dalam kesemua perlawanan yang berlangsung di Likas musim ini.

Sabah muncul juara Liga Premier 2019 selepas merekodkan 8 kemenangan dari 10 perlawanan di Likas.

Ini sudah pasti akan memberikan kelebihan buat Sabah bukan? Ditambah lagi dengan kehadiran penyokong Sabah yang tidak pernah berbelah bagi sekarang maka makin kuat kemungkinan Sabah akan memenangi semua 3 perlawanan di tempat sendiri.

3. Perak tewas 3-0 pada perlawanan menentang Pahang

Pahang kini sudahpun menang sebanyak 2 perlawanan dalam 2 perlawanan terakhir mereka selepsas baru-baru ini menewaskan Perak 3-0. Dengan keputusan ini, pasukan Perak, Sabah dan Pulau Pinang mempunyai peluang yang seimbang untuk mengiringi Pahang ke Suku Akhir.

Sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam 4 perlawanan terakhir untuk kesemua pasukan dalam Kumpulan C ini dan jika perlawanan lain berpihak kepada Sabah maka peluang untuk layak.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *