Previu Perlawanan

Sabah mulakan misi ‘Radu Tatap Radu’ menentang Perak di Ipoh malam esok

Sabah bakal berdepan dengan pasukan Perak di Stadium Perak, Ipoh pada pukul 9 malam esok bersamaan 4 Ogos dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2019 buat Kumpulan C.

Berikut merupakan 16 pasukan yang bersaing dalam kancah Piala Malaysia 2019 kali ini. Sabah berada di Kumpulan C.

Untuk pengetahuan, pasukan Sabah diletakkan dalam kumpulan yang sama beserta pasukan Perak, Pahang dan Pulau Pinang. Pertembungan 4 pasukan ini telah menjadikan Kumpulan C sebagai kumpulan maut yang mencuri tumpuan ramai.

Mengapa kumpulan ini dikategorikan sebagai kumpulan maut? Sila ketahui di sini:

Ketahui pasukan serba sedikit mengenai pasukan Perak

Pasukan Sang Seladang ini merupakan antara pasukan terkuat Liga Super 2019 walaupun menamatkan liga hanya di kedudukan ke-5, 10 mata berada di belakang Pahang yang berada di kedudukan ke-2 dengan 43 mata.

Skuad ini dibimbing oleh Mehmet Durakovic yang berjaya membimbing Perak untuk menjulang Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan pasukan Terengganu FC 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti di perlawanan akhir.

Pasukan Kejor Yob Kejor ini apapun berpuas hati hanya sekadar bergelar naib juara Piala FA musim ini setelah tewas 0-1 di tangan Kedah dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai lalu.

Kekalahan tersebut walaubagaimanapun disifatkan sebagai pembakar semangat para pemain untuk bangkit, menurut Mehmet.

Berdasarkan barisan pemain yang mereka miliki ketika ini, mereka boleh menjadi pasukan pemusnah jika tidak diberikan perhatian sepenuhnya oleh mana-mana pasukan. Ini kerana, mereka mempunyai pemain berkualiti baik daripada pertahanan sehinggalah serangan.

Kekuatan Perak musim lepas jelas dipengaruhi oleh kehadiran pemain import seperti Gilmar Filho Da Silva dan Wander Luiz. Namun dengan ketiadaan pemain yang disebutkan ini, adakah tandukan Sang Seladang sedikit tumpul?

Bah kita cerita sikit pasal Sabah

Sabah memulakan kempen Liga Premier 2019 dengan langkah kiri apabila tewas 1-2 di tangan JDT II di Likas. Namun ia 0.0000001% pun tidak merundumkan semangat para pemain dan barisan kejurulatihan Sabah apabila mereka bingkas bangun dengan kemenangan demi kemenangan sehinggalah membolehkan mereka menjuarai liga dengan jurang mata besar meninggalkan JDT II di tangga ke-2.

Sabah begelar juara Liga Premier 2019.

Di sepanjang kempen Liga Premier 2019, beberapa pemain Sabah berjaya dinobatkan sebagai pemain terbaik termasuklah Luiz Carlos Junior, Rawilson Batuil, Luka Milunovic dan yang terkini Rodoljub Paunovic.

Rodoljub Paunovic dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Premier 2019 bagi edisi Jun. Congratulations brate!

Antara faktor jelas yang membolehkan Sabah bergelar juara Liga Premier musim ini adalah disebabkan oleh konsistensi persembahan pemain serta semangat kebersamaan yang ada pada setiap pemain Sabah.

Jumlah 33 jaringan yang dihasilkan Sabah daripada 20 perlawanan merupakan yang tertinggi dicatatkan oleh mana-mana pasukan dalam Liga Premier sementara jumlah 17 gol bolos merupakan yang paling sedikit jika dibandingkan dengan jumlah bolos pasukan-pasukan lain.

Berjaya layak sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lepas merupakan rekod terbaik Sabah dibawah bimbingan Jelius Ating dalam kancah Piala Malaysia. Mujur sekali pasukan Sabah ketika itu tewas dengan agregat 7-2 di tangan pasukan Perak.

Pemain tumpuan Sabah dan Perak

Tidak ada pemain tumpuan yang khusus untuk pasukan Sabah memandangkan kesemua pemain bermain sebagai satu unit. Walaubagaimanapun, jika admin harus menyebutkan nama maka Rodoljub Paunovic merupakan pemain yang mempunyai daya pemusnah kepada mana-mana pasukan jika beliau tidak diawasi dengan cermat.

Bermain sebagai satu unit berpasukan merupakan kekuatan utama pasukan Sabah musim ini.

Buat pasukan Perak, sudah pasti mereka mengandalkan kekuatan pada penyerang dari Brazil mereka iaitu Ronaldo Henrique Silva. Tapi jangan la bah risau, bukan Cristiano Ronaldo juga pun. Selain itu, bekas pemain Sabah, Brendan Gan juga kini merupakan antara penggempur terkuat pasukan Perak.

Pemain tengah, Leandro Dos Santos, pemain sayap kiri, Norhakim Hassan dan pemain sayap kanan, Firdaus Saiyadi juga merupakan antara ancaman terkuat buat mana-mana pertahanan lawan. Jadi perhatian serius harus diberikan kepada para pemain yang disebutkan tadi. Kalau pemain Sabah terbaca ini, maka faham-fahamlah kasi lock pergerakan dorang.

Rekod pertemuan Sabah dan Perak

Kali terakhir Sabah dan Perak bertemu ialah ketika perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2018 yang turut menyaksikan Sabah tewas 5-0 di Ipoh dan seri 2-2 di Likas.

Kekalahan tersebut tidak adil buat pasukan Sabah kerana mereka dilanda krisis kewangan ketika itu sementara pasukan Perak pula telah dijanjikan imbuhan atau bonus jika layak ke perlawanan akhir.

Sebelum itu, pasukan Sabah dan Perak pernah bertemu di Likas pada tahun 2017 ketika sesi perlawanan persahabatan yang telah dimenangi Sabah dengan jaringan 4-2.

Jika melihat kepada rekod pertemuan kedua-dua pasukan sepanjang zaman, ia kelihatan seimbang. Namun kini dengan barisan pemain dan prestasi semasa Sabah yang baik, keputusan di Ipoh mungkin agak positif buat pasukan kendalian Jelius Ating ini. Percayalah.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *