Previu Perlawanan

Sabah lengkapkan jadual LP2019 bertemu Terengganu FC II esok ini di Kuala Terengganu

Sabah akan melengkapkan jadual Liga Premier 2019 esok bersamaan Sabtu ini apabila turun menentang pasukan Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu.

Pasukan Sabah yang bakal meneruskan misi tanpa kalah buat kali yang ke-11 beturut-turut ini sudahpun menjulang piala Liga Premier 2019 di Likas minggu lepas yang juga telah diserikan lagi dengan kemenangan 1-0 ke atas Kelantan.

Prestasi Terengganu FC II

Selaku pasukan feeder club buat pasukan Terengganu FC, pasukan ini memperagakan aksi dan prestasi yang mantap sehingga pertengahan musim ini namun akibat kurang konsisten, mereka kini menghuni tangga ke-7 liga dengan 27 mata hasil 7 kemenangan, 6 seri dan 6 kalah.

Sabah sudahpun menjulang piala Liga Premier 2019 di Likas pada 13 Julai lepas.

Pasukan TFC II ini tidak mengecapi sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Mereka baru-baru ini tewas 3-1 di tangan pasukan Selangor United FC dan tewas 1-0 di tangan Sarawak seminggu sebelumnya.

Pasukan Sang Penyu II ini sudahpun menjaringkan sebanyak 19 gol namun telah dibolosi 23 gol, satu kuantiti gol yang menunjukkan bahawa terdapat sedikit kepincangan di posisi pertahanan pasukan mereka.

Pemain tumpuan TFC II

Pasukan TFC II kini mengharapkan bisa yang dimiliki oleh penyerang mereka dari Jepun iaitu Bruno Suzuki yang sudahpun meledak sebanyak 6 gol buat mereka.

Bruno Suzuki merupakan ancaman terbesar pertahanan Sabah dalam perlawanan ini pada Sabtu.

Di samping itu penyerang gagah tinggi lampai dari Nigeria, Akanni Sunday Wasiu dan Marcel N’guessan juga turut wajar diberikan tumpuan kerana pemain-pemain ini boleh mengecewakan anda jika tidak dikawal dengan serius.

Pemain tempatan yang perlu diberikan perhatian adalah pemain seperti Ahmad Takhyudin dan Ramzi Sufian yang kini masing-masing telah mencetak sebanyak 3 gol.

Rekod pertemuan Sabah dan TFC II

Pasukan TFC II sehingga kini masih belum pernah menewaskan pasukan Sabah sama ada bermain di Likas mahupun di Terengganu. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu menyaksikan Sabah menewaskan TFC II 3-1 di Likas pada awal bulan Febuari hasil gol Ricco Nigel Milus, Luka Milunovic dan Park Taesu.

Musim lepas, pasukan Sabah menewaskan pasukan TFC II 2 kali berturut-turut iaitu menang 4-0 di Likas dan menang 2-1 di SSINS.

3 Fakta menarik menjelang perlawanan ini

1. Sabah bakal terima kembali khidmat Randy Baruh dan Park Taesu yang sebelum ini digantung perlawanan

Park Taesu bakal kembali perkuat pertahanan Sabah yang sememangnya sudah kuat.

2. Sabah turun dalam perlawanan ini tanpa tekanan namun jadikannya sebagai persiapan ke arah menghadapi siangan Piala Malaysia 2019.

3. Roki turun dalam perlawanan ini dengan misi mendapatkan kasut emas Liga Premier 2019. Kini beliau mencatat sebanyak 11 gol, 2 gol di belakang Zarko Korac yang telah catatkan 13 gol.

Baru-baru ini Roki turut dicalonkan sebagai pemain terbaik Liga Premier 2019 bagi edisi Jun. Anda bolehlah undi penyerang berbisa penuh work rate dari Serbia ini di pautan INI.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *