Sabah LAYAK ke Liga Super 2020 selepas tumpaskan JDT II 1-0 di Pasir Gudang, Kini fokus untuk juarai Liga Premier 2019

Sabah menewaskan pasukan JDT II 1-0 di Pasir Gudang semalam untuk mengekalkan kedudukan selaku pendahulu Liga Premier 2019 dengan kini mengumpul 37 mata sekali gus telah pun mengesahkan tempat automatik mereka ke Liga Super 2020.

Keudukan terkini Liga Premier 2019

Dengan kemenangan tersebut, Sabah kini hanya perlukan 3 mata sahaja lagi dalam 3 perlawanan terakhir mereka untuk diangkat sebagai juara Liga Premier musim ini.

Sorotan Perlawanan

Pasukan Sabah dalam perlawanan ini dikuatkan dengan kehadiran semula ketua pasukan, Rawilson Batuil yang mengalami penggantungan perlawanan. Paling manis, beliau baru sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Premier bagi bulan Mei 2019 oleh PFAM-Asiana.my.

Pemain lain yang beraksi dalam kesebelasan utama buat Sabah semalam terdiri daripada Rozaimie Rohim, Randy Baruh, Evan Wensley, Park Taesu, Ahmet Atayev, Ricco Nigel Milus, Alto Linus, Jenius Karib, Rodoljub Paunovic dan Aguinaldo Mendes.

Kesebelasan utama pasukan Sabah dalam pertembungan menentang JDT II semalam.

Sementara itu, pasukan JDT II turut menurunkan barisan terkuat mereka yang terdiri daripada Mohammed Ghaddar, Kiko Insa, Bruno Soares, Nicholas Fernandez, Rozaimi Abdul Rahman, Fazly Mazlan, Haziq Nadzli, Ramadan Saifullah, S. Kumaarhan, Shakir Shaari dan Che Rashid Che Halim.

Pasukan tuan rumah, JDT II lebih awal mencemaskan pintu gol Sabah pada minit ke-5 apabila rembatan anak jati Sabah dari Bongawan, Rozaimi Abdul Rahman terkena tiang kanan gawang Sabah.

Sejurus selepas itu pasukan Sabah mempamerkan permainan padat dan sering melakukan high press ke atas kawalan pemain pasukan JDT II. Dengan permainan seperti itu, teramat sukar untuk JDT II melakukan gerakan sehingga menyebabkan mereka sering kehilangan bola.

Hasil high press tersebut, Sabah mendapat peluang keemasan untuk menghasilkan gol dalam situasi gawang JDT II sudahpun ternganga pada minit ke-20 dan ke-24 masing-masing menerusi Aguinaldo dan Roki namun percubaan mereka sedikit tersasar.

Kesukaran Mohammed Ghaddar untuk merobek gawang Sabah akhirnya membuatkan Ervin Boban terpaksa mengeluarkan beliau dengan memasukkan D. Saavindran pada minit ke-35.

Perlawanan di separuh masa pertama tamat dengan Sabah mencatatkan sekurang-kurangnya 4 percubaan tepat ke arah gawang JDT II.

Bersambung babak ke-2, JDT II cuba untuk menambah tekanan ke atas kubu pertahanan Sabah namun gandingan Randy-Park-Rawilson-Evan terlalu sukar untuk ditembusi malah bola jarang sekali sampai ke kotak penalti mereka.

Sabah akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila sepakan kencang jarak 30 meter dari luar kotak penalti JDT II menerusi Rodoljub Paunovic pada minit ke-59 berjaya menewaskan Haziq Nadzli yang sekali gus menceriakan lebih 2,000 penyokong yang hadir.

Roki muncul wira selepas meledak gol pada minit ke-59 menerusi sepakan jarak 30 meter.

Gol tersebut ternyata cukup untuk Sabah kekal sebagai pendahulu Liga Premier 2019 walaupun JDT II berpeluang besar untuk menyamakan kedudukan di minit-minit akhir perlawanan selepas pengadil menghadiahkan sepakan percuma jarak dekat kepada JDT II.

Keputusan pengadil tersebut amat kontroversi memandangkan kekasaran yang dilakukan Park Taesu adalah berlaku dalam situasi off ball. Ia adalah kekasaran namun sepakan percuma tidak seharusnya diberikan.

Fakta menarik perlawanan

1. Park Taesu dan Randy Baruh akan berhadapan penggantungan 2 perlawanan secara automatik selepas mengumpul sebanyak 6 kad kuning setakat ini. Ini bermakna, kedua-dua pemain ini hanya akan dapat beraksi ketika menentang Terengganu FC II pada 19 atau 21 Julai ini.

Aksi kental Park (kanan) berjaya mengekang gerakan-gerakan JDT II namun beliau akan mengalami 2 penggantungan perlawanan selepas ini.

2. Mohammed Ghaddar digantikan pada minit ke-35 oleh D.Saavindran kerana gagal membahayakan pertahanan Sabah namun kegagalan yang sama berlaku ke atas Saavindran sehingga beliau sekali lagi digantikan oleh Amirulhadi Zainal. Terlalu kuat bah pertahanan Sabah semalam.

3. Dua open goal misses oleh pemain Sabah iaitu Roki (min-24) dan Aginaldo (min-20). Tapi tidak mengapa kerana mereka telah mempamerkan corak permainan mantap secara keseluruhan.

4. Sabah secara rasmi layak ke Liga Super 2020 dan kini hanya fokus untuk menjuarai Liga Premier 2019. Tiga mata sudah memadai untuk Sabah bergelar juara.

5. Azzizan Nordin direhatkan kerana mengalami kecederaan dalam perlawanan yang lepas.

Roki (kanan) kini sudah merekodkan 10 gol peribadi buat Sabah.

6. Gol ke-10 peribadi Rodoljub Paunovic aka Roki dan clean cheet ke-7 buat Rozaimie Rohim setakat ini.