Previu Perlawanan

Sabah bertemu Sarawak dalam Borneo Derby di Likas malam ini, misi juarai Liga Premier 2019 diteruskan

Sabah akan bertemu pasukan jiran, Sarawak dalam perlawanan ke-16 Liga Premier 2019 pada pukul 8.15 malam ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Ini juga merupakan perlawanan yang menarik tumpuan ramai memandangkan ia adalah perlawanan ‘Borneo Derby’ yang dinanti-nantikan.

Prestasi Pasukan Sarawak dan Sabah

Jika melihat prestasi pasukan Sarawak, mereka berada di kedudukan yang amat genting kerana berhadapan dengan kemungkinan tersingkir ke Liga M3 musim hadapan jika tidak memperbaiki persembahan mereka dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Sarawak kini berada di kedudukan tercorot liga dengan hanya memperolehi 10 mata hasil 2 kemenangan, 4 seri dan 9 kekalahan daripada 15 perlawanan yang dilalui mereka.

Kedudukan Liga Premier 2019 selepas perlawanan JDT II vs UiTM FC semalam.

Perlawanan menentang pasukan Sabah malam ini merupakan ujian getir buat mereka disamping boleh dijadikan titik tolak kebangkitan untuk sekurang-kurangnya mengelakkan mereka tersingkir daripada saingan Liga Premier musim depan.

Bagi pasukan Sabah pula, mereka kini berada di kedudukan ke-2 liga memandangkan pasukan JDT II berjaya menewaskan pasukan UiTM FC 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung semalam.

Kemenangan menentang Sarawak malam ini sudah pasti akan mengangkat mereka di tangga teratas liga sekali lagi dengan kelebihan 1 perlawanan.

Pemain Tumpuan

Pasukan Ngap Sayot sudah pasti akan mengharapkan penyerang utama dari Sabah, Bobby Gonzales untuk mencipta jaringan di Likas malam ini selain mungkin akan menurunkan penyerang dari Brazil, Hudson Dias.

Walaubagaimanapun, dalam beberapa perlawanan terakhir, Hudson tidak diturunkan dan tugas beliau digalas oleh penyerang tempatan yang juga boleh bermain di posisi tengah iaitu, Mohd Alif Hassan.

Aguinaldo Mendes diharapkan agar dapat menunjukkan aksi mantap malam ini.

Bagi pasukan Sabah pula, mereka sudah pasti mengharapkan penyerang utama, Roki dan Aguinaldo dalam menghasilkan jaringan. Apapun, bagi pasukan Sabah musim ini, kemenangan demi kemenangan yang diperolehi adalah hahsil daripada teamwork semua pemain.

Kesebelasan utama malam ini hanya akan diumukan oleh Jelius Ating selepas mengambil kira pemain yang perform dan underperform tidak kiralah sama ada pemain import atau tempatan.

Kemunculan Maxsius Musa sudah pasti amat dinantikan oleh ramai penyokong pasukan Sabah.

Kita juga sudah pasti mengharapkan untuk dapat melihat semula aksi pemain sayap lincah, Maxsius Musa setelah pemain ini berehat panjang berikutan mengalami kecederaan.

Rekod Pertemuan Sabah vs Sarawak

Sabah berjaya menewaskan pasukan Sarawak 2-1 di Kuching pada perlawanan pusingan pertama liga menerusi jaringan Sabri Sahar dan Roki walaupun pada ketika itu bermain di waktu petang.

Perlawanan musim lepas menyaksikan pasukan Sarawak berjaya mengikat Sabah 1-1 di Likas dan menewaskan pasukan Sabah 3-2 di Kuching dalam perlawanan pusingan ke-2.

JA (kiri) dan BA sudah pasti mempunyai ramuan tersendiri untuk menentang Sarawak malam ini.

Ini bermakna, peluang untuk kedua-dua pasukan menang dalam perlawanan malam ini adalah seimbang walaupun prestasi semasa kedua-dua pasukan ini tidaklah begitu seimbang.

Menurut JA dalam sidang akhbar, beliau tidak memandang rendah kemampuan pasukan Sarawak malam ini, malah akan menentang pasukan jiran itu habis-habisan seperti yang dilakukan mereka terhadap pasukan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *