Pasukan Sabah akan bertemu pasukan PDRM FA di Stadium Hang Jebat esok bersamaan 19 Jun dalam perlawanan ke-15 Liga Premier 2019. Perlawanan ini dijangka akan berlangsung pada pukul 9 malam.
Perlawanan ini diangka berlaku dengan cukup sengit memandangkan pasukan Sabah dan PDRM FA ketika ini berada dalam prestasi yang baik. Kedua-dua pasukan ini menang dalam perlawanan terakhir mereka.
Prestasi PDRM FA dan Sabah
Pasukan PDRM FA ketika ini berada di kedudukan ke-7 Liga Premier 2019 dengan 18 mata hasil 5 menang, 3 seri dan 6 kekalahan selepas mengharungi 14 perlawanan.

Pasukan Sabah pula kini berada di tempat ke-2 liga dengan 28 mata hasil 8 kemenangan, 4 seri dan 2 kalah dalam 14 perlawanan. Sabah hanya dipisahkan 1 mata dengan pasukan JDT II yang berada di tempat teratas.
Kehadiran pemain baru buat pasukan PDRM FA iaitu R. Gopinathan telah memberi impak yang positif buat pasukan The Cops itu dan ia telah terbukti dengan pemain ini telah pun menjaringkan 2 gol dan beberapa assist buat pasukan beliau.
Bagi pasukan Sabah pula, kemasukan Ahmet Atayev dan Aguinaldo tidak begitu mendatangkan impak namun banyak membantu Sabah untuk tidak tewas dalam kesemua perlawanan yang dilalui mereka.
Rekod pertemuan PDRM vs Sabah
Dari segi rekod pertemuan, pasukan Sabah dilihat mempunyai sedikit kelebihan kerana mereka berjaya menewaskan pasukan PDRM FA dengan jaringan 3-1 di Likas dalam perlawanan pusingan pertama liga.

Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa pasukan PDRM FA pernah menewaskan pasukan Sabah dengan jaringan 3-2 dalam perlawanan terakhir kempen Liga Premier 2018 yang lepas.
Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pasukan memiliki peluang yang baik untuk memenangi perlawanan ini.
Pemain Tumpuan
Bagi pasukan Sabah, pemain tumpuan adalah penyerang dari Serbia, Rodoljub Paunovic yang dikenali dengan work rate yang tinggi jika dibandingkan dengan penyerang lain seperti Aguinaldo Mendes.

PDRM FA pula kini mempunyai pemain yang sering sahaja mencipta jaringan buat mereka iaitu pemain tengah dari Korea Selatan, Lee Chang Hoon yang kini sudahpun mencetak 7 gol buat The Cops.