Laporan, Ulasan & Analisis

Ketahui 13 fakta menarik skuad Sabah selepas 13 perlawanan LP2019

Berikut merupakan 13 kisah pahit manis yang dilalui Sabah selepas menjalani 13 perlawanan dalam kancah Liga Premier 2019 yang amat menarik untuk kita ketahui. Mari kita ikuti bersama.

1. Sabah menang 7 kali, seri 4 kali dan kalah 2 kali selepas 13 perlawanan

Pasukan Sabah kini menduduki tempat ke-3 Liga Premier 2019 hasil 7 kali menang, 4 seri dan 2 kekalahan selepas mengharungi 13 perlawanan.

Kedudukan Liga Premier 2019 selepas 13 perlawnan yang dilalui Sabah.

Kedudukan ini bukan sahaja bakal melayakkan mereka untuk bersaing dalam Piala Malaysia musim ini malah turut berpeluang untuk menjuarai liga serta mendapatkan slot automatik ke Liga Super 2020.

Peluang untuk menjuarai liga kali ini amat cerah memandangkan Sabah hanya dibezakan 1 mata dengan UiTM FC yang kini berada di tempat pertama. Walaubagaimanapun, pasukan Sabah lebih berpeluang kerana mereka bermain kurang 1 perlawanan.

2. Luka Milunovic kembali ke pangkuan Melaka United SA

Seperti sedia maklum, kehadiran Luka Milunovic di pusingan pertama liga adalah atas status sebagai pemain pinjaman daripada Melaka United. Pemain tengah dari Serbia ini banyak membantu Sabah untuk  mendapatkan kedudukan terbaik selepas perlawanan pusingan pertama liga berakhir.

Luka Milunovic kembali ke pangkuan Melaka United ketika jendela perpindahan pemain dibuka pada 2 Mei lepas.

Luka Milunovic telah Berjaya menjaringkan sebanyak 3 gol buat Sabah selama beliau beraksi untuk skuad kendalian Jelius Ating. Beliau turut memberikan beberapa assist yang membolehkan Sabah mendapat keputusan yang positif misalnya ketika menewaskan Terengganu FC II 3-1 di Likas.

Setelah bermain sebanyak 10 perlawanan untuk pasukan Sabah, Luka dipanggil semula ke Melaka United untuk menguatkan lagi pasukan sebenar beliau. Luka Milunovic membuat impak yang sangat drastik di Melaka United dengan menjaringkan 4 gol daripada hanya 2 perlawanan yang beliau lalui.

3. Luiz Carlos Junior ditamatkan kontrak

Berikutan aksi yo-yo yang dipamerkan oleh Luiz Carlos Junior, pihak pengurusan SAFA telah sebulat suara untuk menamatkan kontrak penyerang dari Brazil ini sejurus selepas jendela pendaftaran pemain baru dibuka.

Terima kasih dan semoga sukses dalam karier anda Luiz!

Walaubagaimanapun, kelibat Luiz tidaklah begitu teruk. Sebelum meninggalkan Sabah, beliau sempat menghasilkan 4 gol secara total. Gol-gol beliau amat penting buat Sabah ketika menewaskan PDRM FA 3-1 dan Pulau Pinang 2- di Likas.

Aksi kurang mantap dari segi finishing beliau dalam beberapa perlawanan terakhir Sabah membuatkan pihak atasan membuat keputusan untuk menamatkan khidmat beliau secara profesional.

4. Sabri Sahar berehat sehingga penghujung musim 2019

Pendaratan tidak sempurna yang dibuat oleh Sabri Sahar ketika aksi menentang pasukan PDRM FA yang lalu telah mengakibatkan beliau mengalami kecederaan ACL yang turut menyebabkan beliau terlepas semua aksi Sabah dalam Liga Premier 2019.

Sabri Sahar (bawah) mengalami kecederaan akibat pendaratan kaki yang tidak sempurna dalam perlawanan menentang Penang FA pada pusingan pertama Liga Premier 2019.

Beliau telah menjalani pembedahan lutut dan menjalani fasa pemulihan yang kompleks. Ketiadaan beliau begitu cepat dirasai apabila Sabah tewas mengejut di tangan Kelantan United 1-0 dan kalah 2-1 kepada pasukan Selangor United di tempat lawan.

Sejurus selepas itu, Jelius Ating membuat beberapa perubahan taktikal dengan memasukkan tenaga baru bagi menggantikan slot bahagian tengah yang ditinggalkan oleh Sabri Sahar.

5. Maxsius Musa alami kecederaan hamstring

2 perlawanan sejurus selepas Sabri Sahar diketepikan daripada pasukan Sabah, Maxsius Musa pula mengalami kecederaan hamstring yang memerlukan beliau menjalani rawatan dan pemulihan sekurang-kurangnya 4 minggu.

Diharapkan Maxsius Musa dapat beraksi untuk pasukan Sabah dalam perlawanan mereka yang seterusnya.

Selepas 4 minggu, Maxsius masih belum pulih sepenuhnya dan hanya melakukan latihan ringan untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kecergasan beliau.

Walaupun Sabah bermain tanpa ketiadaan Maxsius Musa dalam 5 perlawanan terakhir mereka, keputusan yang diperlolehi oleh anak-anak buah Jelius Ating amat positif (3 menang, 2 seri).

6. Randy Baruh, Rawilson Batuil dan Park Taesu masing-masing sudah jalani 1 kali penggantungan perlawanan secara automatik

Kekebalan yang dimiliki oleh Randy Baruh, Rawilson Batuil dan Park Taesu begitu banyak membantu Sabah untuk mencapai keputusan positif dari 1 perlawanan ke perlawanan yang lain.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga ini sudah pun menjalani penggantungan perlawanan secara automatik. Diharapkan agar tiada lagi penggantungan kepada para pemain yang disebutkan ini.

7. Sabah jaringkan 21 gol dan bolos bolos hanya 12 kali

Penjaring gol buat pasukan Sabah untuk setakat 13 perlawanan mereka setakat ini adalah seperti berikut:

Nama Pemain Jumlah Gol
Rodoljub Paunovic 5
Luiz Carlos Junior 4
Luka Milunovic 3
Maxsius Musa 2
Alto Linus 2
Ricco Nigel Milus 1
Dendy Lowa 1
Park Taesu 1
Aguinaldo Mendes Veiga 1
Sabri Sahar 1

8. Ahmet Atayev dan Aguinaldo Mendes sertai Sabah

Dengan perginya Luiz Carlos dan Luka Milunovic daripada pasukan Sabah, Ahmet Atayev yang beraksi di bahagian DMF dan Aguinaldo Mendes di bahagian serangan telah menggantikan slot yang ditinggalkan.

Atayev (tengah) bersama Datuk Peter Anthony (kiri) dan Andrew Majanggim (kanan) ketika sesi pengenalan pemain baru di Stadium Likas bulan lepas.

Kedua-dua pemain import baru Sabah ini apapun baru beraksi sebanyak 2 perlawanan dan keputusan yang dicipta Sabah dari 2 perlawanan tersebut boleh dibanggakan iaitu menang sekali dan seri sekali.

Aguinaldo Mendes mencetak nama beliau selaku penjaring tunggal Sabah ketika perlawanan menang 1-0 ke atas UKM FC pada 17 Mei lepas.

Aguinaldo kini telah menjaringkan 1 gol untuk pasukan Sabah.

9. Sabah terkeluar awal dari saingan Piala FA 2019

Walaupun di atas kertas Sabah dilihat mudah menewaskan Kelantan United FC dalam saingan Piala FA musim ini, namun keputusan yang terhasil adalah sebaliknya di mana dalam Sabah tewas 1-0 pada perlawanan tersebut sekali gus terkeluar dari saingan.

Kekalahan mengejut tersebut disebabkan oleh ketumpulan barisan serangan Sabah yang banyak mensia-siakan peluang yang dimiliki mereka.

10. Rozaimie Rohim catatkan 5 kali clean sheets

Selepas harungi 13 perlawanan Liga Premier 2019, Rozaimie Rohim kini telah mencatatkan 5 clean sheet. Ia merupakan satu pencapaian yang baik dan dengan kombinasi baik para pertahanan Sabah, diharapkan Roy akan menambah lagi jumlah perlawanan tanpa bolos beliau.

Rozaimie Rohim kini sudahpun mencatatkan 5 clean sheet

11. Hamran Peter dan Zaki Sapri kembali beraksi

Selepas mengalami kecederaan jangka panjang, Hamran Peter dan Zaki Sapri kini kembali cergas semula dan bakal bermain untuk pasukan Piala Presiden Sabah. Apapun, Hamran Peter yang banyak beraksi untuk pasukan utama Sabah musim lepas dilihat boleh turut serta bersama pasukan kendalian JA dalam baki beberapa perlawanan Liga Premier musim ini.

12. Evan Wensley Wenceslaus dan Jenius Karib dalam kesebelasan utama Sabah

Evan Wensley yang sering kali digunakan oleh Datuk Ong Kim Swee dalam pasukan B-23 Malaysia telah menambat hati Jelius Ating untuk meletakkan beliau di posisi LB dalam beberapa perlawanan terakhir Sabah.

Evan Wensley kini sudah menjadikan posisi LB Sabah sebagai milik beliau.

Berganding bersama Rawilson Batuil dan Park Taesu di bahagian pertahanan diharap akan dapat meningkatkan lagi mutu permainan Evan.

13. Azwan Fattah mula kerap diturunkan sebagai substitute

Walaupun Azwan Fattah hanya turun sebagai pemain gantian, ia lebih baik daripada langsung tidak diberikan peluang untuk beraksi. Musim ini beliau diberikan peluang untuk beraksi sebagai pemain gantian untuk beraksi di Sayap Kiri Sabah untuk menggantikan sama ada Jenius Karib atau Muhamad Mohd Safar.

Azwan Fattah seringkali diturunkan sebagai pemain gantian untuk beraksi di posisi Sayap Kiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *