Laporan, Ulasan & Analisis

5 perkara ini jelaskan betapa pentingnya 1 mata yang diperolehi Sabah di Pulau Pinang semalam

Sabah kini hanya dipisahkan dengan 1 mata dengan pendahulu Liga Premier 2019, UiTM FC walaupun hanya terikat seri tanpa jaringan menentang pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang semalam.

Kedudukan Liga Premier 2019 selepas Sabah harungi 13 perlawanan.

Sabah telah menurunkan pemain kesebelasan utama yang terdiri daripada Rozaimie Rohim, Rawilson Batuil, Park Taesu, Randy Baruh, Evan Wensley Wenceslaus, Azzizan Nordin, Ahmet Atayev, Jenius Karib, Alto Linus, Rodoljub Paunovic dan Aguinaldo Mendes.

Barisan kesebelasan utama Sabah yang diturunkan oleh Jelius Ating.

Pasukan Pulau Pinang yang masih segar dengan 2 kemenangan berturut-turut dalam 2 perlawanan terakhir mereka telah melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah gawang Sabah namun pertahanan Sabah berjaya menidakkan pasukan Harimau Kumbang itu untuk menghasilkan gol.

Sabah apapun mendapat peluang keemasan pada minit ke-13 bilamana Ahmet Atayev memiliki peluang di dalam kotak penalti pasukan Pulau Pinang namun percubaan beliau pada ketika tidak dicabar hanya melewati palang gol.

Ahmet Atayev (kanan) gagal memanfaatkan peluang terhidang pada minit ke-13.

Penguasaan bola di separuh masa pertama ternyata milik pasukan tuan rumah malah hampir mendahului pasukan Sabah sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Casagrande yang sudah menghasilkan gol namun dibatalkan pengadil kerana terlebih dahulu mengasari pemain Sabah.

Bersambung babak ke-2 kini giliran Sabah untuk mencemaskan gawang gol pasukan tuan rumah dengan serangan berterusan namun gol Park Taesu pada minit ke-47 dibatalkan pengadil kerana mengatakan bahawa pemain import Sabah dari Korea Selatan itu sudah berada dalam kedudukan offside.

4 Minit kemudian, Jenius Karib mempunyai ruang di hujung sudut kiri kotak penalti namun percubaan beliau sedikit tinggi melepasi gawang gol pasukan Pulau Pinang.

Pemain sayap kiri Sabah, Jenius Karib diapit oleh 2 pemain Pulau Pinang.

Minit ke-59 pula menyaksikan percubaan leret Aguinaldo Mendes dari dalam kotak penalti berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pasukan tuan rumah. Seminit selepas itu, percubaan Roki dari jarak yang identikal pula tersasar.

Aguinaldo mempunyai peluang terbaik dalam perlawanan ini pada minit ke-79 namun tap in beliau tersasar walaupun bola hanya berada beberapa inci sahaja daripada garisan gol selepas satu gerak menarik daripada Ahmet Atayev dari sebelah kanan tiang gol Pulau Pinang.

Aguinaldo terlepas peluang keemasan pada minit ke-79 namun masih ada ruang untuk beliau tunjukkan taring.

Sabah juga harus berterima kasih terhadap Evan Wensly Wenceslaus yang berjaya melakukan goal line clearance di minit-minit akhir perlawanan yang sekali gus menidakkan pasukan tuan rumah untuk mendapat 3 mata penuh di gelanggang sendiri.

Ketahui 5 perkara mengapa 1 mata yang diperolehi Sabah di Pulau Pinang amat penting:

  1. Beri peluang buat Aguinaldo Mendes untuk lebih serasi dan cergas kerana beliau dikatakan kurang cergas oleh JA sehari sebelum perlawanan. JA juga bercadang untuk tidak memberikan 90 minit buat pemain import dari Angola itu namun dalam perlawanan ini beliau terpaksa bermain sepenuh masa atas faktor fizikal bagi mengekang pasukan Pulau Pinang yang agresif.
  2. Sabah impit JDT II dan UiTM FC. Kini pasukan Sabah hanya 1 mata di belakang UiTM FC dan JDT II namun mempunyai 1 perlawanan kurang daripada kedua-dua pasukan ini. Ternyata Sabah punyai peluang untuk menjuarai kumpulan jika terus konsisten.
  3. Sabah matikan rentak kemenangan Pulau Pinang. Rentetan 2 kali menang berturut-turut buat pasukan Pulau Pinang dicacatkan oleh Sabah yang mempunyai benteng ampuh walaupun bermain di tempat lawan.
  4. Pengajaran berguna agar lebih tajam dan klinikal dari segi penyudah pada perlawanan yang mendatang.
  5. Rozaimie Rohim kini mencatatkan 5 kali clean sheets selepas 13 perlawanan yang dilaluinya bersama Sabah. Kini beliau mengekori rapat penjaga gol Terengganu FC II, Shamirza Yusuf yang memiliki 7 kali tanpa bolos.

Sabah akan menyambung semula kempen Liga Premier 2019 pada 15 Jun ini (tentatif) untuk melayani kunjungan skuad Negeri Sembilan bimbingan Mat Zan Mat Aris di Likas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *