Kenali Aguinaldo Veiga dan Ahmet Atayev

Sabah telahpun mengikat 2 tonggak import untuk mengisi 2 slot yang ditinggalkan oleh Luka Milunovic dan Luiz Carlos Junior baru-baru ini.

Terima kasih untuk sumbangan anda Luka Milunovic. Semoga sukses bersama Melaka United.
Terima kasih dan semoga sukses dalam karier anda Luiz!

Dua pemain import yang dimaksudkan itu adalah penyerang warganegara Portugal-Angola, Aguinaldo Mendes Veiga dan pemain tengah kebangsaan Turkmenistan, Ahmet Atayev.

Aguinaldo (kiri) dan Ahmet Atayev (kanan) telah sah bersama skuad Sabah untuk separuh lagi saingan Liga Premier 2019.

Seperti yang anda sedia maklum, Luka Milunovic telahpun kembali ke Melaka United sementara Luiz Carlos Junior pula terpaksa meninggalkan Sabah setelah ditamatkan kontrak yang berbaki separuh musim.

Aguinaldo Mendes Veiga

Pemain ini merupakan penyerang yang laris memandangkan beliau telah beraksi dengan liga di sekurang-kurangnya 13 buah negara dari pelbagai benua.

Beliau berkelana di lebih 13 buah negara dan membuktikan beliau merupakan penyerang yang suka menggegarkan jaring lawan.

Penyerang yang mempunyai dua passport ini (Portugal & Angola) bagaimanapun kali terakhir beraksi dengan pasukan Ubon UMT United dalam Liga Thailand pada dan Politehnica Lasi dalam Liga Romania musim lepas.

Penyerang berumur 30 tahun dan berketinggian 1.86m ini telah menjaringkan sejumlah 168 gol dalam 210 penampilan sepanjang karier beliau. Ini menunjukkan bahawa beliau mempunyai potensi yang besar untuk membantu Sabah memburu jaringan.

Sedutan aksi Aguinaldo dalam sesi latihan di Stadium Likas bersama skuad terbaru beliau, Sabah.

Pemain ini turut pernah menyarung jersi kebangsaan Angola yang beraksi dalam saingan African Cup Of Nations sekitar 2011-2012. Dengan pengalaman bermian di peringkat tinggi ini, diharapkan beliau mampu menajamkan lagi serangan skuad JA.

Kenali Ahmet Atayev

Ahmet Atayev amat sinonim dengan bolasepak di Asia Tenggara memandangkan beliau lama beraksi dalam Liga Indonesia iaitu dengan pasukan Arema FC (2017) dan Persela Lamongan (2018).

Ahmet Atayev berjabat tangan dengan Datuk Peter Anthony sambil memperagakan ‘home jersey’ Sabah.

Pemain yang mempunyai kaki dominan kiri ini beraksi di bahagian tengah iaitu sama ada di posisi DMF, CMF dan AMF.

Ketepatan hantaran dan sepakan kaki kiri beliau boleh dikaitkan dengan bekas pemain tengah Sabah dari Australia sekitar musim 2003-2004 iaitu Robert Mark Gaspar.

Aksi Ahmet Atayev yang dirakamkan ketika sesi latihan taktikal pasukan Sabah di Stadium Likas malam tadi.

Sabah dikira amat beruntung kerana memiliki pemain ini kerana beliau masih lagi bergelar pemain kebangsaan Turkmenistan. Beliau juga merupakan ketua pasukan buat bekas negara Soviet itu.

Misi ke Liga Super 2020 diteruskan 17 Mei ini

Sabah akan bertandang ke ibu negara pada 16 Mei ini untuk menghadapi UKM FC dalam perlawanan ke-12 mereka pada 17 Mei.

Sabah akan beradu tenaga dengan pasukan UKM FC dalam perlawanan ke-12 Liga Premier 2019 di Stadium Bolasepak KL, Cheras pada 17 Mei ini.

Dengan kecergasan dan kesihatan baik Aguinaldo dan Ahmet ini, mereka dilihat bakal beraksi untuk penampilan sulung bermain dengan pasukan Sabah.

Semoga mereka dapat mencapai keserasian yang baik bersama pasukan baru mereka ini dalam kadar yang segera.