B-19 Sabah - Piala Belia 2019

Johan Mansor wira Sabah B-19 untuk tumpaskan Pahang B-19 di Kuantan

Pasukan B-19 Sabah meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan pasukan B-19 Pahang di Stadium UIA, Indera Mahkota, Kuantan dalam perlawanan ke-10 Piala Belia 2019 kelmarin.

Wajah ceria di kalangan para pemain B-19 selepas menewaskan Pahang dengan penuh kedramatikan.

Kemenangan ini merupakan yang ke-2 kali berturut-turut selepas pasukan muda Sabah ini menewaskan pasukan Pulau Pinang 7-1 di Penampang Sabtu lepas.

Perlawanan yang tampak seimbang di Kuantan itu menyaksikan pasukan tuan rumah, Pahang mensia-siakan peluang menjaringkan gol pada minit ke-85 apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Muhammad Mizal Mat Jusoh.

Azlizan Azlan memperagakan aksi cemerlang dalam perlawanan tersebut terutama sekali ketika menyelamatkan sepakan penalti pasukan Pahang pada minit ke-85.

Walaubagaimanapun kecekapan penjaga gol B-19 Sabah, Azlizan Azlan telah berjaya menidakkan sepakan percuma tersebut sekali gus memberikan ruang buat mereka untuk melakukan break attack.

Sabah akhirnya menghasilkan jaringan menerusi pemain tengah dari Likas, Johan Mansor pada minit ke-88 menerusi percubaan jarak 21.95 meter dari luar kotak penalti B-19 Pahang.

Johan Mansor melakukan percubaan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol Pahang, Faiz Hakimi ketika permainan hanya berbaki 2 minit.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan kendalian Billyton Vun Ket Ming itu naik satu anak tangga iaitu daripada tangga ke-10 ke tangga ke-9 dengan memintas pasukan B-19 Pulau Pinang.

Kedudukan terkini Piala Belia 2019 selepas 10 perlawanan.

Sabah B-19 kini telahpun menghasilkan sebanyak 9 mata hasil 3 kemenangan dan 7 seri daripada 10 perlawanan. Mereka juga kini telah mencetak sebanyak 14 gol dan dibolosi sejumlah 22 gol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *