Previu Perlawanan

Sabah uji kombinasi pemain bintang Melaka United malam ini!

Sabah akan bertemu dengan pasukan Melaka United (MU) pada pukul 8.45 malam ini di Stadium Hang Jebat, Melaka dalam perlawanan persahabatan yang juga merupakan pengisian tempoh rehat 2 minggu Liga Malaysia 2019.

Perlawanan malam ini bakal menyaksikan pasukan utama Sabah akan menentang pasukan utama pasukan Melaka United.

Kesemua barisan pemain Sabah telah terbang ke Semenanjung Malaysia kecuali Luiz Junior yang masih menjalani pemulihan kecederaan, Arius Dius Jais dan Evan Wensley Wenceslaus yang ketika ini dalam kem latihan Datuk Ong Kim Swee serta Syukri Baharun dan Aidil Safee yang bersama skuad Piala Presiden Sabah.

Luiz Junior terpaksa direhatkan kerana masih menjalani proses pemulihan kecederaan. Get well soon kio!

Selain perlawanan malam ini, Sabah turut melakukan 2 lagi perlawanan persahabatan pada hari berikutnya seperti dalam infomasi ketetapan berikut:

1. Melaka United vs Sabah (Pasukan ke-2)

Tarikh: 21 Mac 2019

Masa: 8.45 Malam

Venue: Stadium Hang Jebat, Melaka

2. PKNS FC vs Sabah (Pasukan Utama)

Tarikh: 23 Mac 2019

Masa: 8.30 Malam

Venue: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Tujuan utama perlawanan persahabatan ini adalah untuk menguji kombinasi para pemain, mengekalkan match fitness serta memberikan ruang buat pemain yang belum pernah diturunkan dalam perlawanan kompetatif sebelum ini untuk beraksi.

Mari kenali Melaka United

Pasukan Melaka United kini menghuni tangga ke-5 Liga Super 2019 hasil 10 mata yang dikutip menerusi 3 kemenangan, 1 seri dan 2 kekalahan.

Kedudukan terkini Liga Super 2019 yang menyaksikan pasukan Melaka United berada di tangga ke-5.

Tunjang utama buat pasukan MU musim ini adalah dengan hadirnya pemain bintang seperti Safiq Rahim selaku Kapten, pemain import bintang dari Kosovo, Liridon Krasniqi dan penyerang prolifik dari Brazil, Anselmo Arruda Da Silva aka Casagrande.

Liridon Krasniqi tunjang tengah pasukan Melaka United musim ini.
Safiq Rahim turut menjadi nadi utama MU musim ini.
Penjaring terbanyak LP2018 untuk Felcra FC, Casagrande (tengah) tunjukkan sengat di posisi serangan.

Pasukan kendalian Zainal Abidin Hasan ini juga dibarisi dengan pemain Sayap Kiri yang mantap iaitu Nazrin Nawi bersama dengan pemain import Sayap Kanan dari Filipina, Patrick Reichelt.

Nazrin Nawi (tengah) dan Raimi Md Noor (kanan) juga merupakan tonggak MU musim ini.

Tonggak pertahanan  milik MU, Razman Roslan dan Raimi Noor juga merupakan muka-muka vital yang harus dihadapi pasukan Sabah malam ini.

Penjaga gol kebangsaan milik MU, Khairul Fahmi Che Mat bagaimanapun mungkin tidak akan turun malam nanti memandangkan beliau beraksi buat skuad kebangsaan Malaysia kendalian Tan Cheng Hoe dalam perlawanan Piala Airmarin 2019 menentang pasukan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada masa yang sama.

Bagaikan bintang bekerlipan di angkasa, demikianlah juga bintang-bintang Melaka United ini yang bakal turun menentang Sabah malam nanti.

Pendek kata, pasukan Melaka United ini merupakan pasukan berkelas bintang jika dilihat dari segi barisan pemain yang dimiliki mereka.

Sabah pula macam mana?

Tiada alasan buat pasukan Sabah untuk takut kepada pasukan Melaka United pada perlawanan ini nanti. Kenapa? Ini kerana Sabah turut mempunyai barisan pemain yang mempunyai kemampuan dan kualiti tersendiri.

Walaupun tidak ramai pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan di kalangan barisan pemain Sabah, pasukan kendalian Jelius Ating ini tetap mempunyai Rawilson Batuil dan Azzizan Nordin yang tidak akan memberikan laluan mudah buat para pemain MU untuk menerobosi gawang mereka.

Dua pemain Sabah ini, Azzizan (belakang) dan Rawilson (depan) pernah menyarung jersi kebangsaan Malaysia dan akan sentiasa menjadi pilihan TCH untuk mengisi slot barisan pemain nasional.

Sabah juga turut menunjukkan prestasi mantap dalam saingan Liga Premier musim ini dengan menduduki tangga ke-2 liga dengan 11 mata hasil 3 kemenangan, 2 seri dan 1 kalah daripada 6 perlawanan pertama.

Kedudukan terkini Liga Premier 2019 untuk setakat 6 perlawanan.

Sabah telah menunjukkan rekod jaringan yang banyak iaitu sebanyak 12 gol daripada 6 perlawanan. Ini bermakna, Sabah berupaya menjaringkan 2 gol dalam setiap perlawanan mereka secara purata.

Terbaru, pemain import Sabah yang dipinjamkan dari Melaka United, Luka Milunovic telah menerima anugerah pemain terbaik Liga Premier 2019 bagi edisi Febuari hasil jumlah undian yang menakjubkan.

Tahniah buat Luka Milunovic kerana PFAM-Asiana.my telah menobatkan beliau sebagai pemain terbaik Liga Premier 2019 bagi bulan Febuari.

Penjaring terbanyak buat Sabah buat setakat ini ialah Luka Milunovic sendiri dengan 3 gol, diikuti Maxsius Musa, Luiz Junior dan Rodoljub Paunovic dengan masing-masing menghasilkan 2 gol, sementara Park Taesu dan Ricco Nigel Milus kini masing-masing mencetak 1 gol.

Semoga perlawanan persahabatan ini dapat menepati objektif yang telah ditetapkan oleh pasukan Sabah ini.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *