Piala Malaysia 2018: Sabah layani kunjungan Pahang di Likas esok dalam perlawanan ‘pemanas badan’ sebelum perlawanan Suku Akhir.

Sabah akan menantikan kunjungan pasukan Pahang di Stadium Likas pada Ahad ini bersamaan 16 September (Esok) dalam perlawanan pelengkap jadual Kumpulan D Piala Malaysia 2018. Ini juga merupakan perlawanan ke-6 buat kedua-dua pasukan yang bagaimanapun sudah mengesahkan tempat mereka ke peringkat Suku Akhir.

Dalam 5 perlawanan pertama Piala Malaysia 2018, Sabah merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum tewas daripada 16 pasukan yang layak dalam edisi kali ini, baik bermain di tempat lawan mahupun di tempat sendiri. Rekod bersih 100% tanpa kalah ini adalah hasil 4 kemenangan dan 1 seri dengan baki perlawanan peringkat kumpulan hanya berbaki 1 perlawanan.

Sabah mengesahkan tempat ke Suku Akhir selepas menumpaskan pasukan PKNP FC 2-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang pada 2 September lepas. Gol dalam perlawanan itu masing-masing disumbangkan oleh Roki pada minit ke-30 dan Pito pada minit ke-80. Kemenangan tersebut juga telah mengesahkan tempat Pahang ke Suku Akhir di samping menunjukkan jalan keluar buat PKNP FC dan Selangor dari Piala Malaysia 2018.

Pasukan Pahang yang berada di tangga ke-dua carta Kumpulan D hanya berjaya menghasilkan sebanyak 8 mata hasil 2kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan. Walaupun Dollah Salleh menghalang Matthew Davies dan Nor Azam Azih daripada menyertai pasukan U23 Malaysia untuk temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, nampaknya keputusan yang mereka perolehi tidaklah begitu impresif.

 

Pertahanan Pahang longgar ketika seri 1-1 dengan Sabah di Darul Makmur.

Pasukan Sabah banyak mendapat peluang keemasan ketika seri 1-1 dengan pasukan Pahang dalam perlawanan pertama Kumpulan D bulan lepas menerusi kesilapan benteng pertahanan pasukan Pahang dan jika Penjaga Gol mereka tidak bermain dengan cemerlang, mereka sudah pasti bolos dengan sekurang-kurangnya 3 gol.

Mungkin berfikir bahawa Sabah hanyalah ‘lauk’ dalam Kumpulan D yang menyebabkan pasukan Pahang kerap melakukan high defensive line. Akibat daripada ini, barisan pemain pertahanan pasukan Pahang yang diketuai oleh Muslim Ahmad banyak terlepas bola dan membuka ruang buat Maxsius Musa, Pito dan Roki melakukan serangan balas buat pasukan Sabah. Kebanyakan peluang tersebut apapun tidak berjaya dimanfaatkan oleh mereka.

 

Taktikal Long Ball Game Sabah terbukti berkesan.

Dengan mengetahui kelebihan yang ada pada Roki dan Pito di bahagian hadapan Sabah, JA telah mempraktikan taktikal Long Ball Game yang mengarahkan bola terus kea rah Target Man Sabah yang sering dimainkan oleh kedua-dua penyerang tersebut.

Bermain dengan taktikal ini, bola akan dihantar terus kepada Pito ataupun Roki ketika pemain lawan bermain secara compact di bahagian tengah. Ini akan bypass kebanyakan pemain tengah pasukan lawan dan memaksa pertahanan mereka hanya berseorangan mengawal sama ada Roki dan Pito.

Boleh dikatakan bahwa 80% daripada hantaran-hantaran jauh yang dilakukan oleh pemain pertahanan Sabah dapat dikawal oleh gandingan Roki-Pito dapat dikawal mereka dan memberikan ruang buat rakan sepasukan untuk melancarkan serangan dari arah by-line mahupun tengah kotak penalti.

Selain memberi ruang untuk pemain sayap Sabah seperti Maxsius Musa dan Hamran Peter melakukan larian dan lintangan, gandingan Pito-Roki juga turut memberikan ruang buat diri masing-masing untuk melakukan percubaan seterusnya menghasilkan jaringan.

Contohnya ialah ketika Sabah menghasilkan gol pertama di Shah Alam dalam proses menewaskan Selangor 2-1. Gol tersebut terhasil melalui hantaran jauh Randy Baruh yang ditanduk kilas ke belakang oleh Roki ke pada Pito yang kemudiannya melakukan Half Volley menewaskan penjaga gol Selangor pada minit ke-56.

 

Hantaran jauh daripada Francis Kasonde pada minit ke-30 yang terus mencari Pito juga telah memungkinkan Sabah menang 2-0 ke atas PKNP FC minggu lalu. Pito yang bijak mengawal bola di udara akhirnya memberikan ruang buat Hamran melakukan hantaran yang sekali gus membolehkan Roki menyumbat gol pertama Sabah.

 

Menang, seri mahupun kalah tidak akan jejaskan kedudukan No. 1 Sabah dalam Kumpulan D.

Sabah hanya perlu menanti lawan di Suku Akhir yang masih tidak pasti sama ada JDT, MISC-MIFA, Kelantan ataupun Kedah memandangkan kedudukan pasukan dalam Kumpulan C masih belum muktamad dan kesemua 4 pasukan masih mempunyai peluang untuk layak ke peringkat Suku Akhir.

JA apapun menegaskan bahawa siapapun yang akan menjadi lawan Sabah di Suku Akhir adalah tidak penting kerana apa yang lebih beliau tumpukan ialah persediaan untuk menghadapi siapapun lawan mereka kelak.

Oleh hal yang demikian, marilah berikan sokongan padu kepada Sabah untuk mereka mara lebih jauh dalam Piala Malaysia edisi 2018 ini.