TFC II vs Sabah: Menang bukan lagi ‘Pilihan’ tapi ‘Kemestian’

Sabah akan membuat perhitungan dengan pasukan Terengganu FC II (TFC II) pada pukul 9 malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu dalam perlawanan ke-17, 100 PLUS Liga Premier 2018. Perlawanan ini sangat penting bagi memastikan Sabah mendapat kedudukan lebih baik selain mengintai untuk layak ke Liga Super 2019.

 

Sabah bermain tanpa 4 tonggak utama

Walaupun berkunjung ke SSINS dengan harapan untuk mendapatkan 3 mata penuh, mereka terpaksa menerima tamparan hebat apabila 4 pemain tonggak mereka tidak dapat bermain berikutan kecederaan dan penggantungan perlawanan:

Antara pemain yang tidak bersama Sabah ke SSINS ialah:

  1. Jenius Karib (Kecederaan)
  2. Mafry Balangn (Kecederaan)
  3. Keisuke Ogawa (Kecederaan)
  4. Randy Baruh (Penggantungan)

Dengan ketiadaan 4 pemain utama ini, Sabah bakal bermain dengan hanya 3 pemain import dan Jelius Ating dilihat melakukan sedikit rombakan ke atas barisan pemain Sabah untuk pertembungan malam ini.

Berikut merupakan beberapa perubahan yang bakal dilakukan:

  1. Hamran Peter bermain untuk mengisi ketiadaan Keisuke Ogawa. Sabri Sahar mungkin akan bermain DMF untuk memberi ruang buat Hamran bermain sebagai LMF/LWF.
  2. Evan Wensley Wenceslaus membuat kemunculan sulung sebagai pemain kesebelasan utama di bahagian pertahanan (Left Back).
  3. Dendy Lowa ke posisi Right Back dan Alto Linus dijangka akan menjadi back up di posisi tersebut.
  4. Robson Rendy Rining berkemungkinan akan diturunkan sebagai Penjaga Gol utama Sabah malam ini.
  5. Melky Balang hadir bersama pasukan Sabah ketika ini untuk dijadikan sebagai back up di posisi DMF.
  6. Justin Samaan hadir bersama-sama pasukan dan berkemungkinan akan diturunkan di separuh masa ke-2 sebagai Super Sub.
Even Wensley Wenceslaus bakal diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama Sabah dalam pertembungan menentang TFC II malam ini.
Kredit Foto: Sabah Media Official – SAFA.

TFC II bakal beri tentangan hebat kepada Sabah

Pasukan TFC II ketika ini sedang berada di kedudukan tercorot liga dengan hanya mengutip sebanyak 17 mata. Ini sudah pasti akan menjadi tonic point untuk mereka menggandakan usaha bagi mendapatkan mata maksimum malam ini.

Kemenangan ke atas pasukan Sabah pada malam ini bakal menyaksikan mereka boleh melonjak 4 anak tangga bagi meloloskan diri dari zon penyingkiran.

Kedudukan terkini Liga Perdana 2018 dengan 4 perlawanan berbaki menyaksikan Sabah di kedudukan ke-5 dan TFC II di kedudukan ke-11 liga.
Kredit: FMLLP

Bagi Sabah yang mempunyai sebanyak 21 kutipan mata, mereka boleh menghimpit pasukan PDRM FC di tangga ke-3 serta boleh memintas kedudukan pasukan MISC-MIFA FC di tangga ke-4 jika memperolehi 3 mata penuh dari Kuala Terengganu malam ini.

 

Akanni Sunday Wasiu vs Hector Ramos

Terdapat fakta menarik mengenai kedua-dua pemain ini. Mereka berdua telah dinominasikan sebagai pemain terbaik 100 PLUS Liga Premier 2018 bagi bulan Jun 2018 oleh Professional Footballers Association of Malaysia (PFAM). Undian masih lagi berjalan ketika ini dengan anda yang masih belum membuat undian bolehlah ke http://pfam.my/prejun18/ untuk melakukan undian.

Penyerang Sabah, Hector Ramos dinominasikan sebagai pemain terbaik 100 PLUS Liga Premier 2018 bagi bulan Jun 2018.
Kredit: PFAM

Kedua-dua pemain ini telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang bulan Mei-Jun dan telah menyebabkan mereka mendapat ruang dan peluang untuk menerima anugerah khas daripada PFAM. Untuk rekod, Penjaga Gol Sabah iaitu Robson Rendy Rining telah mendapat anugerah tersebut untuk edisi Feb 2018 atas pencapaian yang memberansangkan di awal saingan liga. Apakah kali ini Hector akan mendapat anugerah tersebut?

Sehingga 16 perlawanan, Hector Ramos sudahpun menghasilkan 10 gol buat Sabah dan banyak membantu dalam penghasilan gol-gol Sabah. Adakah beliau sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring malam ini?

Untuk Akanni Sunday Wasiu pula, beliau juga turut menghasilkan 10 gol bersama TFC II namun mempunyai kelebihan 1 perlawanan (17). Sudah pasti perembungan menarik bakal disaksikan pada malam ini.

 

Kemenangan bukan lagi ‘Pilihan’ tapi ‘Kemestian’

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh The Rhinos Troop minggu lalu, terdapat 3 Syarat Wajib yang diperlukan oleh Sabah untuk layak ke Liga Super 2019. Anda boleh lihat artikel tersebut di SINI

Antara syarat utama yang diperlukan Sabah ialah dengan memastikan mereka memenangi kesemua baki 4 perlawanan mereka dalam Liga Perdana musim ini di samping mengharapkan keputusan lain berpihak kepada mereka.

Jika Sabah tewas dalam perlawanan menentang TFC II malam ini maka mereka harus sekurang-kurangnya memperbaiki kedudukan untuk tujuan layak secara automatik dalam saingan Piala Malaysia 2018 kelak.