Laporan, Ulasan & Analisis

Wajib Baca! 4 Karakter positif Roki yang bantu Sabah peroleh 2 kemenangan berturut-turut.

Kedatangan semula Rodoljub Paunovic atau lebih mesra dipanggil Roki itu nampak memberi impak positif kepada pasukan Sabah memandangkan dalam 2 perlawanan pertama beliau besama Sabah musim ini berakhir dengan keputusan memberansangkan meskipun beliau tidak menjaringkan gol.

Sabah menghasilkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas UiTM FC di Shah Alam dalam kemunculan pertama Roki bersama pasukan. Seterusnya Sabah sekali lagi menghasilkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas MIFA FC di Likas pada 20 Jun lalu dalam penampilan ke-2 Roki.

Sebagai peminat setia pasukan Sabah, adalah suatu yang menarik untuk kita ketahui atau pelajari apakah sebenarnya ‘aura’ yang dibawa oleh Roki ini sehingga memberikan konsekuensi yang positif kepada pasukan Sabah.

Oleh itu, The Rhinos Troops berfikiran bahawa terdapat 4 karakter penting Roki yang menyumbang kepada kemenangan Sabah dalam 2 perlawanan lalu.

 

1. Suara dan sifat kepimpinan

Walaupun beliau bukanlah captain untuk pasukan Sabah, beliau mempergunakan sepenuhnya pengalaman beliau di dalam padang dengan memberikan arahan dan teriakan kepada rakan sepasukan ketika dalam situasi on ball mahupun off ball.

Tidak dinafikan bahawa arahan suara itu amat penting dalam sukan Bolasepak. Ini kerana, suara akan membantu rakan sepasukan untuk menempatkan diri di kawasan sesuai dalam situasi menyerang mahupun diserang selain membantu rakan sepasukan untuk membuat keputusan hantaran mahupun percubaan ketika dalam situasi menyerang.

Karakter ini dimiliki oleh Roki. Sepanjang melihat beliau beraksi di tengah padang, boleh diketahui bahawa beliau mempunyai sifat kepimpinan yang baik. Tidak dinafikan bahawa beliau banyak membantu pasukan dalam memastikan setiap percaturan yang dirancang oleh Jelius Ating dapat diaplikasikan dengan baik di atas padang.

Mempunyai seorang yang mempunyai sifat kepimpinan di tengah padang sudah tentu akan menambahkan tahap keyakinan pasukan ketia beraksi di tengah padang. Diharapkan situasi ini berterusan di perlawan-perlawanan akan datang.

 

2. Mentaliti ingin menang dan tidak mudah menyerah kalah

Walaupun sudah mendahului 3-0 ketika menentang pasukan UiTM FC tempoh hari, Roki tidak menunjukkan sikap mudah berpuas hati sedikitpun sebaliknya mengajak pasukan untuk melipat gandakan lagi asakan. Sikap seperti ini amatlah perlu ada di kalangan para pemain tempatan Sabah kerana selama ini, Sabah kerap kelihatan mudah berpuas hati walaupun baru mempunyai 1 gol pendahuluan. Akibat rasa mudah berpuas hati, pasukan lawan mengambil kesempatan untuk menyerang dan mendapatkan gol.

Hantaran lintang kaki kiri Roki yang memberikan ‘assist’ kepada Hamran Peter untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-50 ketika menentang MIFA FC tempoh hari.
Kredit foto: Sharin Said (Sabah Rhinos).

Ketika ketinggalan 1-2 kepada pasukan MIFA FC baru-baru ini, Roki kelihatan tidak lelah dan letih ke hulu ke hilir, ke kiri dan ke kanan kawasan by line MIFA FC untuk membantu dan menginisiatifkan serangan. Hasilnya pada minit ke-50, Roki menghasilkan satu assist yang menarik sekali kepada Hamran Peter hasil satu lintangan kaki kiri dari sebelah kanan kotak penalti pasukan MIFA FC. Walaupun kaki kiri bukanlah kaki dominan beliau, Roki tetap berjaya menghasilkan cross yang baik.

 

3. Roki wujudkan kombinasi ‘gergasi’ bersama Ramos

Kelibat Roki sebagai penyerang tambahan, yang bersama-sama dengan Hector Ramos sudah pasti akan menyukarkan lagi benteng pasukan lawan untuk mengekang pegerakan rangkaian serangan Sabah. Sekurang-kurangnya 4 orang pertahanan lawan diperlukan untuk mengikat Roki dan Hector. Ini sudah pasti akan menyukarkan tugas bertahan mereka dan hasilnya mereka akan kehilangan tumpuan sekali gus dibolosi.

Gandingan Roki (1.83m) bersama Ramos (1.91m) merupakan rangkaian ‘gergasi’ yang boleh menyukarkan pertahanan lawan.
PC: Utusan Borneo Online

Untuk pengetahuan, Ramos mempunyi ketinggian 1.91m yang memudahkan beliau melakukan kawalan bola tinggi dan menghasilkan gol melalui tandukan. Gandingan beliau bersama Lee Gil Hoon suatu ketika dahulu tidak begitu seimbang dari segi fizikal kerana LGH hanya mempunyai ketinggian sekitar 1.74m. Berbanding dengan Roki yang mempunyai ketinggian 1.83m, gandingan bersama Ramos sudah pasti suatu yang mantap.

Roki ketika hampir-hampir menghasilkan gol menerusi sepakan percuma jarak 30m di luar kotak penalti MIFA FC pada perlawanan 20 Jun lalu.
Kredit Foto: Sharin Said (Sabah Rhinos)

 

4. Roki mesra dan disenangi ramai

Salah satu faktor yang menyumbang kepada persefahaman dan komunikasi baik di kalangan pemain ialah dengan adanya pemain yang mudah mesra dan disenangi oleh kebanyakan orang. Orang yang mempunyai karakter seperti ini adalah individu yang tidak sombong dan sentiasa menjadikan suasana latihan, perlawanan dan briefing di bilik persalinan menjadi lebih selesa dan positif.

Kebanyakan pemain Sabah menyenangi Roki dan kehadiran pemain yang mempunyai karakter seperti ini seakan akan satu suntikan yang baru kepada semangat kesukanan dan kebersamaan di kalangan pemain Sabah.

Jika seseorang pemain import itu seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul serta jarang memulakan cerita, sudah pasti ianya satu hal yang sukar buat para pemain tempatan untuk berinteraksi dengan baik. Lebih teruk lagi, pemain tersebut berkemungkinan akan dipulaukan begitu sahaja.

 

Kita perlukan Roki untuk setiap perlawanan Sabah. Tiada yang mustahil untuk kita boleh memenangi kesemua baki perlawanan liga.

 

Perlawanan seterusnya buat Sabah adalah pada 26 Jun ini di mana Sabah akan mengunjungi pasukan tetangga, Sarawak di Kuching untuk perlawanan ke-16, 100 Plus Liga Premier 2018 pada pukul 4.15 petang. Ini merupakan kali ke-2 Sabah bermain di sebelah petang. 

One Reply to “Wajib Baca! 4 Karakter positif Roki yang bantu Sabah peroleh 2 kemenangan berturut-turut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *