Laporan, Ulasan & Analisis

Sabah hampakan Brunei DPMM FC, Justin Samaan muncul hero!

Sabah berjaya buatkan Brunei DPMM FC menggigit jari apabila menang mudah 3-1 ke atas pasukan tuan rumah itu dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung pada 2 April di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah.

 

Keputusan tersebut sudah pasti membuatkan ramai penyokong pasukan dengan jolokan Red Black itu tergamam memandangkan rata-rata penyokong mereka meramalkan bahawa pasukan DPMM FC akan dapat menewaskan pasukan Sabah dengan mudah. Ramai yang mengeluh dan kesal kerana pasukan mereka belum mampu mengatasi Sabah yang hanya bermain dalam Liga Premier di Malaysia. Selepas perlawanan tersebut, penyokong Brunei DPMM FC malah menyatakan bahawa corak permainan Sabah jauh lebih menarik.

“Cantek mainan Sabah atu..” kata Lee HT, salah seorang penyokong tegar Brunei DPMM FC melalui laman social FB miliknya.

“DPMM pun kalah rah Sabah, inda hairanlah kalau hebat pun kalah. Sebab kalau hebat dapat lagi diterima tu. Ani DPMM pun kalah ani yang bagi sakit kepala ni. Nampak permainan kurang dari bahagian serangan, midfield inda berfungsi almost 100%” kata luahan perasaan hampa salah seorang penyokong Brunei DPMM FC, AE Legacy dalam ruangan FB mereka walaupun ayat tersebut banyak menggunakan dialek Kedayan-Brunei.

Kronologi Perlawanan

JA menurunkan pemain-pemain berikut dalam kesebelasan utama menentang Brunei DPMM FC dengan menggunakan formasi 4-4-2:

Kesebelasan utama Sabah ketika menentang Brunei DPMM FC di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah.
Kredit Foto: Sabah Media Offical & Adzhar Mohamad.

Rendy Rining Pengiran (PG), Rawilson Batuil (CB – Ketua Pasukan), Francis Kasonde (CB), Randy Baruh (RB), Jenius Karib (LB), Leopold Alfonso Otong (LMF), Azizan Nordin (DMF/CMF), Heo Jaenyeong (DMF/CMF), Maxius Musa (RMF), Lee Gil Hoon (SS) dan Hector Ramos (CF).

Peluang untuk menjaringkan gol pertama Sabah hadir pada minit ke-6 menerusi Hector Ramos namun percubaan kaki kiri beliau dari dalam kotak penalti Brunei DPMM FC melambung tinggi melepasi palang gol.

Pada sekitar minit ke-30 separuh masa pertama, pasukan tuan rumah, Brunei DPMM FC hampir mendahului pasukan Sabah melalui satu gerakan menarik daripada ketua pasukan mereka, Sharazen Said yang berjaya melakukan kawalan bola yang baik sebelum melakukan through pass menarik yang menemui Azwan Ali Rahman di dalam kotak penalti. Sepakan Awan bagaimanapun tersasar apabila diberikan tekanan dengan begitu baik sekali oleh penjaga gol nombor 1 Sabah, Robson Rendy Rining.

Kemasukan Justin Samaan akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menjaringkan gol pada minit ke-44 untuk Sabah mendahului Brunei DPMM FC 1-0. Gol terhasil melalui gerakan menarik pemain Left Flanker dari Nabawan itu yang seterusnya melakukan sepakan deras melepasi penjaga gol pasukan tuan rumah dari arah sebelah kiri. Gol seakan-akan sama seperti gol yang dihasilkan beliau ketika menang 5-0 ke atas pasukan B21 Brunei minggu lalu.

Justin Samaan, pemain Sayap Kiri dari Nabawan muncul hero dalam perlawnan ini dengan 2 gol dan 1 assist kepada Hector Ramos.
Kredit Foto: Sabah Media Official

Tidak sampai seminit selepas Justin Samaan menjaringkan gol pembukaan Sabah, beliau sekali lagi hampir menambah jaringan melalui satu percubaan kencang di hadapan kotak penalti Brunei DPMM FC namun berjaya dihalang oleh penjaga gol mereka iaitu Haimie Ak Nyaring. Bola yang ditepis itu lalu terkena palang dan terlantun ke dalam kotak penalti yang betul-betul jatuh di hadapan  Hector Ramos dan dengan mudah pemain import  dari Puerto Rico itu menolak masuk gol ke-2 Sabah. Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan Sabah mendahului tuan rumah dengan 2-0.

Bersambung babak ke-2, pasukan Brunei DPMM FC banyak melakukan gerakan namun penguasaan baik dari kawasan tengah Sabah menyebabkan bola jarang masuk ke dalam kotak penalti. Kekuatan jentera pertahanan Sabah yang diungguli oleh Rawilson Batuil dan Francis Kasonde sukar digugat.

Penyerang Brunei DPMM FC dari Ukraine, Volodymyr Priyomov tidak berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan dan ketua pasukan kental dari Kota Marudu, Rawilson Batuil.
Kredit Foto: Brunei Sport News.

Pasukan Brunei DPMM FC akhirnya berjaya menjaringkan gol mereka melalui Abdul Aziz Tamit hasil sepakan sudut yang tidak berjaya dikeluarkan oleh pemain pertahanan Sabah. Abdul Aziz Tamit yang tidak dikawal di bahagian far post Sabah mudah melakukan tolakan ke dalam gawang gol Sabah yang menewaskan Robson Rendy Rining. Gol tersebut hampir sama seperti jaringan penyamaan MISC-MIFA FC pada 12 Mac lalu melalui Baskeran Thinagaran yang mana Sabah diikat 1-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Sabah hampir menjaringkan gol ke-3 mereka pada minit ke-75 namun tandukan Heo Jaenyeong tidak menepati sasaran apabila melonjak tinggi menyambut sepakan sudut dari arah sebelah kanan Brunei DPMM FC. Sejurus selepas itu, break attack yang dilakukan oleh Brunei DPMM FC hampir membuahkan hasil namun percubaan kencang dari dalam kotak penalti Sabah menerusi penyerang dari Ukraine mereka, Volodymyr Priyomov berjaya ditepis keluar oleh Robson Rendy Rining.

Sabah akhirnya berjaya menjadikan kedudukan 3-1 menerusi satu gol bertaraf dunia yang dijaringkan oleh Justin Samaan. Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma Sabah yang ditanduk keluar oleh pemain pertahanan Brunei DPMM FC dari Ireland Utara, Brian McLean. Clearance daripada Brian itu bagaimanapun jatuh benar-benar di hadapan Justin Samaan, yang melepaskan rembatan kencang dengan teknik tendangan outer foot shot kaki kiri dari luar kotak penalti Brunei DPMM FC yang membuatkan penjaga gol mereka hanya mampu melihat bola tersebut menerjah jaring.

Sehingga wisel penamat dibunyikan, pasukan Sabah berjaya mengekalkan kedudukan 3-1 berpihak kepada mereka dan sekali gus memenangi perlawanan persahabatan antarabangsa kompetatif itu.

Fakta Menaraik Perlawanan

Terdapat beberapa fakta menarik perlawanan ini:

Justin Samaan buktikan beliau mampu menjaringkan gol dan layak bermain dalam kesebelasan utama apabila meledak 2 gol yang membolehkan Sabah menumpaskan pasukan tuan rumah, Brunei DPMM FC. Untuk rekod, Justin Samaan juga telah menghasilkan 1 gol ketika Sabah menewaskan pasukan B21 Brunei 5-0 di Likas pada perlawanan persahabatan minggu lepas.

Formasi 4-4-2 terbukti lebih berkesan apabila sering membantu pasukan Sabah untuk mengecapi kemenangan. Setakat 5 (vs TFC II, vs PDRM FA, vs FELCRA FC, vs Brunei B21, vs Brunei DPMM FC) perlawanan dengan formasi ini, Sabah sudahpun mengasilkan 4 kemenangan dan 1 seri.

Pasukan Brunei DPMM FC kehilangan 2 tonggak utama dalam perlawanan ini iaitu penyerang import dari Iran, Mojtoba Esmaelzadeh Mostafa dan penyerang tempatan mereka iaitu Adi Said.

Pasukan Sabah sekali lagi dibolosi melalui corner kick. Sabah kini sudahpun dibolosi 4 gol dalam 3 perlawanan menerusi sepakan sudut. Sabah bolos 2 gol menerusi sepakan sudut ketika tewas 1-2 kepada JDT, Sabah bolos 1 gol menerusi sepakan sudut ketika diikat seri 1-1 oleh MISC-MIFA FC dan Sabah bolos 1 gol menerusi sepakan sudut dalam kemenangan 3-1 ke atas Brunei DPMM FC.

Sabah sukar dibolosi dengan gerakan padang dan open play dalam setakat 4 perlawanan terakhir mereka. Ini merupakan suatu yang positif untuk pasukan kendalian JA. Mereka hanya lebih menumpukan cara bertahan ketika situasi sepakan sudut dan bola mati.

MOTM: Justin Samaan dengan 2 gol dan 1 assist. Apapun beberapa orang lagi pemain Sabah yang bermain dengan cemerlang dalam perlawanan menentang Brunei DPMM FC iaitu Rawilson Batuil, Francis Kasonde, Maxius Musa dan Heo Jaenyeong.

 

Sabah akan menentang pasukan UiTM FC dalam perlawanan ke-6, 100 Plus Liga Premier 2018 di Stadium Likas pada 10 April ini, pukul 8.15 malam. Semoga kemenangan milik Sabah!