Sabah menentang Selangor United FC di Selayang esok

Sabah akan bertemu dengan pasukan Selangor United FC dalam perlawanan ke-8 Liga Premier 2019 pada esok bersamaan 6 April di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pukul 4.45 petang.

Kenali Selangor United FC

Pasukan ini dulunya dikenali sebagai Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) yang bertanding dalam saingan Liga FAM. Ia diberi nafas baru musim lepas dan layak bertanding dalam Liga Premier musim ini.

Pasukan ini diperkuatkan oleh gandingan pemain muda, pemain berpengalaman dan pemain import.

Rizal Fahmi Rosid (kiri) antara tonggak kekuatan Selangor United FC musim ini.

Pemain seperti Rizal Fahmi Rosid, Fauzan Dzulkifli, Abdul Hadi Yahya, Razlam Khan dan Nazrul Kamaruzaman merupakan nama yang cukup sinonim dalam kancah bolasepak Malaysia.

Pemain import pasukan SUFC ini pula terdiri daripada penyerang dari Mesir, Eslam Mohamed Zaki, pemain tengah dari Uzbekistan, Nikita Nikita Pavlenko, penyerang dari Argentina, Sergiao Ezquiel Aguero dan pertahanan dari Republik Afrika Tengah, Franklin Clovis Anzite.

Franklin Anzite (kanan) pernah bertemu Sabah sebanyak 2 kali ketika beliau masih bersama PKNP FC.

Pasukan SUFC ini berada di kedudukan ke-4 Liga Premier 2019 dengan 10 mata hasil 3 kemenangan, 1 seri dan 2 kekalahan dari 6 perlawanan.

Pasukan ini mempunyai rekod baik bermain di Stadium MPS namun baru-baru ini tewas 1-2 di tangan UiTM FC sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah bermain di gelanggang sendiri.

Prestasi Sabah

Sabah masih lagi segar daripada kekalahan mengejut 1-0 di Kota Bharu pada Rabu lalu di tangan pasukan dari Liga M3, Kelantan United FC.

Adakah badi kekalahan ke atas pasukan yang menggunakan ‘United’ ini dapat diakhiri?

Jika tidak mengambil kira kekalahan dalam saingan Piala FA, prestasi pasukan Sabah adalah baik dalam Liga Premier. Mereka kini merupakan pendahulu liga dengan kutipan 14 mata.

Ramai yang menyatakan bahawa kekalahan pada Rabu adalah disebabkan oleh ketiadaan pemain tengah, Sabri Sahar yang bakal terlepas semua aksi musim ini selepas mengalami kecederaan lutut.

Sabri Sahar (bawah) mengalami kecederaan lutut akibat pendaratan kaki yang tidak sempurna dalam perlawanan menentang Penang FA Sabtu lepas.

Jurulatih KUFC berjaya atasi taktik long ball Sabah

Menurut ketua jurulatih KUFC baru-baru ini, mereka telah berjaya menewaskan Sabah selepas mengenal pasti game play Jelius Ating yang jarang menggunakan pemain tengah, sebaliknya menghantar bola dari kawasan pertahanan terus ke arah Luiz, Luka dan Roki.

Menyedari hal ini, JA sudah pasti harus merencanakan sesuatu yang baru agar tidak kempunan lagi di Selayang esok.

Dengan ketiadaan Sabri, Ricco Nigel Milus dan Mohamad Mohd Safar dilihat bakal menjadi pilihan utama JA untuk menggerakkan jentera tengah pasukan Sabah.

Mohamad Mohd Safar harus diberikan lebih banyak masa permainan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sabri Sahar.

Elakkan situasi set piece 

Sabah jarang dibolosi, namun kalau dibolosi ia pastinya hasil daripada sepakan percuma, penalti ataupun sepakan sudut. Itulah yang berlaku ketika tewas kepada KUFC Rabu lepas.

Untuk mengelakkan daripada dikenakan sepakan percuma atau penalti, para pemain haruslah melakukan tackle bersih dan jauhi daripada melakukan terjahan kasar yang sia-sia.

SUFC kuat bertahan namun tumpul di hadapan

Jika melihat jumlah jaringan dan bolos yang dimiliki oleh Selangor United FC, mereka mempunyai pertahanan yang kuat namun mempunyai kesukaran untuk membolosi gawang lawan.

Kedudukan Liga Premier 2019 selepas 7 perlawanan.

Mereka bagaimanapun hampir mengejutkan pasukan Kedah selepas mendahului pasukan Lang Merah itu dengan 2-0 sebelum tewas 3-2 di masa tambahan pada perlawanan Pusingkan Ke-2 Piala FA 2019.

Kekalahan Sabah dan Selangor United FC dalam saingan PIala FA sudah pasti akan menyemarakkan kedua-dua pasukan ini untuk menang dalam perlawanan ini.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah menentang Selangor United FC di Selayang esok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*