Piala FA: Kelantan United FC akan uji kekuatan Sabah esok

Kewibawaan pasukan Sabah akan diuji oleh pasukan Kelantan United FC esok dalam perlawanan pusingan ke-2 Shopee Piala FA 2019 yang berlangsung di Stadium Muhamad Ke-4, Kota Bharu pada pukul 9 malam.

Sedikit mengenai pasukan Kelantan United FC

Pasukan ini dulunya dikenali sebagai MPKB-BRI UBeS yang bertanding dalam kancah Liga FAM. Setelah diberi nafas baru, kini kelab itu dikenali sebagai Kelantan United FC.

Pasukan ini dibarisi oleh kebanyakan bekas pemain Kelantan sendiri yang pernah menabur bakti buat skuad The Red Warriors mahupun pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam Liga Premier dan Liga Super.

Nama seperti Fakhrul Zaman, Daudsu Jamaludin, Faizol Nazlin, Rozaimi Azwar dan Sharizan Ismail merupakan antara nama yang sinonim dengan pasukan Kelantan.

Fakhrul Zaman merupakan peledak utama pasukan Kelantan United FC setakat ini.

Pengalaman yang ada pada mereka sudah pasti akan dipergunakan sebaiknya dalam perlawanan menentang Sabah esok.

Untuk pengetahuan, Faizol Nazlin dan Rozaimi Azwar merupakan dua nama yang tidak asing buat Sabah kerana kedua-dua pemain ini pernah mewakili Sabah dalam saingan Liga Premier 2015. Faizol bahkan pernah menjaringkan 1 gol ketika bersama Sabah ketika menentang Kuala Lumpur FA.

Rozaimi Azwar (tengah) pernah beraksi buat Sabah dalam kancah Liga Premier 2015 sebagai pemain pinjaman. Turut kelihatan, Fakhrul Zaman (kanan) yang juga merupakan penjaring terbanyak KUFC dalam 3 perlawanan Liga M3 setakat ini.

KUFC kini bertanding dalam Liga M3 dan berada di kedudukan ke-3 liga dengan 6 mata hasil 2 kemenangan dan 1 kekalahan selepas 3 perlawanan.

Atas kertas nampaknya KUFC akan mengalami sedikit kesukaran kerana MFL telah memutuskan bahawa pasukan Liga Premier diperbolehkan untuk menggunakan maksimum 4 pemain import dalam saingan Shopee Piala FA kali ini tanpa mengira pasukan mana yang mereka hadapi.

KUFC bakal beraksi tanpa tonggak importĀ Seydou Sako

KUFC hanya mempunyai 2 pemain asing iaitu Carlos Zozimar, penyerang dari Madagascar dan Seydou Sako dari Guinea.

Carlos Zozimar (kiri) merupakan pemain importĀ buat KUFC. Pemain darii Madagascar ini apapun masih belum pernah menjaringkan gol buat pasukannya.

Namun begitu, Sako yang beraksi di bahagian pertahanan terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan bahu yang agak teruk.

Perkara ini sudah pasti akan menjejaskan lagi persiapan mereka bertemu Sabah esok.

Prestasi Sabah

Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai pasukan Sabah ketika ini memandangkan mereka sedang berada pada prestasi yang baik.

Mereka kini merupakan pendahulu Liga Premier 2019 dengan 14 mata hasil 4 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan daripada 7 perlawanan awal mereka.

Kedudukan Liga Premier 2019 selepas 7 perlawanan menyaksikan Sabah berada di persada liga.

Pasukan kendalian Jelius Ating ini juga mencatatkan jumlah jaringan yang banyak iaitu sebanyak 14 gol.

Berdasarkan statistik, Sabah dilihat berupaya menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol dalam setiap perlawanan dan ini sudah tentu akan menggerunkan lagi pengendali KUFC, Zahasmi Ismail.

Park Tae Su kembali perkuatkan Sabah

Setelah tidak beraksi bersama Sabah dalam perlawanan ke-7 akibat penggantungan automatik 1 perlawanan, pemain pertahanan Sabah dari Korea Selatan, Park Tae Su akan kembali perkuatkan benteng pasukan Sabah.

Park Tae Su kembali beraksi!

Walaupun Mafry Balang mempamerkan persembahan yang mantap ketika Sabah menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Likas Sabtu lepas, JA mungkin tidak akan mengambil risiko untuk merehatkan Park lebih lama. Ini penting untuk mengekalkan match fitness beliau.

Stadium Muhamad Ke-4 dijangka gamat

Suatu yang menarik dengan stadium keramat pasukan Kelantan ini adalah ia akan selalu dihadiri oleh penyokong bolasepak fanatik mereka lebih-lebih lagi ketika menentang pasukan Sabah yang mereka label sebagai pasukan kuat ini.

Mereka dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa mereka merupakan pasukan underdog yang tidak akan mengalah dengan mudah di gelanggang mereka sendiri walaupun menyedari pasukan Sabah bukannya pasukan sembarangan.

Para penyokong mereka juga kelihatan bersemangat dan tidak sabar menantikan perlawanan ini memandangkan ini merupakan perlawanan yang paling kompetatif buat mereka setakat ini.

Sebelum ini mereka hanya menjalani perlawanan menentang pasukan Liga M3 seperti Protap FC, Armed Forces FC dan Ultimate FC.

JA tidak bimbang akan kecederaan Sabri Sahar

Kecederaan yang dialami oleh Sabri Sahar ketika Sabah menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Likas pada Sabtu lepas tidak membimbangkan JA kerana beliau mempunyai pemain yang sentiasa boleh beraksi di posisi DMF.

Sabri Sahar (bawah) mengalami kecederaan akibat pendaratan kaki yang tidak sempurna dalam perlawanan menentang Penang FA Sabtu lepas.

Beliau dalam kenyataan akhbar baru-baru ini apapun masih belum pasti mengenati status kecederaan yang dialami oleh Sabri. Diharapkan agar Sabri tidak mengalami kecederaan yang terlalu serius dan boleh beraksi dalam kadar yang segera.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Piala FA: Kelantan United FC akan uji kekuatan Sabah esok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*