Sabah terima kunjungan Pulau Pinang esok

Sabah akan menerima kunjungan pasukan Pulau Pinang esok bersamaan 30 Mac di Stadium Likas dalam perlawanan ke-7 Liga Premier 2019. Perlawanan akan berlangsung pada pukul 8.15 malam.

Perlawanan liga telah berehat selama dua minggu bagi memberikan laluan kepada perlawanan-perlawanan antarabangsa yang melibatkan pasukan Malaysia.

Mari kita kenali pasukan Pulau Pinang

Pasukan yang dikenali sebagai skuad Harimau Kumbang ini sedang berada di kedudukan ke-7 Liga Premier 2019 hasil 2 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan.

Pulau Pinang berada di tangga ke-7 dalam Liga Premier 2019 ketika ini dan dipisahkan 4 mata dengan Sabah.

Menjaringkan 7 gol dan dibolosi sebanyak 9 gol bukanlah suatu keputusan yang boleh dibanggakan oleh pasukan dari utara Semenanjung Malaysia ini. Misi sukar buat mereka untuk berhadapan dengan Sabah yang mempunyai rekod jaringan yang baik.

Pasukan ini nyata berwajah baru dengan menampilkan campuran pemain muda dan berpengalaman. Kapten pasukan, Kang Seung Jo dari Korea Selatan merupakan antara pemain yang dikekalkan dari musim lepas.

Kapten pasukan Harimau Kumbang dari Korea Selatan, Kang Seung Jo kekal dari musim lepas.

Pasukan dari Pulau Mutiara ini dilengkapi oleh penyerang dari Argentina, Julian Botarro, pemain tengah dari Haiti, Sebastien Thuriere (bekas pemain TFC II) dan Ndumba Makeche dari Zambia.

Apapun ketika ini hanya Julian dan Sebastien sahaja yang telah menjaringkan gol buat pasukan Pulau Pinang ini selepas 6 perlawanan mereka.

Julian Botarro (kiri) kini sudahpun menjaringkan 2 gol buat Pulau Pinang.

Pemain berpengalaman seperti Aziz Ismail (bek kiri) dan penyerang tinggi lampai, Afiq Azmi merupakan antara tunjang harapan pasukan The Panthers ini.

Penyerang tinggi lampai, Afiq Azmi merupakan antara pemain berpengalaman yang berada dalam skuad Harimau Kumbang.

Bagaimana dengan pasukan Sabah?

Pasukan Sabah kini berada di kedudukan ke-2 Liga Premier 2019 hasil 11 mata daripada 3 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan.

Aksi terakhir liga mereka menyaksikan mereka sekadar seri tanpa jaringan dengan pasukan Negeri Sembilan di Paroi.

Penjaring terbanyak buat pasukan Sabah kini milik Luka Milunovic dengan 3 gol diikuti oleh Rodoljub Paunovic, Maxsius Musa dan Luiz Carlos Junior dengan masing-masing mencatatkan 2 gol.

Majlis penyampaian anugerah pemain terbaik Liga Premier 2019 bagi bulan Febuari buat Luka Milunovic akan berlangsung pada pukul 6.30 petang esok. PFAM-Asiana.my bakal menyerahkan anugerah tersebut. Anda bolehlah datang bagi memeriahkan majlis tersebut.

Majlis penyerangan Anugerah Pemain Terbaik buat Luka Milunovic bermula pada pukul 6.30 petang esok sebelum perlawanan bermula pada pukul 8.15 malam.

Ricco Nigel Milus dan Park Tae Su pula telah masing-masing menjaringkan 1 gol buat Sabah ketika ini.

Perlawanan Persahabatan kekalkan momentun Sabah

4 Perlawanan persahabatan yang dilakukan oleh Sabah dalam tempoh cuti mereka amat positif bagi mengekalkan match fitness para pemain.

Mereka menewaskan Pilihan Keningau 4-0 di Stadium Keningau dan mencatat kekalahan 2-0 di tangan Melaka United di Stadium Hang Jebat sebelum menewaskan pasukan tersebut dengan jaringan yang sama di venue yang sama.

Rodoljub Paunovic (dua dari kanan) muncul wira buat Sabah selepas menjaringkan gol kemenangan Sabah menentang pasukan Liga Super, PKNS FC.

Perlawanan persahabatan terakhir mereka menyaksikan Sabah menewaskan pasukan PKNS FC 1-0 hasil tandukan kencang Rodoljub Paunovic pada minit ke-37 permainan.

Park Tae Su tidak akan bermain menentang Pulau Pinang

Park Tae Su bakal terlepas aksi menentang Pulau Pinang esok kerana terpaksa menjalani penggantungan perlawanan selepas mengumpul 3 Kad Kuning dalam 6 perlawanan terakhir Sabah.

Park Tae Su bakal terlepas aksi menentang Pulau Pinang esok kerana telah mengutip 3 Kad Kuning.

Tidak menjadi masalah buat Jelius Ating kerana terdapat Mafry Balang yang boleh mengisi posisi CB itu bila-bila masa.

Luiz Carlos Junior yang kelihatan sudah pulih dari kecederaan paha yang dialami mungkin akan beraksi buat Sabah dalam perlawanan esok. Diharapkan beliau akan cergas 100% untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Luiz Junior kini pulih sepenuhnya daripada kecedeaan yang dialami beliau.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah terima kunjungan Pulau Pinang esok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*