Sabah kutip 1 mata berharga dari Paroi, 5 Perkara menarik perlawanan.

Kesebelasan utama pasukan Sabah ketika turun menentang Negeri Sembilan semalam.

Sabah pulang ke Kota Kinabalu hari ini dengan 1 mata berharga setelah terikat seri tanpa jaringan dengan pasukan Negeri Sembilan di Paroi semalam.

Sinopsis Perlawanan

Pengendali Sabah, Jelius Ating telah mengekalkan barisan pemain utama yang membenam PDRM FA 3-1 di Likas Sabtu lepas.

Kesebelasan utama Sabah terdiri daripada Rozaimie Rohim selaku Penjaga Gol, Rawilson Batuil sebagai Ketua Pasukan, Randy Baruh, Dendy Lowa, Azzizan Nordin, Sabri Sahar, Maxsius Musa, Luka Milunovic, Luiz Junior dan Rodoljub Paunovic.

Kesebelasan utama pasukan Sabah ketika turun menentang Negeri Sembilan semalam.

Sabah mulakan Separuh Masa Pertama dengan asakan bertubi-tubi ke atas gawang pasukan Negeri Sembilan namun percubaan menerusi Roki, Luka dan Maxsius Musa gagal temui sasaran.

Negeri Sembilan pula memiliki peluang menerusi penyerang dari Brazil mereka, Jose Almir Neto namun gagal dimanfaatkan sebaiknya. Akibat gagal menembusi barisan pertahanan Sabah, pasukan tuan rumah hanya mencuba dari jarak jauh.

Masuk di babak ke-2, pasukan Hobin Jang Hobin pula menggandakan asakan mereka ke kubu Sabah namun tidak dapat melepasi pertahanan yang diketuai oleh Rawilson dan Taesu.

Pengadil memberikan banyak sepakan percuma jarak dekat buat pasukan tuan rumah namun kesemuanya off target. 

Tamat perlawanan sepenuh masa dengan Sabah dan Negeri Sembilan terikat tanpa sebarang gol.

5 Perkara Menarik Perlawanan

  • Rekod tanpa kalah Sabah diteruskan

Dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan, Sabah kini berjaya meneruskan rentak tanpa kalah mereka kepada 5 perlawanan berturut-turut.

Walaupun tewas 1-2 kepada JDT II pada perlawanan pertama, Sabah bangkit seri 3-3 dengan Kelantan, menang 3-1 ke atas TFC II, menang 2-1 ke atas Sarawak, menang 3-1 ke atas PDRM FA dan terkini seri 0-0 dengan Negeri Sembilan.

Kedudukan Liga Premier 2019 sehingga hari ini.

Dengan 1 mata yang dikutip pasukan Sabah malam tadi, mereka masih kekal menduduki tangga ke-2 Liga Premier 2019 di belakang JDT II.

  • Clean sheet pertama Sabah

Perlawanan menentang pasukan Negeri Sembilan semalam menyaksikan buat kali pertamanya pasukan kendalian Jelius Ating tidak dibolosi oleh sebarang gol.

Rawilson Batuil (kiri) dan Maxsius Musa (kanan) mengawal ketat pergerakan Jose Almir Neto sehingga menyukarkan penyerang dari Brazil ini memasuki kawasan kotak penalti Sabah.

Ini bermakna, JA telah mengenalpasti cara terbaik untuk menyelesaikan masalah mudah dibolosi ketika situasi set-piece.

Sekurang-kurangnya 6 sepakan percuma jarak dekat diperolehi Negeri Sembilan namun semuanya gagal membolosi Rozaimie Rohim.

  • Aplikasi long ball secara ekstensif

Permainan pasukan Sabah semalam dilihat lebih kepada bermain dengan selamat. Dengan motif itu, bola akan terus dihantar dari kawasan defensive third Sabah terus dihantar ke arah penyerang.

Ada baiknya menggunakan taktik ini. Ia sangat efektif untuk mengelakkan kehilangan bola di kawasan sendiri di tambah pula dengan cara permainan agresif para pemain N9.

Walaubagaimanapun, banyak hantaran yang tidak begitu berhasil sehinggakan pasukan tuan rumah mudah patahkan dan lakukan serangan balas.

  • Luka Milunovic bermain terlalu ke dalam

Memandangkan terdapat Luiz dan Roki di hadapan, Luka ditugaskan untuk mengemudi bahagian tengah pasukan Sabah sehingga anda boleh melihat beliau berada di mana-mana posisi sama ada sebagai DMF, CMF mahupun AMF.

Luka Milunovic bermain terlalu ke dalam untuk membantu memperkuatkan benteng pertahanan dan tengah Sabah.

JA cuba merencanakan suatu pertukaran taktikal dengan mengeluarkan Luiz untuk memberikan Ricco ruang bermain dan sekali gus menaikkan Luka ke hadapan bersama-sama Roki.

Ia merupakan satu strategi yang baik namun tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjelmakan gol Sabah.

  • Negeri Sembilan kekalkan status ‘Pakar Seri’

Skuad Hobin Jang Hobin kini telah mencatatkan 4 keputusan seri. Ia merupakan jumlah seri terbanyak setakat ini.

Skuad kendalian Mat Zan Mat Arif ini mempunyai kualiti di bahagian pertahanan namun tidak mempunyai penyerang yang prolifik untuk menghasilkan jaringan.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah kutip 1 mata berharga dari Paroi, 5 Perkara menarik perlawanan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*