Analisis Taktikal: Lihat bagaimana Switch Play/Change Side mudahkan Sabah jaringkan gol ketika tewaskan PDRM FA

Taktikal merupakan percaturan dan perancangan yang direncanakan oleh jurulatih sesebuah pasukan untuk melakukan serangan, mematikan serangan lawan mahupun mengawal permainan dalam sesuatu perlawanan.

Dalam perlawanan Sabah menentang PDRM FA Sabtu lalu, penganalisis taktikal The Rhinos Troops, B Oken Tacts merumuskan bahawa kekerapan melakukan Switch Play telah membolehkan Sabah mudah membolosi gawang PDRM FA walaupun pasukan The Cops itu kelihatan lebih ‘lapar’ mencari gol.

Apa itu  Switch Play ?

Mungkin ramai yang sudah mengetahui maksud  Switch Play atau dalam Bahasa Melayu ia membawa maksud ‘tukar arah’ atau ‘tukar bahagian’. Bahagian atau arah yang dimaksudkan sini ialah kawasan di mana bola dimainkan.

Mungkin anda juga pernah mendengar istilah Change Side. Ia adalah panggilan yang sama untuk gerakan Switch Play ini.

Sebagai contoh, ketika perebutan bola berada di sebelah kiri kawasan permainan, jurulatih, ketua pasukan mahupun pemain lain (off ball players) akan memberi arahan  change side agar bola segera dihantar ke sebelah kanan kawasan permainan.

Sekadar gambar hiasan. Aksi selebrasi gol Roki dan rakan-rakan ketika menewaskan PDRM FA 3-1 di Likas pada Sabtu lepas.

Pendek kata, ‘tukar arah’ atau lebih sinonim sebagai  Switch Play/Change Side ini adalah pertukaran hantaran dari satu arah permainan ke arah lain yang bertentangan.

Apa signifikannya  Switch Play ?

Terdapat dua (2) fungsi dan kelebihan utama melakukan Switch Play. Yang pertama, ia akan mengurangkan tekanan ketika menghadapi high press pasukan lawan. Yang ke-dua, ia akan membantu dalam merenggangkan kawalan pemain lawan terhadap pemain yang berada di kawasan bertentangan.

Lihat ilustrasi di bawah untuk melihat bagaimana Switch Play dapat dilakukan.

Switch Play atau Change Side merupakan peralihan gerakan bola dari satu arah ke satu arah lain yang bertentangan. Dalam ilustrasi ini, bola dimainkan dari sebelah kanan dan seterusnya dimainkan secara drastik ke sebelah kiri.

Bagaimana aplikasi Switch Play telah membantu Sabah tewaskan PDRM FA

Sabah telah menghasilkan 2 gol (gol ke-2 dan ke-3) dengan mengaplikasikan Switch Play ini ketika menentang pasukan PDRM FA Sabtu lepas.

  • Gol ke-2 Sabah

Gol ke-2 Sabah hasil jaringan Rodoljub Paunovic pada minit ke-42 berpunca daripada gerakan break attack yang dimulakan oleh Luka Milunovic. Gerakan switch play atau change side dilakukan oleh Luka yang mencari Maxsius Musa di sebelah kiri.

Switch Play daripada Luka Milunovic yang seterusnya melorongkan bola kepada Maxsius Musa telah membolehkan Sabah menghasilkan gol ke-2 mereka pada minit ke-42.

Maxsius Musa pada ketika itu tidak dikawal rapat oleh pemain pertahanan PDRM FA. Maxsius seterusnya melakukan larian ke dalam kotak penalti PDRM FA sebelum melintangkan bola kepada Roki yang mudah melakukan diving tap-in.

  • Gol ke-3 Sabah

Gol ke-3 Sabah dieksekusi dengan baik sekali oleh Luiz Junior pada minit ke-48 hasil satu gerakan switch play yang cantik daripada sebelah kanan ke sebelah kiri kawasan Sabah melalui kombinasi Azizan-Sabri-Randy-Rawilson-Dendy-Roki-Luiz.

Switch Play Sabah sekali lagi membuahkan hasil apabila menyumbang gol ke-3 Sabah pada minit ke-48. Pertukaran hantaran daripada Randy Baruh di sebelah kanan kepada Rawilson Batuil dan Dendy Lowa di sebelah kiri telah memberi ruang yang luas untuk Sabah menghasilkan gol mudah.

Gerakan tersebut terlalu sempurna sehinggakan para pemain PDRM FA hanya mampu melihat gerakan tersebut tanpa boleh berbuat apa-apa.

Bila Switch Play perlu kerap dilakukan?

Adalah disarankan untuk kerap melakukan gerak seperti ini ketika berhadapan dengan pasukan yang compact atau padatdi bahagian tengah. Dalam erti kata yang lain, jika sukar menembusi ruang tengah pasukan lawan, change side perlu dilakukan untuk melancarkan serangan dari arah wide iaitu di kawasan sayap kiri dan kanan.

Sabah haruslah mempergunakan kelajuan yang dimiliki oleh Maxsius Musa di sebelah kanan dan kebolehan Luiz Junior dan Roki untuk berada di kawasan sayap. Jika corak permainan ini kerap dilakukan, Sabah akan dapat melakukan banyak lintangan ke kotak penalti dan memaksa pemain LB dan RB pasukan lawan bekerja lebih keras dan melakukan kesilapan.

Sekadar gambar hiasan. Mereka menantikan anda di Paroi pada 09 Mac ini.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Analisis Taktikal: Lihat bagaimana Switch Play/Change Side mudahkan Sabah jaringkan gol ketika tewaskan PDRM FA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*