Sabah menang bergaya ke atas PDRM FA, 5 fakta menarik perlawanan

Sabah menghantar PDRM FA pulang dengan tangan kosong apabila menang bergaya dengan jaringan 3-1 terhadap pasukan The Cops itu.

Kronologi Perlawanan

Sabah turun dengan menampilkan Luiz Junior bersama-sama dengan Rodoljub Paunovic, Luka Milunovic, Park Taesu, Rawilson Batuil, Dendy Lowa, Randy Baruh, Sabri Sahar, Azzizan Nordin, Maxsius Musa dan Rozaimie Rohim.

Barisan utama pasukan Sabah dalam perlawanan menentang PDRM FA semalam.

Pasukan Sabah memulakan separuh masa pertama dengan corak permainan menarik dan memaksa pasukan PDRM FA hanya bertahan dan melakukan counter attack. Hasilnya, pasukan Sabah berjaya mendahului pasukan pelawat 1-0 pada minit ke-4 menerusi Luiz Junior.

Luiz yang terlepas aksi menentang pasukan Sarawak pada perlawanan ke-4 itu menjaringkan gol melalui sepakan percuma dari jarak 30 meter di sebelah kiri tiang gol PDRM FA. Sepakan curling shot itu menerjah jaring walaupun tembok dilakukan dengan rapi oleh pasukan The Cops itu.

Luiz Junior ketika meraikan jaringan ke-2 beliau semalam.

Pasukan PDRM FA cuba untuk melakukan serangan balas namun benteng Sabah yang diketuai oleh Rawilson Batuil tetap kebal menempuhi asakan tersebut. 3 minit sebelum babak pertama berakhir, Sabah meledak gol ke-2 mereka menerusi Rodoljub Paunovic.

Gol tersebut terhasil menerusi hantaran lintang Maxsius Musa dari sebelah kiri tiang gol PDRM FA yang berjaya disambar dengan baik oleh Rodoljub Paunivic untuk gol ke-2 peribadi beliau setakat ini.

Rodoljub Paunovic meraikan jaringan beliau bersama rakan-rakan seperjuangan. Adakah beliau bakal menimang cahaya mata dalam beberapa bulan lagi?

Perlawanan di separuh masa pertama tamat dengan Sabah selesa mendahului 2-0.

Bersambung babak ke-2, Luiz Junior sekali lagi menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-48 selepas mendapat hantaran lintang dari sebelah kanan menerusi Luka Milunovic. Gol tersebut juga merupakan gol ke-2 peribadi beliau dalam kancah liga setakat ini.

5 minit kemudian, pasukan PDRM FA menjaringkan gol sagu hati mereka menerusi Argzim Redzovic menerusi situasi set piece. Pemain pertahanan PDRM FA ini sudahpun menjaringkan 2 gol untuk pasukannya kini.

Argzim Redzovic (dua dari kanan) meraikan jaringan beliau bersama rakan-rakan. Gol tersebut bagaimanapun tidak bermakna buat mereka.

Pasukan PDRM FA dan Sabah bermain seimbang sehingga tamat sepenuh masa dengan Sabah mencatatkan kemenangan bergaya 3-1.

5 Fakta menarik perlawanan

  • Sabah menang untuk kali ke-3 berturut-turut

Setelah Sabah menewaskan Terengganu FC II 3-1 pada perlawanan ke-3, Sabah seterusnya menewaskan Sarawak 2-1 pada perlawanan ke-4 dan terkini menewaskan PDRM FA 3-1. Ia merupakan hatrik kemenangan Sabah yang ditunggu-tunggu oleh para penyokong.

Sabah menang 3-1 dan merupakan kemenangan ke-3 berturut-turut mereka.

Perlawanan seterusnya buat Sabah adalah turun menentang pasukan Negeri Sembilan pada 8 Mac ini di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi. Perlawanan ini sudah pasti akan dipergunakan dengan sebaiknya oleh pasukan Sabah untuk mencapai kemenangan ke-4 berturut-turut mereka.

  • Sabah melonjak ke tangga ke-2 Liga Premier 2019

Dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas PDRM FA ini, Sabah melonjak satu anak tangga dan kini berada di tangga ke-2 liga.

Kedudukan Liga Premier 2019 untuk setakat 5 perlawanan.

Setakat 5 perlawanan, pasukan Sabah telahpun menghasilkan sebanyak 12 gol yang juga merupakan jumlah jaringan terbanyak setakat ini. Walau bagaimanapun, Sabah bolos sebanyak 8 gol dan sehingga kini masih belum memperolehi clean sheets.

Tapi apapun 3 mata di setiap perlawanan adalah lebih penting kan bossku?

  • Luiz Junior jaringkan 2 gol selepas pulih dari kecederaan

Selepas direhatkan dalam perlawanan menentang Sarawak kerana mengalami kecederaan, Luiz Junior membalas kepercayaan JA dengan meledak 2 gol dalam perlawanan menentang PDRM FA semalam.

Gol pertama beliau dihasilkan dengan cukup sempurna iaitu melalui sepakan percuma world class yang menewaskan GK pasukan pelawat, Wilfred Jabun.

Gandingan Luka dan Luiz kian baik.

Gol ke-2 beliau pula adalah hasil penyudah kemas dari dalam kotak penalti yang berjaya menggegar jaring pasukan PDRM FA pada minit ke-48.

Diharapkan beliau akan terus menyumbang kepada kekuatan serangan Sabah dalam perlawanan-perlawanan yang berikutnya.

  • Patrick Ronaldinho kaku dirantai Jipun dan Taesu

Semua bola hantaran yang ditujukan kepada penyerang tinggi lampai dari Liberia, Patrick Ronaldinho kebanyakannya berjaya dipatahkan oleh Park Taesu.

Patrick Ronaldinho mati kutu dikerjakan oleh Park Taesu.

Rawilson Batuil yang bertindak sebagai sweeper pula bijak menidakkan second ball daripada para penyerang PDRM FA.

  • PDRM FA terus kemarau kemenangan

Sebelum perlawanan, jurulatih pasukan PDRM FA menjanjikan ‘ramuan istimewa’ untuk menewaskan Sabah di Likas namun apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

Setakat 5 perlawanan ini, pasukan The Cops masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dan hanya mengutip satu mata hasil seri 1-1 dengan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan ke-3 mereka.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah menang bergaya ke atas PDRM FA, 5 fakta menarik perlawanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*