Borneo Derby: Luka Milunovic vs Bobby Gonzales bakal sajikan pertembungan menarik!

Borneo Derby

Sabah akan membuat perhitungan dengan pasukan Sarawak dalam perlawanan ke-4 Liga Premier 2019 yang akan berlangsung di Stadium Negeri di Kuching pada 23 Feb 2019 bersamaan esok. Perlawanan Borneo Derby ini dijangka akan berlangsung pada pukul 4.15 petang.

Pasukan Sarawak

Pasukan 2019 Sarawak ini dibentuk dengan penuh sederhana. Kebanyakan pemain yang disenaraikan adalah bekas pemain Piala Presiden Sarawak musim lepas dan beberapa pemain yang beraksi dalam Piala FAM 2018.

Dasar menggunakan khidmat hampir 100% anak jati Sarawak merupakan konsep yang sama digunakan oleh Sabah sejak beberapa musim ini. Pasukan yang lebih dikenali sebagai Skuad Bujang Senang ini hanya mengambil pemain import slot Asia dari Indonesia iaitu Rian Firmansyah.

2 orang pemain dari WP Labuan juga turut disenaraikan. Mereka ialah Awangku Hamirullizam dan Asrin Kalam. Seoarang lagi pemain bukan kelahiran Sarawak yang beraksi dalam pasukan tersebut ialah Bobby Gonzales yang kini telah menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan.

Dari segi pemain import lain, pasukan Sarawak telah pun membawa semula bekas penggempur mereka pada musim 2013/14 iaitu Muamer Salibasic serta Pedro Dias dan Hudson Dias yang kedua-duanya berasal daripada Brazil.

Pasukan Sarawak kini berada di kedudukan ke-8 Liga Premier 2019 selepas mengharungi 3 perlawanan dengan mencatatkan 1 kemenangan dan 2 kekalahan. Kemenangan pertama mereka dihasilkan di tempat sendiri apabila menewaskan Pulau Pinang 2-0.

Keputusan lain menyaksikan Sarawak tewas 2-1 kepada Negeri Sembilan dan 3-2 kepada Selangor United dalam perlawanan di tempat lawan.

Pasukan Sabah

Pasukan Sabah kini berada di kedudukan ke-5 Liga Premier 2019 selepas 3 perlawanan hasil daripada 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan.

Kemenangan Sabah terhasil di tempat sendiri dalam perlawanan ke-3 selepas membenam pasukan Terengganu FC II dengan jaringan 3-1. Pada perlawanan ke-2 pula mereka hanya sekadar seri 3-3 dengan Kelantan.

Aksi Luka Milunovic meraikan jaringan selepas menjaringkan gol ketika menentang TFC II minggu lalu.

Sabah bagaimanapun tewas dalam perlawanan pertama mereka 1-2 kepada pasukan JDT II. Apapun  dapat diperhatikan bahawa Sabah kian menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain.

Persefahaman di kalangan pemain Sabah kini sudah semakin baik ditambah pula dengan kemasukan pemain import baru dari Serbia iaitu Luka Milunovic.

5 perkara yang harus diberi perhatian Sabah ketika bertemu Sarawak

Terdapat 5 perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Sabah ketika menentang Sarawak dalam perlawanan ini. Perkara ini harus diambil kira agar 3 mata penuh dapat dibawa pulang ke Kota Kinabalu.

  • Waspada terhadap lontaran jauh Gibson Billy

Anak muda dari Kuching ini merupakan bekas pemain Piala Presiden Sarawak sendiri. Pemain yang berfizikal tinggi dan tegap ini bermain di posisi CB dan sering ditugaskan untuk mengambil long throw in.

Lontaran jauh beliau amat merbahaya dan kini telah memberi bantuan terhadap 2 daripada 5 gol Sarawak sehingga setakat ini.

  • Kawalan ketat terhadap Bobby Gonzales dan Hudson Dias

Hudson Dias merupakan pemain import terkini yang dibawa masuk oleh FAS. Kehadiran pemain ini adalah disebabkan oleh kecederaan yang dihadapi oleh Ronald Hikspoor. Pemain ini sudahpun menghasilkan 1 gol dalam 2 perlawanan.

Sementara itu, pasukan Sarawak juga mempunyai penjaring terbanyak mereka setakat ini iaitu Bobby Gonzales yang juga merupakan pemain kelahiran Sabah yang lama berkelana di luar untuk berbakti untuk pasukan lain.

Bobby ketika ini sudah pun menghasilkan 3 gol dalam 3 perlawanan. Jumlah ini sama dengan jumlah jaringan Luka Milunovic untuk pasukan Sabah buat setakat ini.

  • Kekalkan corak hantaran pendek dan pantas

Seperti yang dilakukan ketika menewaskan pasukan TFC II di Likas minggu lepas, pasukan Sabah dilihat perlu melakukan hal yang sama di Kuching esok. Penggunaan taktikal ini amat memudahkan pasukan Sabah mengatur serangan.

Barisan pemain Sabah yang memperagakan corak permainan baik ketika menundukkan TFC II 3-1 di Likas minggu lepas.
  • Mantapkan penguasaan bola walau ketiadaan Luiz Junior

Luiz yang mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang TFC II pada Sabtu lepas kini tidak dapat mengikuti rakan sepasukan ke Kuching. Beliau belum pulih sepenuhnya.

Walaubagaimanapun ketiadaan beliau tidak begitu merisaukan memandangkan Jelius Ating sentiasa mempunyai percaturan untuk memantapkan serangan Sabah dengan ketiadaan Luiz.

Luiz Junior mengalami kecederaan ketika aksi menentang TFC II Sabtu lepas.

Ketiadaan pemain ini memungkinkan JA menurunkan Ricco Nigel Milus, Azzizan Nordin, Maxsius Musa dan Sabri Sahar di bahagian tengah dan meletakkan Luka Milunovic dan Rodoljub Paunovic di bahagian serangan.

  • Biasakan diri bermain di waktu petang

Memandangkan Sabah akan bermain di Kuching pada waktu petang, adalah amat perlu untuk para pemain membiasakan diri bermain dalam keadaan panas. Ini akan sedikit sebanyak membantu dalam memudahkan mereka menyesuaikan diri di Stadium Negeri, Kuching pada esok.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Borneo Derby: Luka Milunovic vs Bobby Gonzales bakal sajikan pertembungan menarik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*