Bah ini kalilah! Sabah lemaskan Sang Penyu di Likas atas 9 sebab ini.

Sabah meranapkan impian pasukan Terengganu FC II (TFC II) untuk mengutip 3 mata penuh apabila membenam Sang Penyu itu dengan jaringan 3-1 di Likas semalam.

Kronologi Perlawanan

Jelius Ating (JA) menurunkan kesebelasan utama yang sama ketika menentang Kelantan FA di Kota Bharu minggu lalu. Formasi 4-4-2 juga turut dikekalkan.

Kesebelasan utama Sabah ketika turun menentang TFC II semalam.

Dengan formasi ini, Rawilson Batuil dan Park Taesu bermain sebagai CB, Randy Baru sebagai RB, Dendy Lowa sebagai LB, Azzizan Nordin dan Luka Milunovic sebagai DMF/CMF, Sabri Sahar sebagai LWF, Maxsius Musa sebagai RWF, Rodoljub Paunovic dan Luiz Junior bermain selaku CF.

Barisan utama terkuat Sabah setakat ini.

Permainan kedua-dua pasukan di separuh masa pertama lebih berhati-hati walaupun Sabah dilihat mempunyai lebih 80% penguasaan bola. Penguasaan bola yang tinggi ini disebabkan oleh pertukaran hantaran-hantaran pendek atau Tiki Taka.

Hanya sesekali hantaran lintang dibuat Sabah setelah membuat build up baik dari kawasan bawah dan hasilnya Luka Milunovic dan Rodoljub Paunovic berjaya melakukan tandukan on target di awal 10 minit permainan.

Pasukan TFC II tidak mempunyai sebarang gerakan berbahaya memandangkan penyerang mereka yang diketuai oleh Akanni Sunday Wasiu tidak mampu memasuki final third dan kotak penalti Sabah.

Penyerang TFC II, Bruno Suzuki tidak mampu melepasi kekangan Rawilson Batuil.

Malang buat Sabah kerana terpaksa mengeluarkan Luiz Carlos Junior yang tercedera pada minit ke-30 dan memasukkan Ricco Nigel Milus.

Luiz Carlos Junior terpasa diusung keluar kerana mengalami kecederaan. Diharapkan beliau tidak mengalami kecederaan jangka panjang.

Namun pada minit ke-39, pasukan Sabah tersentak dengan gol pendahuluan TFC II yang dihasilkan oleh Ramzi Sufian hasil satu break attack dari sebelah kiri kawasan Sabah. Separuh masa pertama akhirnya tamat dengan pasukan pelawat berada 1 gol di hadapan.

Bersambung di babak ke-2, pasukan Sabah melipat gandakan asakan namun terpaksa menunggu hingga minit ke-49 untuk menyamakan kedudukan menerusi penyudah baik Park Taesu selepas Sabri Sahar melencongkan bola dengan baik dari situasi sepakan sudut.

Park Taesu (dua dari kiri) meraikan jaringan penyamaan buat Sabah pada minit ke-49. Gol pertama beliau musim ini.

Sabah terus memberikan tekanan kepada TFC II dan sepatutnya mendapat 2 sepakan penalti apabila Maxsius Musa jelas dijatuhkan dalam kotak penalti dan bola terkena tangan pemain TFC II di dalam kotak penalti mereka. Namun keputusan pengadil perlawanan, Mohd Ridzuan Rozali tidak menyebelahi Sabah.

Di sekitar minit ke-60, gol Luka Milunovic pula telah dibatalkan pengadil kerana mendakwa pemain import Sabah itu berada dalam kedudukan offside walaupun kelihatan agak jelas berada dalam kedudukan onside.

Sabah akhirnya berhasil mendahului pasukan TFC II 2-1 pada minit ke-64 apabila sepakan percuma jarak 30 daripada Luka Milunovic menerjah jaring selepas penjaga gol TFC II gagal menepis bola cermat.

Luka Milunovic meraikan jaringan cantik beliau menerusi sepakan percuma pada minit ke-64.

Selepas jaringan tersebut dihasilkan, pasukan Sabah seakan-akan masih kehausan gol apabila deretan percubaan merbahaya daripada Ricco Nigel Milus, Rodoljub Paunovic, Maxsius Musa dan Luka Milunovic sama ada tersasar, terkena palang mahupun berjaya ditepis keluar oleh GK TFC II.

Sabah akhirnya berjaya melebarkan kelebihan gol mereka apabila sepakan placing shot leret kaki kiri daripada Ricco Nigel Milus berjaya menewaskan GK TFC II yang tergamam tanpa kata pada minit ke-72. Gerakan tersebut dimulai oleh Luka Milunovic.

Ricco Nigel Milus menjaringkan gol pertama beliau musim ini pada minit ke-72 walaupun hanya masuk sebagai pemain gantian.

Selepas kedudukan 3-1 memihak kepada Sabah, para pemain Sabah hanya bertukar-tukar hantaran pendek sementara para pemain TFC II hanya mampu memerhati bola dimainkan di kawasan Middle Third dan Defensive Third pasukan Sabah.

Sabah sesekali melakukan percubaan menerusi rembatan kencang jarak 40 meter Luka yang tersasar dan sepakan Half Volley jarak 25 meter Maxsius Musa ditepis keluar oleh GK TFC II.

Tamat perlawanan, pasukan Sabah menang mudah 3-1 ke atas TFC II.

Ikuti 10 faktor utama kemenangan Sabah ke atas TFC II

  • Sabah mendominasi perlawanan secara ekstensif

Dengan pertukaran hantaran-hantaran pendek daripada pemain pertahanan dan tengah Sabah, dominasi permainan amat ketara diperagakan oleh Sabah. Hantaran kemas di kalangan pemain Sabah ini membolehkan mereka mengatur serangan dengan rapi.

  • Tiada kekasaran di kawasan merbahaya

Faktor ketara yang menyebabkan Sabah gagal mendapat kemenangan dalam 2 perlawanan awal adalah kerana mereka melakukan kekasaran kepada pemain lawan di kawasan yang merbahaya.

Namun ia tidak kelihatan semalam. Nampaknya JA telah pun berjaya menyedarkan para pemain akan pentingnya melakukan tackle yang bersih ketika bertahan. Well done!

  • Impak kemasukan Ricco Nigel Milus

Ricco Nigel Milus dimasukkan pada sekitar minit ke-30 permainan kerana terpaksa menggantikan Luiz Junior yang tercedera ketika melakukan rembatan dalam kotak penalti TFC II.

Kemasukan Ricco ini juga jelas menukar strategi JA iaitu dengan menolak Luka Milunovic ke hadapan dan meletakkan Ricco berganding bersama Azzizan Nordin di kawasan tengah.

Satu percaturan yang menjadi dari JA kerana Ricco mempunyai corak permainan kemas sementara Luka pula berkeupayaan untuk mengawal bola di kawasan Offensive Third.

  • Kerajinan dan skill individu Luka Milunovic

Luka Milunovic merupakan Man Of The Match dalam perlawanan semalam. Pemain import dari Serbia ini kelihatan tidak senang berada di satu tempat secara statik. Beliau sering berada dekat dengan bola tidak kiralah di kawasan pertahanan, tengah mahupun serangan.

Luka Milunovic sebagai MOTM pilihan The Rhinos Troops.

Kerajinan dan skill individu tinggi yang dimiliki beliau merupakan aset penting Sabah musim ini. Beliaulah yang paling banyak mengucar kacirkan pertahanan TFC II dengan rembatan-rembatan kencang, sepakan percuma yang menghasilkan gol serta sentiasa memenangi bola dalam apa juga situasi.

  • Roki jalankan tugas baik selaku target man

Walaupun tidak menjaringkan gol, Roki tetap berjaya menjalankan tugas beliau sebagai target man yang kelihatan sentiasa mampu memberikan set kepada Luiz, Luka dan Maxsius untuk melakukan percubaan ke arah gol.

Roki jalankan tugas dengan baik sekali sebagai Target Man

Beliau memiliki beberapa peluang terbaik termasuklah 2 tandukan dan percubaan leret on target dan 2 tandukan off target yang mana 1 daripadanya terkena palang sebelum melantun keluar dari kawasan permainan.

  • Kurang tekanan dari pemain TFC II

Ketika hantaran-hantaran pendek di kawasan sendiri dilakukan para pemain Sabah, penyerang TFC II seakan-akan tidak mahu melakukan pressing. Ini menyebabkan mereka kurang mendapat bola untuk melakukan serangan.

  • Kekebalan Back Four Sabah

Rawilson Batuil, Park Taesu, Randy Baruh dan Dendy Lowa telah memperagakan aksi terbaik mereka setakat ini apabila sentiasa memenangi bola di kawasan pertahanan. Clearance mereka juga sangat kemas.

Park Taesu bukan biasa-biasa. Malu apa bossku.

Hantaran lintang Randy Baruh dan Dendy Lowa kesemuanya berkualti sementara hantaran long ball Rawilson dan Park pula tepat ke arah Roki dan Luka.

  • Pemain tengah Sabah kerap menangi perebutan bola

Setiap kali pasukan TFC II melakukan ball clearance, bola tersebut sentiasa dimenangi oleh para pemain tengah Sabah yang diketuai oleh Azzizan Nordin. Kehadiran Ricco dan Luka yang turun ke bawah menjadikan para pemain Sabah sentiasa mendapat bola.

Situasi ini menyebabkan para pemain TFC II sentiasa berada dalam situasi bertahan dan Sabah sentiasa mendominasi kawalan bola.

  • Sorakan padu penyokong suntik semangat Sabah

Walaupun dengan jumlah penyokong yang hanya sebanyak 2110 orang, para pemain Sabah tetap memberikan aksi terbaik mereka. Para penyokong jelas berpuas hati dan terhibur dengan gaya permainan yang ditunjukkan anak-anak buah JA semalam.

Antara penyokong yang memberikan sokongan semangat kepada Sabah yang kini bergelar Tambadau.
Sedikit sebanyak penyokong yang hadir memberi sorakan semangat buat Sabah. Kelihatan penulis, B Oken Tacts (hadapan, baju putih) turut serta berikan sokongan.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Bah ini kalilah! Sabah lemaskan Sang Penyu di Likas atas 9 sebab ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*