Ketahui 2 Formasi terbaik Sabah yang boleh Jelius Ating gunakan untuk capai keputusan positif setiap perlawanan yang mendatang

Formasi 3-5-2 merupakan formasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan formasi 3-4-3 dan formasi-formasi tradisi lain jika melihat kepada kekuatan barisan yang dimiliki Sabah ketika ini.

Memandangkan Sabah kini telah pun melengkapkan kuota 4 orang pemain import, maka terdapat beberapa formasi yang dikenalpasti terbaik untuk pasukan yang kini bergelar Tambadau itu bagi mendapatkan kemenangan demi kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

Berikut merupakan beberapa formasi yang dinyatakan.

1. Formasi 3-4-3

Berikut merupakan ilustrasi formasi 3-4-3 yang boleh diaplikasikan berdasarkan kekuatan barisan pemain yang dimiliki Sabah ketika ini.

Kelebihan apabila menggunakan formasi ini ialah dengan mempunyai 3 pemain Centre Back yang akan berada dalam kotak penalti ketika berhadapan dengan serangan lawan. Pemain terbaik yang berada dalam posisi ini ialah Ketua Pasukan, Rawilson Batuil, Randy Baru dan pemain import dari Korea Selatan, Park Taesu.

Dengan adanya 2 pemain LWB dan RWB, pertahanan Sabah dilihat akan lebih ramai berada di dalam kotak penalti. Posisi ini boleh diisi oleh Alto Linus (LWB) dan Maxsius Musa (RWB).

Alto Linus (tengah) membuktikan yang beliau baik bermain di posisi LWB apabila beraksi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia 2018 yang lepas.

Pasti ramai yang bertanya kenapa Alto Linus harus berada di posisi LWB atau LB. Untuk pengetahuan, Alto Linus bermain sebagai penyerang ketika beliau menyertai Sabah buat kali pertama. Sebaiknya pemain yang mengisi tempat LWB adalah pemain pertahanan yang boleh menyerang  dalam masa yang sama.

Contoh pemain LWB yang terbaik secara global ketika ini antaranya Marcelo, Robertson, Marcos Antonio dan sebagainya.

Di samping itu, prestasi Alto Linus dalam Piala Malaysia 2018 juga telah membutikan yang beliau sangat baik bermain di posisi itu dan sering memberikan hantaran lintang ke dalam kotak penalti dari arah sayap.

Dendy Lowa bukannya tidak cukup baik untuk berada di posisi LWB akan tetapi untuk pemain pertahanan yang berminda attacking amat diperlukan untuk posisi ini. Dendy juga dilihat lebih gemar berada statik di posisi LB dan jarang melakukan larian overlap.

Di bahagian tengah pula, kita mempunyai gandingan DMF terbaik iaitu Azzizan Nordin dan Sabri Sahar. Dengan formasi 3-4-3 ini, kedua-dua mereka akan membantu pemain CB Sabah ketika menghadap serangan lawan.

Aksi Azzizan (kiri) ketika bertemu dengan JDT II di Likas pada 2 Feb yang lepas.

Dengan kedua-dua DMF Sabah ini turun ketika diserang, Sabah akan dapat mengumpulkan 7 pemain di dalam kawasan pertahanan ketika diasak. Ini akan menjadikan pertahanan lebih baik daripada formasi tradisional 4-4-2.

Dari segi serangan, formasi 3-4-3 ini akan mempameran permainan wide yang mungkin akan mentargetkan serangan dari kawasan sayap dan berakhir dengan hantaran lintang.

Ketika melakukan serangan, pemain LWB dan RWB akan naik melakukan overlap dan akan melakukan hantaran ke dalam kotak penalti. Pada ketika hantaran dibuat ke dalam kotak penalti, akan terdapat CF, RWF, LWF, LWB dan 2 DMF yang menanti hantaran tersebut. Ini akan menjadikan support lebih baik dan banyak ketika Sabah melakukan serangan.

Maxsius Musa boleh beraksi sebagai RWB jika formasi 3-5-2 ini diaplikasikan. Untuk rekod, beliau sudahpun menghasilkan 2 gol dalam 2 perlawanan setakat ini.

Secara keseluruhan, dengan menggunakan formasi 3-4-3 Sabah akan dapat melakukan kerja bertahan dan menyerang dengan baik disebabkan sokongan pemain yang banyak. Kelemahan formasi 3-4-3 ini adalah bahagian tengah akan kelihatan sedikit lengang dan longgar disebabkan LWF dan RWF akan berada jauh dari kawasan tengah.

Walaupun LWF dan RWF boleh turun sedikit ke posisi tengah, ia akan mengganggu keberhasilan formasi ini. Pendek kata, pemain DMF akan bekerja lebih banyak dengan formasi ini namun ia terbaik ketika melakukan serangan balas yang pantas.

2. Formasi 3-5-2

Formasi 3-5-2 merupakan formasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan formasi 3-4-3 dan formasi-formasi tradisi lain jika melihat kepada kekuatan barisan yang dimiliki Sabah ketika ini.

Formasi ini disifatkan sebagai formasi terbaik kerana akan memberi advantage yang lebih kepada Sabah ketika melakukan serangan dan ketika bertahan jika dibandingkan dengan formasi 3-4-3.

Ketika bertahan, jumlah pemain yang mudah turun ke bahagian kotak penalti adalah sebanyak 8 orang iaitu terdiri daripada 3 CB, 1 LWB, 1 RWB, 2 DMF dan 1 AMF/CMF. Jika dibandingkan dengan formasi 3-4-3, hanya 7 pemain sahaja yang boleh bergegas dengan mudah ke dalam kotak penalti iaitu 3 CB, 1 LWB, 1 RWB dan 2 DMF.

Ketua Pasukan Sabah, Rawilson Batuil akan terus menggalas tugas di bahagian CB bersama Park Taesu dan Randy Baruh jika formasi 3-5-2 diaplikasikan.

Ketika diasak, 2 pemain CF Sabah boleh menempatkan diri di kawasan tengah dan bersedia untuk mendapatkan hantaran-hantaran yang berpotensi digunakan sebagai inisiasi break attack.

Luiz Carlos Junior akan bertindak sebagai SecondĀ Strikert dan akan turun membantu bahagian tengah Sabah untuk memberi umpanan kepada Roki jika formasi 3-5-2 ini diterapkan. Beliau memberikan 1 assistĀ dan 1 gol yang tidak dikira pengadil ketika seri 3-3 dengan Kelantan di Kota Bharu pada perlawanan ke-2 liga.

Dari segi line up untuk formasi ini, ianya adalah sama dengan 3-4-3 namun hanya berbeza dari segi posisi mereka terutama sekali posisi Rodoljub Paunovic, Luka Milunovic dan Luiz Carlos Junior.

Jika penggunaan formasi 3-4-3 dikhuatiri akan menyukarkan sedikit bahagian tengah Sabah, formasi 3-5-2 tidak demikian. Ini kerana terdapat Luka Milunovic yang berada sebagai AMF/CMF yang akan memberikan sokongan buat Azzizan dan Sabri di kawasan tengah.

Aksi Sabri Sahar (depan) ketika menentang pasukan JDT II pada perlawanan pertama Liga Premier Malaysia 2019 di Likas, 2 Feb lepas.

Ketika melakukan serangan atau memulakan build up serangan, formasi ini akan membolehkan 5 orang pemain berada di kawasan tengah yang terdiri daripada 1 LWB, 2 DMF, 1 AMF/CMF dan 1 RWB. Dalam formasi ini, Luiz Carlos Junior juga boleh bertindak sebagai Second Striker akan turun sedikit ke bawah untuk memberi lebih option di bahagian tengah.

Adanya Luka Milunovic di bahagian tengah akan memudahkan lagi proses hantaran-hantaran pendek ala tiki-taka bagiSabah. Kualiti hantaran yang dimiliki oleh 3 pemain tengah ini sudah pasti akan menjadikan tugas Luiz Carlos Junior dan Roki di hadapan lebih mudah.

Luka Milunovic kini telah meledak 2 gol daripada 2 perlawanan dan dilihat perlu bekerja keras membantu Azzizan dan Sabri di bahagian tengah dan pertahanan Sabah jika formasi3-5-2 diterapkan JA ketika menentang TFC II pada Sabtu nanti.

Secara keseluruhan, formasi 3-5-2 merupakan formasi terbaik dalam apa juga situasi sama ada ketika menyerang, bertahan dan juga paling sesuai untuk corak permainan hantaran pendek dan one touch football.

Diharapkan Jelius Ating akan dapat mengambilkira hal ini dan akan menggunakan formasi ini dalam perlawanan menentang pasukan Terengganu FC II pada 16 Feb nanti. Hal ini demikian kerana terdapat ramai penganalisis bolasepak di luar sana memikirkan formasi ini paling sesuai dengan barisan pemain Sabah yang ada ketika ini.

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Ketahui 2 Formasi terbaik Sabah yang boleh Jelius Ating gunakan untuk capai keputusan positif setiap perlawanan yang mendatang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*