Sabah sedia harungi detik getir di Kota Bharu

Sabah vs Kelantan

Sabah bakal berentap dengan pasukan Kelantan esok bersamaan 8 Feb di Stadium Muhamad Ke-4 untuk perlawanan ke-2 Liga Premier 2019. Perlawanan ini dijangka akan berlangsung pada pukul 9 malam.

Rekod pertemuan

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini pada musim lepas, ianya tidak memihak kepada sesiapa. Ini kerana Kelantan menewaskan Sabah 2-1 di Kota Bharu dalam perlawanan Suku Akhir 1 Piala Malaysia 2018 dan pada perlawanan timbal balas, giliran Sabah pula menewaskan Kelantan dengan 1-0.

Roki telah menjaringkan gol kemenangan Sabah untuk menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan Suku Akhir 2 Piala Malaysia 2018 yang lalu.

Tidak banyak yang boleh diulas berkenaan rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini memandangkan mereka jarang bertemu. Kelantan selama ini hanya bermain dalam Liga Super sementara Sabah pula menghuni Liga Premier sejak 2013.

Prestasi terkini pasukan

Terlalu awal untuk menilai prestasi kedua-dua pasukan ini memandangkan mereka baru sahaja mengharungi 1 perlawanan. Malang buat Sabah dan Kelantan kerana tewas dalam perlawanan pertama mereka.

Sabah tewas mengejut 1-2 kepada JDT II sementara Kelantan pula terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Selangor United apabila tewas 1-0 di tempat lawan.

Aksi sulung Luka Milunovic bersama Sabah ketika tewas 1-2 kepada JDT II

Kelantan dikatakan kurang bernasib baik kerana tewas dalam perlawanan pertama mereka kerana mereka mempunyai peluang yang banyak. Perkara yang sama juga berlaku kepada Sabah dalam perlawanan menentang JDT II.

Pemain tumpuan

Sabah dilihat perlu untuk mengawasi penyerang Kelantan dari Afghanistan, Mustafa Zazai dan pemain tengah dari Brazil, Flavio Beck Junior.

Pemain tempatan pasukan Kelantan kebanyakan terdiri daripada pemain yang beraksi dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia 2018. Antara yang harus diberikan perhatian ialah pemain U23 Malaysia, Nik Akif Syahiran.

Pasukan Sabah pula telah mengekalkan kebanyakan pemain tempatan musim lepas dengan harapan agar mereka tidak akan mengambil masa yang lama untuk mencapai keserasian.

Sabah seterusnya telah memperkenalkan 2 orang pemain asing yang baru iaitu Luka Milunovic dari Serbia dan Park Taesu dari Korea Selatan.

Luiz Carlos Caetano De Azevedo Junior telahpun sah bersama Sabah dan bakal membuat penampilan sulung menentang Kelantan esok.

Pasukan yang kini dikenali sebagai Tambadau ini masih sudahpun mengikat bekas penyerang B-17 Brazil, Luiz Carlos Caetano de Azevedo Junior. Pemain yang lama berbakti dengan pasukan Barito Putera dan Persija Jakarta dalam Liga Indonesia ini bakal membuat kemuculan sulung Bersama Sabah esok.

Formasi Pasukan Sabah

Kehadiran penyerang import baru Sabah dari Brazil iaitu Luiz Carlos Junior sudah pasti akan mengubah sedikit perancangan Jelius Ating untuk menghadapi pasukan Kelantan.

Dalam perlawanan ini, formasi terbaik yang boleh digunakan oleh JA ialah formasi 3-5-2. Formasi ini akan memerlukan 3 pemain Centreback, 2 pemain Wing Back, 2 pemain Defensive Midfielde, 1 pemain Attacking Midfielder dan 2 pemain Striker.

Formasi ini bukan sahaja menguatkan lagi serangan Sabah malah akan mampu menjadikan pertahanan lebih baik dengan bantuan 2 Wing Back.

Gambar dirakamkan di KLIA pagi tadi ketika para pemain Sabah bersiap sedia untuk berlepas ke Kota Bharu. Wajah ceria yang menggambarkan kemenangan milik Sabah.

Berikut merupakan ramalan ke-sebelasan utama Sabah dalam perlawanan ini esok:

Penjaga Gol: Rozaimie Rohim, LWB: Evan Wensley, RWB: Maxsius Musa, CB: Rawilson Batuil, Park Taesu & Randy Baruh, DMF: Sabri Sahar & Azzizan Nordin, AMF: Luka Milunovic, CF: Luiz Junior & Rodoljub Paunovic.

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah sedia harungi detik getir di Kota Bharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*