Luka Milunovic perkuat serangan Sabah dalam kancah Liga Premier 2019

Luka Milunovic bakal mainkan peranan penting dalam merencana serangan pasukan Sabah musim ini.

Ketika aksi pembuka tirai Liga Premier 2019 hanya berbaki 3 hari sahaja lagi, Sabah telahpun menandatangani 2 orang pemain import baru iaitu pemain pertahanan Centre Back dari Korea Selatan, Park Tae-Soo dan Attacking Midfielder/Second Striker dari Serbia, Luka Milunovic. Penambahan dua pemain ini pasti sahaja dapat menguatkan lagi jentera pertahanan dan serangan Sabah menjelang pertemuan dengan JDT II pada 2 Feb nanti.

Apapun kebanyakan di antara anda mungkin sudah mengenali Park Tae-Soo kerana The Rhinos Troops sudah memperkenalkan beliau kepada anda dalam artikel yang lepas.

Kenali Luka Milunovic

Pemain pertama yang pasti terlintas di fikiran anda apabila melihat perkataan ‘Luka’ pada first name beliau pastinya pemain sensasi Croatia yang juga penerima anugerah Ballon d’Or 2018 iaitu Luka Modric. Namun selepas ramai yang melakukan ‘kajian’ melalui YouTube, ada yang mengatakan bahawa teknik penyudah Luka Milunovic ini mirip Sergio Aguero. Tidak apa, mari kita terus kenali beliau.

Aksi bertenaga Luka Milunovic ketika sesi latihan di Padang Sintetik Likas kelmarin.

Pemain tengah berminda attacking yang berumur 26 tahun ini memulakan karier Bolasepak beliau sejak di peringkat awal usia lagi. Kebolehan yang beliau miliki itu telah membolehkan Luka menyarung jersi kebangsaan Bawah-21 Serbia di  sekitar 2011 hingga 2015. Sepanjang mewakili skuad muda Serbia ini, beliau telah mencatatkan sebanyak 5 gol daripada 16 jumlah penampilan.

Pemain yang berketinggian 1.81 meter ini juga telah mewakili beberapa kelab yang berpengkalan di Serbia, Belgium, Greece dan Macedonia di sekitar tahun 2010 ke 2018. Kelab terbesar yang pernah diwakili beliau ialah pasukan Crvena Zvezda FC yang lebih dikenali sebagai Red Star Belgrade FC. Kelab ini merupakan kelab yang sering mewakili Serbia dalam UEFA Champions League (UCL). Jika anda masih ingat, pasukan ini telah menewaskan Liverpool 2-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan C, UCL 2018/19 pada 6 November 2018 yang lalu. Maaf Liverpool fans.

Red Star FC atau Crvena Zvezda menewaskan Liverpool 2-0 pada 6 Nov 2018 dalam saingan UCL 2018/19 peringkat kumpulan.

Dengan menandatangani kontrak setahun bersama Sabah, Luka sudah pasti akan bergandingan dengan Roki di bahagian serangan. Memandangkan kedua-dua pemain ini berasal dari negara yang sama, sudah pasti proses komunikasi akan menjadi lebih mudah.

Berdasarkan antisipasi TRT ketika aksi latihan pada pukul 4 petang tadi di Likas, Luka kelihatan sangat cenderung memberikan umpanan-umpanan baik buat rakan sepasukan. Beliau yang mempunyai kepakaran tersendiri dalam mengambil sepakan sudut dan percuma akan menjadi tonic point tambahan buat Sabah kelak.

Aksi para pemain baru Sabah, Luka Milunovic dan Park Tae-Soo ketika latihan kelmarin.

Kelibat singkat beliau bersama pasukan Melaka United bimbingan Zainal Abidin Hassan dalam fasa persiapan menghadapi Liga Super 2019 amat baik namun pilihan tetap tertuju kepada Anselmo Arruda Da Silva (Casagrande) dan Liridon Krasniqi.

Luka Milunovic (berdiri, 2 dari kanan) sempat menyertai pasukan Melaka United dalam beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapure dan Vietnam.

Kemungkinan barisan kesebelasan utama Sabah

Menjelang pertemuan menentang pasukan JDT II pada 2 Feb nanti, JA sudah pasti akan menggunakan sepenuhnya tenaga pemain import yang ada. Ini penting untuk mengimbangi pasukan pelawat yang bakal turun dengan barisan pemain asing yang baik.

Situasi ketika ini menyaksikan Luka bakal bergandingan dengan Roki di bahagian serangan. Namun memandangkan Luka lebih gemar melakukan assist maka beliau mungkin akan berada sedikit di belakang Roki. Posisi Second Striker mungkin akan digalas oleh Luka.

Ramalan barisan kesebelasan utama Sabah yang bakal turun melayani kunjungan JDT II pada 2 Feb ini. Apapun ia bergantung kepada penilaian Jelius Ating.

Melihat kepada posisi lain, Centre Back sudah pasti akan diisi oleh kapten pasukan, Rawilson Batuil dan pemain import baru, Park Tae-Soo. Bagaimanapun, Rawilson mengalami sedikit kecederaan ketika sesi latihan kemarin. Diharapkan beliau akan pulih dalam kadar yang segera.

Bek kanan dan kiri mungkin akan diberikan kepada Randy Baruh dan Dendy Lowa. Namun JA mempunyai banyak pilihan di posisi Bek Kiri memandangan terdapat Jenius Karib, Memet, Azwan dan Alto yang boleh beraksi baik di kawasan tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, posisi tengah Sabah pasti akan diisi oleh Sabri Sahar dan Azzizan Nordin. Namun dikhabarkan bahawa Azzizan  mengalami sedikit kecederan dalam sesi latihan kemarin. Sekali lagi TRT mengharapkan agar beliau pulih sepenuhnya sebelum perlawanan menentang JDT II. Sementara itu, Sayap Kanan akan menjadi milik kekal Maxsius Musa. Di bahagian Sayap Kiri pula, JA mempunyai 2 pilihan utama iaitu Elias Sulaiman dan Justin Samaan.

Pemain  muda siap sedia galas tugas yang diberikan JA

Pemain muda yang boleh diharapkan JA untuk beraksi apabila diperlukan ialah Syukri Baharun, Arius Dius Jais, Stanley Sulong, Evan Wensly Wenceslaus dan Ranilson Batuil. Untuk memberikan pemain lain tempat bersama skuad Liga Perdana Sabah, JA telahpun meletakkan Aidil Safee di dalam pasukan Piala Presiden 2019 Sabah.

Antara pemain muda Sabah yang boleh diharapkan JA untuk menggalas tugas menaikkan martabat bolasepak Sabah.

Boleh dikatakan ketika ini bahawa Sabah mempunyai back up pemain muda di semua posisi dan boleh diturunkan apabila diperlukan bila-bila masa. Ini merupakan antara perancangan yang cukup baik daripada JA.

Melihat kepada situasi di dalam pasukan Sabah ketika ini, mereka mempunyai semangat dan tahap keyakinan yang tinggi untuk menghadapi pasukan JDT II Sabtu ini. Kita harapkan agar kemenangan berpihak kepada pasukan Sabah dalam perlawanan pembuka tirai ini nanti.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Luka Milunovic perkuat serangan Sabah dalam kancah Liga Premier 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*