Karakter rajin, tenang dan ‘solid’ tarik perhatian JA terhadap Park Taesu

Aksi Park Taesu ketika sesi latihan kemarin (20 Jan) di Padang Sintetik, Kompleks Sukan UMS.

Dalam banyak-banyak pemain import yang menjalani trial bersama pasukan Sabah kendalian Jelius Ating, hanya terdapat seorang sahaja setakat ini yang sedikit menarik perhatian panel pemilih. Pemain tersebut ialah Park Taesu, seorang pemain pertahanan Centre Back yang berasal dari Korea Selatan.

Pemain ini dipanggil semula oleh Jelius Ating selepas menjalani trial pada 2-4 Januari lalu bersama-sama dengan 3 pemain dari Brazil dan seorang daripada Maghribi. Beliau turut kelihatan menjalani latihan bersama skuad Sabah di UMS kemarin (20 Januari) bersama seorang lagi pemain import yang masih mempunyai kontrak bersama Sabah daripada Serbia iaitu Rodoljub Paunovic.

 

Aksi Park Taesu ketika sesi latihan kemarin (20 Jan) di Padang Sintetik, Kompleks Sukan UMS.

 

Selepas pemergian Park Taesu dari Kota Kinabalu pada 4 Jan, para panel pemilih masih belum dapat mengenal pasti pemain pertahanan CB yang kental. Antara pemain yang kelihatan mampu menarik perhatian di posisi itu ialah Milan Nikolic dari Serbia namun masih belum cukup memenuhi syarat dan telahpun ditunjukkan jalan keluar oleh JA dan rakan-rakan beberapa hari lepas.

Milan Nikolic ketika menjalani trial bersama skuad Sabah.

 

Apa yang menarik tentang Park Taesu menurut JA?

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa pemain ini mendapat perhatian JA. Berdasarkan risikan yang diperformasi oleh The Rhinos Troops, Park Taesu ini menurut JA lebih rajin, tenang dan ‘solid’. Ini merupakan keperluan utama yang harus ada pada seorang pemain pertahanan.

Pemain berusia 29 tahun ini mempunyai pengalaman yang luas dalam bolasepak dengan mewakili pasukan universiti beliau iaitu Hongik University pada sekitar tahun 2008-2010. Aksi baik Park Taesu telah melayakkan beliau untuk menyarung jersi kelab K-League 1 iaitu Incheon United, Daejeon Citizen, Chungju Hummel dan Anyang FC pada sekitar 2011-2018.

Dengan pemanggilan semula Park Taesu untuk berlatih bersama pasukan Sabah, kini kita mulai dapat bayangkan pemain ini akan bergandingan bersama Rawilson Batuil atau Mafry Balang di posisi pertahanan tengah Sabah. Nama pemain ini juga telahpun disenaraikan untuk berangkat ke Manila pada pukul 7.30 petang hari ini (21 Jan 2019) untuk perlawanan persahabatan menentang Stalion Laguna FC (22 Jan) dan Kaya FC – Iloilo (24 Jan).

Diharapkan agar kehadiran beliau dapat memberi kekuatan tambahan buat pasukan Sabah kelak, walaupun ketika ini belum bergelar sebagai pemain Sabah yang sah.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Karakter rajin, tenang dan ‘solid’ tarik perhatian JA terhadap Park Taesu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*