Kenali Jino James

Kredit: Sabah FA Media Official

Dalam banyak-banyak pemain yang dijemput untuk menjalani latihan bersama skuad Sabah kendalian Jelius Ating, Jino James merupakan pemain yang sempat mencuri tumpuan kerana pada hemat penulis (admin), beliau mempunyai pengalaman dan latar belakang yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pemain sedia ada pasukan Sabah.

Mari kita ikuti sedikit sebanyak berkenaan pemain yang berasal dari Kg. Tonsom, Kota Marudu ini.

Berbeza dengan pemain lain, Jino James hanya berjinak-jinak dalam bolasepak selepas berumur 15 tahun ketika bersekolah di SMK Langkon dan pernah berlatih dalam sebuah akademi yang diketuai oleh bekas jurulatih Sabah, Stanley Chew. Ia boleh dikatakan unik kerana kebanyakan pemain ketika ini meminati bolasepak sejak berada di bangku sekolah rendah.

Selepas menamatkan zaman persekolahan, beliau berkelana di Semenanjung Malaysia untuk mengaplikasikan dan menajamkan bakat bermain bolasepak dengan menyertai beberapa pasukan di sekitar Selangor. Beliau menyertai beberapa pasukan yang bertanding dalam pertandingan domestik berformat tournament mahupun liga. Beliau juga sering mendapat jemputan bermain dalam perlawanan persahabatan (kelab) yang melibatkan pasukan luar negara termasuklah pasukan dari Singapura dan Thailand.

 

Pasukan terbaik yang pernah beliau wakili ialah pasukan Marcerra United FC dan berbakti untuk pasukan tersebut dalam kancah Piala FAM sekitar musim 2017. Marcerra United FC bagaimanapun menarik diri daripada pertandingan bolasepak pada Mac tahun ini akibat kegagalan pengurusan.

Selepas berkhidmat buat pasukan Marcerra FC, pemain yang gemar dengan posisi Right Wing Back ini berhijrah ke Australia dan menyarung jersi pasukan Sorrento FC, sebuah pasukan Semi Pro yang berpangkalan di utara Perth yang beraksi dalam National Premier Leagues Western Australia. 

Selepas kembali dari Australia, beliau pernah mencuba nasib bersama dengan pasukan UiTM FC dan kini menjalani trial bersama pasukan Sabah yang bakal beraksi dalam kancah Liga Perdana 2019. Kita ucapakan selamat maju jaya buat Jino James!

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Kenali Jino James"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*