Sabah tumpaskan PKNP FC untuk ke Suku Akhir Piala Malaysia 2018, 2 kunci utama kejayaan anak-anak buah Jelius Ating semalam.

Roki meraikan jaringan bersama Pito. Sumber: FMLLP

Sabah mengesahkan tempat ke peringkat Suku Akhir UNIFI Piala Malaysia 2018 walaupun masih mempunyai 1 perlawanan untuk dihabiskan selepas menewaskan pasukan PKNP FC 2-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. Kemenangan itu bukan sahaja menunjukkan jalan keluar buat PKNP FC malah telah membantu Pahang untuk turut serta layak bagi mengiringi Sabah ke peringkat seterusnya.

Kehadiran seramai 709 penyokong di Batu Kawan semalam adalah rata-ratanya terdiri daripada penyokong pasukan Sabah iaitu dianggarkan 98% (sumber: Cowboy Town Brigade). Sokongan inilah sebenarnya yang memungkin kejayaan pasukan Sabah.

Mari ikuti kronologi perlawanan tersebut.

Sebelum permainan dimulakan, admin sempat sedikit terkesima kerana sekali lagi pengadil perlawanan yang mengadili perlawanan Selangor dan Sabah di Shah Alam minggu lalu dilantik sebagai pengadil dalam perlawanan ini iaitu En. Nagor Amir Mohamed. Walaubagaimanapun, beliau mengadili perlawanan semalam dengan sangat baik.

Pasukan Sabah mengasak kubu pasukan PKNP FC sejak wisel permulaan ditiupkan oleh pengadil perlawanan dengan kawalan permainan kemas dari bahagian pertahanan, tengah sehinggalah penyerang. Pada minit ke-27 apapun barulah Sabah dapat membuat percubaan menerusi Azzizan Nordin namun mujur sepakan jarak 40 meter beliau hanya tersasar di sebelah kanan gawang PKNP FC.

 

1 minit kemudian, Hector Ramos aka Pito pula menyaksikan tandukan beliau hanya tersasar sedikit di sebelah kanan tiang gol PKNP FC setelah mendapat hantaran lintang menarik daripada Maxsius Musa. Gerakan dimulakan oleh Azzizan Nordin dan Randy Baruh yang seterusnya melorongkan bola kepada Maxsius. Permainan kemas dan cantik diperagakan mereka.

 

Pada minit ke-30, Roki menceriakan penyokong Sabah yang hadir di Stadium Negeri PP, Batu Kawan apabila menanduk masuk hantaran in-swinger kaki kanan dari Hamran Peter untuk menewaskan penjaga gol PKNP FC yang hanya terpaku. Gerakan bermula daripada hantaran jauh Kasonde yang berjaya dikawal Pito yang seterusnya memberikan bola kepada Hamran yang kemudiannya melakukan hantaran silang yang efektif untuk Roki.

 

1 minit sebelum separuh masa pertama Roki hampir menggandakan kelebihan Sabah apabila mendapat set up cantik daripada Pito namun sepakan half volley kaki kiri beliau hanya tersasar sedikit di sebelah kanan gawang tuan rumah. Ia sekali lagi berpunca daripada hantaran jauh dari Kasonde yang mencari target man, Pito.

 

Tampat perlawanan di separuh masa pertama dengan Sabah 1 dan PKNP FC 0.

Bersambung dibabak ke-2, pasukan PKNP FC bermula garang namun percubaan Mohd Sukri pada minit ke-50 tersasar sedikit di sebelah kiri tiang gol Sabah dalam situasi percubaan jarak dekat.

Pada minit ke-52, Sabah bagaimanapun bertindak balas dengan pantas apabil Maxsius Musa hampir mencatatkan nama sebagai penjaring namun percubaan lob kaki kiri beliau setelah penjaga gol PKNP FC keluar dari gawang hanya tersasar beberapa inci sahaja. Gerakan bermula daripada sepakan percuma jarak jauh Rawilson Batuil yang tidak dikeluarkan dengan cermat oleh penjaga gol PKNP FC.

 

2 minit kemudian, Maxsius Musa sekali lagi menguji penjaga gol PKNP FC apabila berjaya mengelecek bola hingga ke dalam kotak penalti PKNP FC namun percubaan kaki kiri beliau tepat ke dakapan Syazani Puat. Ia sekali lagi berpunca daripada hantaran jauh namun kali ini daripada Azzizan Nordin.

 

Sabah tidak pernah penat lelah dalam proses menambah jaringan apabila satu break attack daripada Hamran Peter pada minit ke-63 telah berjaya melepasi kesemua pemain pertahanan PKNP FC namun sepakan leret kaki kanan anak muda dari Tenom ini hanya terkena tiang gol kanan PKNP FC. Roki berada pada kedudukan yang baik untuk menghasilkan gol namun Hamran Peter memilih untuk mencuba sendiri.

 

Pada minit ke-80, Azzizan Nordin menunjukkan bahawa beliau layak bermain untuk skuad kebangsaan Malaysia apabila berjaya mencuri bola dari kaki pemain pertahanan PKNP FC dan dengan ketangkasan dan kecergasan yang mantap, beliau melorongkan bola kepada Pito yang tidak dikawal lalu dengan mudah Pito menjaringkan gol dari jarak dekat.

 

Sehingga tamat permainan, kedudukan kekal dengan Sabah menewaskan PKNP FC 2-0.

 

Kemenangan 2-0 Sabah ke atas pasukan PKNP FC ini tidak dapat dicapai tanpa usaha dari semua pihak termasuklah jurulatih, pemain dan penyokong. The Rhinos Troops telah mengenal pasti 3 faktor utama kejayaan Sabah semalam.

1. Disiplin bertahan

Ada yang mengatakan bahawa pertahanan yang kuat adalah lebih baik daripada serangan yang kuat. Maka dengan itu keluarlah pepatah English seperti “The best defense is a good offense” yang membawa maksud, “Pertahanan yang mantap adalah serangan yang baik”. Inilah yang berlaku kepada Sabah semalam.

Pertahanan mantap Sabah yang diketuai oleh Rawilson Batuil, Francis Kasonde, Randy Baruh dan Alto Linus merupakan kunci kejayaan Sabah semalam yang mana berjaya mengelakkan mereka dibolosi gol malah lebih manis lagi apabila pasukan PKNP FC tidak berupaya untuk melakukan percubaan yang cukup merbahaya ke atas kubu Sabah.

Dalam kesibukan PKNP FC untuk cuba membolosi gawang Sabah yang kental, mereka dibolosi dengan mudah menerusi gerakan balas Sabah. Terlalu sibuk dan tertekan membuatkan PKNP FC cepat keletihan dan kehilangan fokus dalam perlawanan tersebut.

Walau apapun, para pemain Sabah seharusnya lebih berpada-pada ketika melakukan tackles kepada pemain lawan kerana mereka akan mengalami penggantungan perlawanan jika mengutip kad kuning yang terlalu banyak. Untuk perlawanan semalam, Hamran Peter, Rawilson Batuil dan Randy Baruh masing-masing dilayangkan kad kuning.

 

2. 3 taktikal utama yang matikan langkah PKNP FC

Terdapat 3 taktikal yang diaplikasikan oleh JA dalam perlawanan semalam dan ia nampak begitu efektif dengan barisan pemain yang telah diturunkan. Taktikal tersebut ialah:

  • Long Ball Game

Taktikal ini terbukti berkesan dalam perlawanan semalam kerana kesemua pemain pertahanan PKNP FC tidak dapat menyaingi fizikal yang dimiliki oleh Pito dan Roki dalam proses perebutan bola di udara.

Hantaran lambung daripada Kasonde, Rawilson, Randy dan Alto dari bahagian pertahanan terus ke arah Pito yang tidak pernah gagal mendapatkan bola dan memberikan ruang buat rakan sepasukan untuk menempatkan diri dalam posisi yang boleh menjaringkan gol.

Taktikal ini terbukti berkesan dalam perlawanan ini apabila bola hantaran jauh Kasonde dikawal oleh Pito yang seterusnya memberikan ruang buat Hamran untuk melintangkan bola kepada Roki untuk Sabah mendahului 1-0 pada minit ke-30.

Dalam perlawanan sebelum ini, Sabah turun menjaringkan 2 gol ketika menewaskan Selangor 2-1 di Shah Alam melalui taktikal hantaran jauh.

  • The Counter Attack

Kelajuan flanker kiri dan kanan Sabah iaitu Hamran Peter dan Maxsius Musa berjaya digunakan sepenuhnya untuk melancarkan gerakan counter attack. Taktikal ini tidak berhasil untuk memberikan gol kepada Sabah namun paling banyak mencemaskan gawang PKNP FC.

Ia termasuklah gerakan Hamran Peter pada minit ke-63 yang mujur terkena tiang gol pasukan PKNP FC. Gerakan serangan daripada Maxsius Musa pada minit ke-54 pula hampir-hampir memberikan gol buat Sabah.

 

  • High Press

Taktikal ini telah banyak menggagalkan pasukan PKNP FC dalam melakukan serangan yang lebih teratur. Ia kerana para pemain tuan rumah tidak mempunyai banyak masa untuk memegang bola akibat tekanan yang begitu tinggi diberikan oleh para pemain pertahanan dan tengah Sabah.

Hasil daripada taktikal ini menyaksikan Sabah menambah gol ke-2 mereka pada minit ke-80 apabila Azzizan Nordin yang pantang melihat bola berada pada kaki pemain PKNP FC berjaya merampas bola daripada pemain pertahanan tuan rumah dan memberikan ruang buat Pito untuk melengkapkan kemenangan 2-0 mereka terhadap PKNP FC.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah tumpaskan PKNP FC untuk ke Suku Akhir Piala Malaysia 2018, 2 kunci utama kejayaan anak-anak buah Jelius Ating semalam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*