Piala Malaysia 2018: Sabah akan menang jika mengetahui 5 kelemahan utama PKNP FC ini pada esok.

PKNP vs Sabah PC: FMLLP

Sabah akan berkunjung ke Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan esok untuk perlawanan ke-5 Kumpulan D Piala Malaysia 2018 bertemu dengan pasukan PKNP FC. Pertembungan ini melibatkan pasukan yang berada di tangga teratas carta Kumpulan D iaitu Sabah dengan 10 mata dan pasukan PKNP FC di tangga ke-3 dengan hanya 4 mata.

Sabah yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mengeashkan tempat ke perlawanan Suku Akhir UNIFI Piala Malaysia 2018, dilihat harus berhati-hati dengan pasukan PKNP FC walaupun mereka hanya menang sekali, seri sekali dan tewas 2 kali.

Dalam perlawanan pusingan pertama di Likas, Sabah menewaskan pasukan PKNP FC dengan jaringan tipis 1-0 melalui gol Rahmanshah Marajeh di minit-minit akhir permainan walaupun PKNP FC telah bertahan dengan cukup bagus. Dalam perlawanan tersebut, hanya 1 percubaan PKNP FC yang tepat ke gawang Sabah, selebihnya Rozaimie Rohim tidak sempat berpeluh pun.

Bermain di tempat sendiri pastinya akan membuatkan PKNP FC menjadi pasukan yang lagi dahagakan gol walaupun mereka selalunya bermain di Batu Kawan dalam keadaan stadium yang agak kosong dan lengang. Adakah esok para penyokong Sabah akan membanjiri Stadium Batu Kawan?

 

Mari kita lihat 5 kelemahan pasukan PKNP FC yang dapat dikenalpasti untuk pengetahuan para barisan jurulatih, pemain dan juga penyokong Sabah.

1. Penyudah tumpul PKNP FC

Selepas menewaskan pasukan Selangor dengan jaringan 3-0 di Shah Alam, pasukan PKNP FC telah mengalami masalah penyudah jaringan. Ketika seri 0-0 dan tewas 0-1 kepada Pahang dalam 2 perlawanan terakhir mereka menyaksikan mereka sebenarnya mempunyai peluang yang banyak untuk menjaringkan gol namun tidak berjaya menemui jaringan.

Penyudah tumpul ini mungkin sekali disebabkan oleh tiadanya penyerang berbisa mereka iaitu Shahrel Fikri yang berhijah ke Liga Thailand di pertengahan musim 2018. Ketiadaan penyerang yang mempunyai keupayaan memenangi bola di dalam kotak penalti lawan menyebabkan mereka kini hanya bergantung kepada percubaan jarak jauh dan situasi-situasi bola mati seperti sepakan sudut dan sepakan bebas.

 

2. PKNP FC kurang tenaga import

Tatkala pasukan lain menurunkan 4 orang pemain import dalam satu-satu perlawanan, pasukan PKNP FC pula hanya mempunyai 3 orang pemain asing untuk membantu mereka. Situasi mereka adalah sama seperti Sabah namun Sabah berkelebihan kerana pemain import mereka adalah terdiri daripada 1 pemain CB dan 2 penyerang. Bagi PKNP FC pula, mereka mempunyai 2 pemain import bermain sebagai CB dan 1 pemain tengah.

Walaupun ini merupakan 6vpwa  kekurangan pasukan PKNP FC apabila menentang Selangor dan Pahang, namun ia dilihat seimbang jika mereka bertemu pasukan Sabah esok.

 

3. PKNP FC tertekan

 Status PKNP FC selaku pasukan Liga Super sudah pasti akan memberikan mereka tekanan dalam perlawanan ini memandangkan pasukan Sabah hanya pasukan Liga Premier yang jauh lebih rendah standard daripada mereka.

Tekanan juga akan berpihak kepada pasukan PKNP FC memandangkan mereka terdesak untuk menang perlawanan ini untuk menghidupkan peluang mereka ke peringkat Suku Akhir UNIFI Piala Malaysia. Dengan 2 perlawanan berbaki untuk mereka, mereka akan dapat mengutip 10 mata jika dapat memenangi 2 baki perlawanan tersebut.

Bagi pasukan Sabah pula, tekanan untuk menang itu mungkin kurang kerana mereka hanya seri pun mereka akan layak ke peringkat seterusnya. Bermain tanpa tekanan sudah pasti akan menjadikan mereka lebih selesa mengawal permainan.

Sebagai rekod, pasukan PKNP FC masih belum pernah menewaskan Sabah di gelanggang mereka sendiri. Kali terakhir PKNP FC menjadi tuan rumah kepada Sabah ialah pada musim 2017 yang mana mereka hanya sekadar seri 1-1.

 

4. PKNP FC bermain dalam keadaan stadium yang kosong

Memandangkan pasukan PKNP FC adalah pasukan yang mewakili Perak dalam saingan Piala Malaysia kali ini, sokongan penyokong mereka hanya tertumpu kepada perlawanan pasukan Perak sahaja dan kelibat penyokong yang datang menyaksikan perlawanan PKNP FC di Batu Kawan adalah amat mendukacitakan.

Ini dilihat suatu yang kurang membantu PKNP FC untuk meningkatkan semangat bermain mereka. Namun, bagi Sabah pula ini merupakan suatu kelebihan untuk mereka. Dijangkakan bahawa penyokong Sabah akan lebih ramai daripada PKNP FC dalam perlawanan ini nanti seperti yang berlaku di Shah Alam minggu lepas.

 

5. PKNP FC mudah bolos di saat akhir melalui set-piece

Pasukan PKNP FC tewas dua kali dalam saingan Piala Malaysia setakat ini dengan kesemuanya akibat melepaskan sepakan percuma di minit-minit akhir perlawanan.

Dalam perlawanan menentang Sabah di Likas, PKNP FC dibolosi dalam masa kecederaan separuh masa ke-2 menerusi sepakan percuma Sabri Sahar yang walaupun ditepis keluar oleh Syazani Puat, rebound bola tersebut berjaya disambar oleh Rahmanshah Marajeh untuk gol kemenangan Sabah.

 

Dalam perlawanan menentang Pahang, pasukan PKNP FC sekali lagi dibolosi pada minit ke-85 menerusi situasi sepakan percuma yang berjaya disudahkan oleh pemain pertahanan Pahang iaitu Matthew Davies.

Jadi, JA harus memberi tunjuk ajar yang sewajarnya kepada anak-anak buah beliau agar mereka dapat memanfaatkan setiap sepakan percuma yang mereka perolehi dalam perlawanan nanti. Antara yang perlu dilakukan ialah mengarahkan Sabri Sahar menghantar bola kepada sama ada Pito atau Roki kerana pemain ini mempunyai keupayaan untuk mendapatkan bola di udara.

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Piala Malaysia 2018: Sabah akan menang jika mengetahui 5 kelemahan utama PKNP FC ini pada esok."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*