Saksikan detik-detik menarik Sabah ketika membenam Selangor 2-1 di Shah Alam pada Selasa

Para pemain Sabah meraikan gol-2 Sabah pada minit ke-86 menerusi Roki.

Sabah merampas takhta liga saingan Kumpulan D UNIFI Piala Malaysia 2018 dari tangan pasukan Pahang apabila menewaskan pasukan Selangor 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam semalam (28 Ogos 2018). Untuk rekod, ini merupakan kemenangan ke-2 berturut-turut buat Sabah ke atas pasukan Selangor dalam masa jangka masa kurang dari 2 minggu.

Kemenangan 2-1 ke atas pasukan The Red Giants semalam merupakan kemenangan yang ke-3 Sabah dalam saingan Piala Malaysia kali ini. Apa yang lebih menarik adalah, Sabah mengekalkan rekod tanpa kalah untuk 4 perlawanan berturut-turut walaupun berada dalam kumpulan yang pada mulanya ‘sukar’ buat Sabah kerana PKNP FC, Pahang dan Selangor merupakan pasukan Liga Super.

 

Ikuti sorotan dan aksi menarik perlawanan

Pasukan Selangor bermula dengan sangat garang di separuh masa pertama manakala Sabah pula hanya sesekali melakukan serangan balas. Setiap gerakan yang dilakukan Sabah pula banyak dipatahkan kerana pasukan Selangor melakukan high press untuk mengelakkan Sabah mengawal bola terlalu lama.

Pasukan Selangor berjaya mencemaskan gawang gol Sabah seawal minit ke-8 apabila tandukan Rufino Segovia tersasar sedikit melepasi pintu gol Sabah selepas menerima hantaran baik daripada Sean Selvaraj dari sebelah kiri by-line Sabah.

4 minit kemudian, Selangor sekali lagi berjaya menguji beteng pertahanan Sabah namun sebelum sempat Rufino membuat connect terhadap lintangan Sean, Rawilson telah berjaya mengeluarkan bola tersebut. Follow up daripada Ilham Udin pula tersasar dan tidak membahayakan Rozaimie Rohim aka Roy.

Pada minit ke -13, giliran Sabri Sahar pula untuk melakukan sepakan jarak 30m dari luar kotak penalti Selangor namun berjaya ditangkap dengan kemas oleh Khairul Azhan.

 

Pada minit ke-18 pula, Evan Dimas melepaskan satu sepakan jarak 35m yang kencang namun tersasar melepasi gawang gol Sabah.

Pada minit ke-28, Roy sekali lagi bertindak cemerlang menidakkan sepakan half volley daripada Sean Selvaraj selepas satu kekalutan dalam kotak penalt Sabah. Bagaimanapun Roy bertindak cemerlang dengan menepis percubaan tersebut.

Pada minit ke-36, Amri Yahya berjaya melakukan percubaan dari jarak dekat namun percubaan beliau melambung tinggi melepasi palang gol Sabah.

Sabah pula sepatutnya menghabiskan separuh masa pertama dengan kedudukan 1-0 namun percubaan Pito walaupun hanya berhadapan 1 vs 1 dengan Khairul Azhan tersasar sedikit melepasi tiang gol The Red Giants di sebelah kanan.

 

Kedudukan separuh masa pertama tamat dengan Sabah mengikat Selangor 0-0.

Bersambung di babak ke-2, pasukan Selangor terus rancak melakukan serangan seawal minit ke-49 apabila Rufino melepaskan rembatan kencang kaki kiri dari luar kotak penalti Sabah namun Roy seperti biasa sudah bersedia untuk menidakkan percubaan tersebut.

3 minit kemudian Sabah berjaya mendahului pasukan Selangor 1-0 pada minit ke-52 menerusi Hector Ramos aka Pito apabila pemain import Sabah dari Puerto Rico itu melakukan half volley selepas mendapat flick header ke belakang dari Roki. Gerakan tersebut dimulakan melalui hantaran jauh Randy Baruh.

 

Terkejut dengan gol pendahuluan itu, pasukan Selangor bertindak balas dengan baik pada minit ke-55 apabila Syami Safari mendapat peluang di hadapan kotak penalty namun mujur sepakan daripada pemain tengah U23 Malaysia itu tepat ke dakapan Roy.

Pada minit ke-64, pemain pertahanan Selangor dari Brazil, Wilian Pacheco pula menyaksikan tandukan beliau tersasar walaupun Roy sudahpun tertewas. Bagaimanapun jika gol berlaku ada kemungkinan gol tersebut dibatalkan kerana Roy dikasari sebelum tandukan dilakukan.

Pasukan Selangor hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Evan Dimas apabila pemain U23 Indonesia itu hanya berhadapan 1 vs 1 dengan Roy namun Roy yang bertindak cemerlang meluru ke hadapan untuk memberi tekanan. Bola bagaimanapun kelihatan bergolek masuk ke dalam gawang namun Rawilson Batuil berjaya melakukan clearance penyelamatan yang baik.

10 minit kemudian, Sabah menambah derita Selangor apabila menjaringkan ke-2 menerusi Roki. Ia sekali lagi dihasilkan melalui permainan bola tinggi tang dimulakan oleh Roy sendiri. Hantaran lambung berjaya disambut oleh Ummareng Bacok yang menghantar kepada Pito. Pito pula melorongkan kepada Ricco Nigel Milus yang  seterusnya melakukan hantaran high through pass kepada Roki yang melepaskan diri dari perangkap offside lalu dengan tenang melakukan rembatan kencang kaki kiri menewaskan Azhan untuk kali ke-dua.

 

Selangor pula berjaya merapatkan jurang gol menerusi Rufino Segovia pada masa kecederaan apabila pengadil perlawanan, Nagor memberikan sepakan penalty kepada Selangor walaupun insiden terkena bola ke tangan Azizan Nordin itu berlaku di luar kotak penalty Sabah. Sepakan kontroversi itu kemudiannya disudahkan dengan baik sekali oleh Rufino Segovia namun ia tidak untuk pasukan Selangor.

Tamat perlawanan, Sabah menewaskan Selangor di Stadium Shah Alam dengan jaringan 2-1 sekali gus meletakkan mereka ke Suku Akhir dan menunjukkan Selangor jalan keluar dari UNIFI Piala Malaysia 2018. Nampaknya naib juara Piala FA 2018 belum mampu menyaingi Sabah yang hanya berada di tangga ke-6 Liga Premier 2018.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Saksikan detik-detik menarik Sabah ketika membenam Selangor 2-1 di Shah Alam pada Selasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*