Piala Malaysia 2018: Sabah berupaya beri hatrik kekalahan buat Selangor di Likas!

Perlawanan Sabah vs Selangor 18 Ogos ini. Kredit: FMLLP

Sabah akan melayani kunjungan pasukan Selangor pada 18 Ogos 2018 (esok – Sabtu) ini di Stadium Likas dalam perlawanan ke-3 UNIFI Piala Malaysia 2018 bagi Kumpulan D. Perlawanan klasika dan penuh nostalgia ini akan bermula pada pukul 8.15 malam. Sabah dijangka akan melebarkan lagi kutipan mata mereka dalam saingan ini memandangkan mereka kini menghuni di tangga ke-2 dalam Kumpulan D dengan 4 mata hasil 1 kemenangan dan 1 seri.

 

Prestasi pasukan Selangor

Prestasi pasukan Selangor dalam saingan UNIFI Piala Malaysia 2018 ketika ini agak mengecewakan kerana mereka tewas dalam 2 perlawanan awal mereka secara berturut-turut. Lebih parah lagi apabila pasukan yang digelar The Red Giants ini gagal menjaringkan sebarang gol sedangkan mereka bermain di gelanggang sendiri.

Pasukan Selangor seharusnya berasa sedikit kecewa sebelum bermulanya saingan UNIFI Piala Malaysia 2018 ini kerana mereka menyedari bahawa mereka kehilangan 2 tonggak import dari Indonesia mereka iaitu Ilham Udin Armayin dan Evan Dimas. Kedua-dua pemain ini diberikan perlepasan kerana akan mewakili pasukan kebangsaan Indonesia dalam temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang.

Selangor juga bakal merasai ketiadaan pemain muda berbakat mereka iaitu Syami Safari yang ketika ini bersama-sama skuad Ong Kim Swee untuk membawa cabaran skuad Malaysia dalam acara Bolasepak Sukan Asia 2018.

Dalam saingan Liga Super 2018, pasukan Selangor hanya sekadar menduduki tempat ke-8 daripada 12 pasukan yang bersaing.

 

Pemain tumpuan Selangor

Dengan pemain yang dimiliki Selangor ketika ini, mereka sudah tentu tidak mempunyai pilihan lain selain mengharapkan magik daripada penyerang import Brazil mereka iaitu Rufino Segovia yang telahpun menghasilkan sebanyak 14 gol dalam saingan UNIFI Liga Super 2018. Pemain ini sangat digeruni dengan finishing beliau yang mantap. Ini bermakna, tugas berat sekali lagi menanti benteng pertahanan pasukan Sabah pada esok (18 Ogos).

Selangor kini juga hanya bergantung kepada kombinasi pemain muda dan berpengalaman mereka untuk pergi sejauh yang mungkin dalam saingan Piala Malaysia. Pemain muda yang harus diberikan perhatian khusus dalam perlawanan ini ialah sudah pasti pemain muda dari Negeri Sembilan, Sean Selvaraj yang mempunyai kelajuan dan skil individu yang baik serta berpotensi menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

Selain Sean, pemain muda seperti Kanan Kalaiselvan, Arunasalam Namathevan dan Kugen Dhevarajan juga harus diberikan perhatian serius oleh para pemain Sabah kerana ketiga-tiga pemain ini merupakan pemain Wing Back kiri dan kaanan yang kerap kali melakukan overlap dengan kelajuan yang mereka miliki.

Pemain seperti Azamudin Akil dan Razman Roslan sudah pasti dikenali ramai memandangkan kedua-dua pemain ini mempunyai zaman kegemilangan bersama Pahang beberapa musim yang lalu dan kini menymbang khidmat untuk pasukan Selangor.

 

Prestasi semasa Sabah

Walaupun pasukan Sabah pada mulanya digelar sebagai pasukan underdog selepas keputusan undian Piala Malaysia 2018, mereka telah membuktikan bahawa mereka bukan hanya pasukan pelangkap jadual dengan terbaru menewaskan pasukan PKNP FC di Likas dengan jaringan 1-0 dan seminggu sebelum itu mereka mengikat juara Piala FA 2018, Pahang 1-1 di Stadium Darul Makmur.

Dengan 1 seri dan 1 kemenangan dalam 2 perlawanan awal Piala Malaysia 2018, Sabah kini mengumpul 4 mata dan menduduki tempat ke-2 Kumpulan D. Pahang pula berada di kedudukan pertama dengan kelebihan jaringan.

Dalam saingan Liga Premier 2018 bagaimanapun Sabah hanya berada di tangga ke-6 liga kerana aksi yang kurang konsisten di 4 perlawanan akhir mereka. Bagaimanapun dengan adanya kombinasi pemain muda dan berpengalaman Sabah, mereka setakat ini beraksi baik dalam setiap perlawanan Piala Malaysia 2018.

 

Sabah tidak seharusnya memandang rendah Selangor

Dengan prestasi pasukan Selangor yang tidak baik dalam Piala Malaysia edisi kali ini, pasukan Sabah sepatutnya pandai mengambil kesempatan ini namun mereka tidak perlu memandang rendah keupayaan pasukan The Red Giant itu. Ini kerana, pasukan Selangor masih merupakan pasukan elit Liga Super yang bila-bila masa sahaja boleh mengejutkan mana-mana pasukan.

Harus diingat bahawa masih terdapat 4 lagi perlawanan peringkat kumpulan yang akan dihadapi pasukan Sabah. Jika mereka konsisten maka mereka akan dapat beraksi ke peringkat kalah mati sementara sebaliknya jika mereka gagal pamerkan prestasi konsisten.

 

Sabah selalunya pamerkan aksi dominan di Likas

Menentang sesiapa sahaja jika Sabah bermain di Likas, sudah pasti corak permainan  mereka garang. Dan berdasarkan rekod permainan Sabah, semakin kuat pasukan yang mereka tentang maka semakin baik permainan dan semangat juang yang mereka tunjukkan.

Ia dibuktikan ketika menewaskan PKNP FC dengan penuh dramatik di Likas minggu lalu yang mana pasukan PKNP FC tidak berjaya melakukan sebarang percubaan ke kubu pertahanan Sabah. Mengapa? Ini kerana, setiap pergerakan yang cuba direncanakan oleh PKNP FC pada ketika itu dapat dipatahkan awal dan akhirnya pasukan dari Perak itu gagal melakukan sebarang percubaan. 1 percubaan pun tiada.

 

Kekalkan barisan 11 pemain menentang PKNP FC mungkin satu tindakan yang bijak

Barisan kesebelasan utama pasukan Sabah ketika menewaskan PKNP FC minggu lalu boleh dikekalkan kerana berdasarkan kombinasi pemain-pemain tersebut, boleh dikatakan bahawa ia merupakan barisan yang efektif. Apapun, menentang pasukan Selangor yang mempunyai pemain yang jauh lebih offensive, para pemain Sabah harus lebih berwaspada.

Barisan kesebelasan utama Sabah ketika menewaskan PKNP FC 1-0 di Likas pada 11 Ogos lalu.

Sabah mungkin sekali lagi bermain tanpa Mafry Balang dan Keisuke Ogawa namun kedua-dua permain ini sudahpun menjalani latihan semula bersama pasukan sejak minggu lalu. JA sudah pasti akan menurunkan mereka berdua ini jika mereka sudah kembali 100% cergas dan bersedia untuk beraksi.

Untuk Jenius Karib pula, beliau sudah pasti tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan ini kerana esok (18 Ogos) merupakan hari berlangsungnya perkhawinan beliau. Semoga beliau kembali kuat untuk memantapkan lagi benteng Sabah di perlawanan yang akan datang.

 

Roki menyeru semangat positif dari rakan sepasukan dan penyokong

Dalam laman sosial Facebook milik Rodoljub Paunovic, beliau menyeru agar rakan sepasukan dan penyokong menjalankan tugas masing-masing pada perlawanan esok (18 Ogos) untuk memudahkan misi pasukan Sabah mendapatkan 3 mata penuh di Likas, menentang pasukan yang cukup dikenali di Malaysia itu.

Ini adalah suatu yang positif kerana terdapat hubungan yang baik terjalin di antara pemain dan penyokong. Ini pastinya akan menjadikan perjuangan para pemain lebih bebaloi dan tidak sia-sia kerana terdapat pihak yang mengapresiasi perjuangan tersebut. Siapakah mereka? Kita la bah siapa lagi.

 

Sahutan satu penyokong, satu bendera daripada NBU.

Sebagai penyokong yang ingin melihat pasukan mencapai kejayaan, panggilan satu penyokong satu bendera daripada anggota NBU sudah pasti akan menjadikan suasana stadium menjadi lebih gegak gempita. Selain pertembungan klasik kedua-dua pasukan ini, prestasi  positif Sabah dalam saingan kali ini sudah pasti akan menjadikan kedatangan penyokong lebih menggalakkan.

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Piala Malaysia 2018: Sabah berupaya beri hatrik kekalahan buat Selangor di Likas!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*