Piala Malaysia 2018: Sabah pasti buatkan hidup PKNP FC merana esok!

Kredit: FMLLP

Sabah bakal melayani kunjungan pasukan PKNP FC esok bersamaan 11 Ogos di Likas dalam perlawanan ke-2 Piala Malaysia 2018 bagi Kumpulan D. Pertembungan ini seperti biasa akan bermula pada pukul 8.15 malam. Perlawanan lain yang melibatkan kumpulan ini adalah perlawanan di antara juara dan naib juara Piala FA 2018, Pahang dan Selangor. Untuk pengetahuan, pertemuan di antara Sabah dan PKNP FC ini merupakan yang ke-3 dalam tempoh 2 tahun.

Perlawanan ini dilihat harus dipergunakan dengan sebaiknya oleh Sabah untuk cuba menduduki tangga teratas atau sekurang kurangnya berada di kedudukan ke-2  Kumpulan D selepas 2 perlawanan. Ini kerana, jika PKNP FC tewas, Sabah akan mengumpul sebanyak 4 mata. Dan jika keputusan lain memihak kepada Sabah, sudah pasti kedudukan teratas itu akan menjadi milik sementara Sabah.

Jika mengekori rekod pertemuan kedua-dua pasukan, PKNP FC dilihat mempunyai rekod yang lebih baik daripada Sabah apabila menang sekali dan seri sekali dalam 2 pertemuan terakhir mereka. Di mana, Sabah mengikat PKNP FC 1-1 di Ipoh dalam perlawanan pusingan pertama Liga Perdana musim lepas dan tewas 1-3 di Likas dalam perlawanan pusingan ke-2.

 

Prestasi PKNP FC

Pencapaian pasukan PKNP FC dalam Liga Malaysia merupakan suatu yang sangat memberansangkan. Pasukan yang berpangkalan di Ipoh ini menyertai Piala FAM pada 2016, layak ke Liga perdana 2017 dan seterusnya layak secara automatik ke Liga Super musim 2018. Ini bermaksud dalam 3 tahun penyertaan mereka dalam kancah bolasepak di Malaysia mereka sudahpun menrekodkan pencapaian yang boleh dibanggakan.

Pasukan PKNP FC menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-9 daripada 12 pasukan keseluruhan namun berjaya sampai ke Separuh Akhir Piala FA musim ini. Banyak pasukan yang menggelar mereka sebagai pasukan underdog namun mereka banyak memberikan kejutan kepada pasukan-pasukan hebat yang lain termasuklah yang terkini menewaskan Selangor 3-0 di Stadium Shah Alam dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2018 bagi Kumpulan D.

 

Pemain pilihan PKNP FC

Pemergian Shahrel Fikri Fauzi ke Liga Thailand ketika jendela perpindahan pemain yang lalu, meyebabkan posisi ketua pasukan bagi pasukan ini digalas oleh Hafiz Ramdan. Hafiz telah menunjukkan bahawa beliau layak mengenakan arm band Ketua Pasukan itu apabila berjaya menjaringkan 4 gol dalam 7 perlawanan terakhir beliau bersama PKNP FC. Kelincahan dan kemahiran menggunakan kaki kidal beliau merupakan suatu yang perlu diawasi oleh para pemain pertahanan Sabah di Likas esok.

Selain Hafiz Ramdan, pemain muda lain yang perlu diberikan perhatian oleh para pemain Sabah esok adalah penyerang mereka iaitu Fandi Ahmad. Nama beliau mungkin sinonim dengan nama bintang bolasepak Singpura suatu ketika dahulu namun jangan takut, dia tidak sehebat legenda Kota Singa itu. Tapi apapun kelajuan yang dimiliki oleh Fandi ini merupakan senjata utama beliau dalam proses merobekkan gawang gol pasukan lawan seperti yang dilakukannya ketika menentang Selangor minggu lepas.

Pemain import pasukan PKNP FC dari Latvia, Ritus Krjauklis merupakan pemain yang juga perlu diberikan perhatian khusus memandangkan pemain ini mempunyai kebolehan menjaringkan gol melalui situasi bola mati. Beliau pernah menjaringkan 1 gol untuk PKNP FC ketika menewaskan Sabah 3-1 di Likas musim lepas melalui tandukan hasil sepakan sudut. Kebanyakan gol yang dihasilkan beliau adalah menerusi sepakan sudut.

Jadi kepada barisan kejurulatihan dan pemain Sabahm, jangan kamu bilang The Rhinos Troops tidak payung. Kamu baca ini bagus-bagus dan faham. Ini kerana setiap pemain yang admin fokuskan dalam setiap previu admin akan berjaya membolosi gawang pasukan kita.

 

Pito dan Roki sandaran utama di bahagian serangan

Dalam perlawanan lepas ketika mengikat Pahang 1-1, Roki dan Pito menampakkan persefahaman yang baik dengan menghasilkan sekurang-kurangnya 2 peluang 1 lawan 1 dengan penjaga gol pasukan Pahang. Jadi ini sudah pasti akan memberikan gambaran bahawa gandingan ini bakal melakukan hal yang sama ketika menentang pasukan PKNP FC esok.

Ketika tewas 1-3 di tangan PKNP FC musim lalu di Likas, pasukan Sabah waktu itu hanya meletakkan Roki berseorangan di hadapan sambil dibantu oleh pemain sayap iaitu Leopold Alfonso dan Ummareng Bacok. Perlawanan esok dijangkan berbeza daripada yang dulu kerana Sabah kini sudah bermain dengan 2 penyerang yang kedua-duanya berkebolehan untuk melakukan jaringan serta pemain sayap yang lincah bagaikan lipas kudung seperti Maxsius Musa dan Hamran Peter.

 

Apakah Sabah akan mendapat khidmat Jenius, Mafry dan Ogawa semula?

Mafry Balang dan Jenius Karib ketika ini sudah menjalani latihan semula Bersama pasukan Sabah. Ini merupakan suatu petanda yang sangat positif untuk pasukan Sabah dan JA khasnya kerana beliau mempunyai lebih banyak pilihan dalam beberapa posisi penting seperti Left Back  dan Defensive Midfielder. Diharapkan agar para pemain yang disebutkan ini akan menjadi lebih cergas dari hari ke hari.

Ogawa pula yang mengalami kecederaan jangka panjang mungkin mempunyai peluang yang agak tipis untuk diturunkan. Walaubagaimanapun jikalau Sabah layak ke peringkat kalah mati, peluang untuk beliau menyumbang bakti masih terbuka.

 

Rozaimie Rohim layak dikekalkan sebagai Penjaga Gol No.1 dalam Piala Malaysia 2018

Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Rozaimie Rohim dalam kancah bolasepak Malaysia, beliau selayaknya dikekalkan sebagai penjaga gol nombor 1 Sabah. Beliau juga turut beraksi dengan sangat cemerlang ketika perlawanan menentang pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur minggu lalu. Di mana, beliau banyak melakukan critical saves yang menidakkan pasukan Pahang untuk memperolehi 3 mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Walaupun Roy berehat agak lama di bangku simpanan dalam saingan Liga Premier 2018, beliau telah buktikan bahawa setiap kali beliau diberikan kepercayaan untuk memikul tugas sebagai PG Sabah, beliau melakukan tugas tersebut dengan sehabis baik. Penampilan pertama beliau bersama Sabah sebagai PG utama berkesudahan dengan Sabah menang 3-0 ke atas UiTM FC di tempat lawan.

 

Pemain ke-12 diharapkan beri kekuatan dan kelebihan tambahan buat Sabah

Memandangkan ini merupakan kali pertama Sabah menampilkan diri dalam Piala Malaysia selepas 7 tahun, kedatangan para penyokong amatlah diharapkan. Di samping semangat berbeza di kalangan para pemain Sabah kerana bermain dalam Piala Malaysia buat pertama kali, kedatangan kita sebagai penyokong Sabah sudah tentu akan menyemarakkan lagi semangat juang para pemain.

Sabah kini mempunyai 3 kelebihan utama pada esok iaitu:

  1. Bermain di tempat sendiri serta di hadapan penyokong sendiri
  2. Semangat setelah 7 tahun tidak beraksi dalam Piala Malaysia
  3. Misi menamatkan badi tanpa kemenangan ke atas PKNP FC

Oleh hal yang demikian, kedatangan para penyokong Sabah amatlah diharapkan esok. Adakah anda saksikan bagaimana Sabah mematah-matahkan pasukan FELCRA FC di Likas pada perlawanan Liga Premier yang lepas? Dan mahukah anda melihat persembahan seperti itu esok? Jadi jangan kasi lama, kita kasi fullhouse itu Stadium Likas. Ayuh Sang Badak!

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Piala Malaysia 2018: Sabah pasti buatkan hidup PKNP FC merana esok!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*