Saksikan 4 peluang terbaik yang dicipta Sabah ketika mengikat Tok Gajah 1-1 di Kuantan.

Rawilson Batuil mengawal ketat pergerakan Mat Yo dalam perlawanan menentang Pahang pada 4 Ogos lalu. Kredit: Utusan Online

Sabah berjaya menidakkan anggapan ramai orang bahawa Sabah akan menjadi ‘lauk’ Pahang dalam perlawanan UNIFI Piala Malaysia 2018 Kumpulan D yang berlangsung semalam di Stadium Darul Makmur, Kuantan apabila berjaya mengikat pasukan yang gah dengan jolokan Tok Gajah dengan jaringan 1 sama. Dalam perlawanan tersebut, Sabah malah mempunyai banyak peluang terbaik untuk membolehkan mereka kembali ke KK dengan 3 mata. Walau apapun, 1 mata yang diperolehi ketika menentang juara Piala FA 2018 adalah suatu yang sudah sangat memadai.

 

Sorotan dan ringkasan perlawanan

Di separuh masa pertama, Sabah merupakan pasukan yang paling banyak menghasilkan percubaan ke atas gawang gol Pahang dan menyebabkan Penjaga Gol tuan rumah Helmi Eliza terpaksa bekerja keras untuk menghalang percubaan-percubaan tersebut.

Sabah telah mencatatkan sebanyak 6 percubaan ke arah gawang Pahang di separuh masa pertama sementara Pahang hanya mampu melakukan 3 percubaan yang mana percubaan ke-3 mereka berjaya menghasilkan gol tunggal mereka pada minit ke-45 menerusi Austin Amutu.

Hector Ramos Lebron berjaya menghasilkan gol penyamaan ketika perlawanan separuh masa ke-2 baru menjangkau 45 saat. Gol tersebut adalah hasil gerakan build up daripada Maxsius Musa, Azizan Nordin dan Hamran Peter. Maxsius yang  melarikan bola di hadapan kotak penalti Pahang dengan mudah melakukan lorongan buat Pito yang merembat lemah melepasi kangkang Helmi Eliza.

Sejurus selepas Sabah menghasilkan gol penyamaan, pasukan tuan rumah tampil mempekemaskan permainan dan mendominasi perlawanan namun Sabah bertahan penuh disiplin dan tiada gol dihasilkan sehingga tamat perlawanan sepenuh masa. Keputusan muktamad, Pahang 1 dan Sabah 1.

 

Mari ikuti 4 peluang Sabah yang boleh membuatkan mereka pulang dengan 3 mata penuh jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

1. Peluang jarak dekat dari Roki

Roki telah mendapat peluang terhidang setelah larian Maxsius Musa berjaya melepasi Bunyamin Omar sebelum melakukan cut back jarak dekat dari arah kanan gawang gol Pahang. Sentuhan tap in dar Roki bagaimana pun tersasar. Terselamat benteng pertahanan Pahang.

 

2. Peluang 1 vs 1 Pito

Pito yang mendapat umpanan cantik dari Roki telah menempatkan diri beliau hanya behadapan 1 lawan satu dengan Helmi Eliza namun tindakan yang dibuat oleh Pito itu sedikit lambat kerana Helmi sudah mara ke hadapan untuk menghalang percubaan mahupun hantaran yang cuba dilakukan Pito.

 

3. Rembatan kencang Pito dalam kotak penalti

Setelah mendapat lorongan cantik daripada Roki, Pito mendapat peluang 1 lawan 1 dengan Helmi Eliza namun percubaan kencang daripada Pito itu berjaya ditepis keluar. Dalam situas ini, Pito sepatutnya lebih tenang kerana beliau mempunyai masa untuk berfikir ke mana bola tersebut diarahkan. Ini kerana, Roki dan Maxsius telahpun berada dalam kotak penalti untuk menantikan lorongan.

 

4. Rembatan leret kencang Pito terkena tiang

Dengan body shield mantap yang dimiliki oleh Pito, beliau berjaya melakukan satu turning baik untuk melepaskan rembatan kencang namun sepakan kencang beliau hanya sekadar terkena tiang gol dalam ketika Helmi Eliza sudahpun tergamam. Peluang Pito ini dimulakan dengan satu build yang baik dari rakan sepasukan.

 

Keputusan-keputusan lain yang melibatkan Kumpulan D adalah seperti berikut:

Kita lihat juga bagaimana kedudukan semasa bagi Kumpulan D selepas perlawanan semalam.

 

Sabah akan menantikan kunjungan pasukan PKNP FC yang dibarisi banyak pemain muda berbakat pada 11 Ogos ini di Likas. Diharapkan agar sokongan penuh terhadap Sabah daripada anda semua boleh memberikan kekuatan tambahan kepada Sabah.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Saksikan 4 peluang terbaik yang dicipta Sabah ketika mengikat Tok Gajah 1-1 di Kuantan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*