Sabah mampu kejutkan Pahang esok!

Kredit: FMLLP

Pertemuan Sabah menentang pasukan Pahang dalam perlawanan pertama Piala Malaysia 2018 untuk Kumpulan D pada 4 Ogos di Stadium Darul Makmur, Kuantan ini amat menarik untuk disaksikan. Ini kerana kedua-dua pasukan sudah lama tidak bertemu antara satu sama lain dalam mana-mana saingan bolasepak di Malaysia. Kali terakhir pertemuan Sabah dan Pahang adalah dalam saingan Liga Super dan Piala FA 2011.

 

Berikut merupakan rekod pertemuan Sabah dan Pahang yang terakhir dalam pertandingan bolasepak di Malaysia.

2007 (Piala Malaysia – Peringkat Kumpulan) :

Sabah menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan 3-0 dalam saingan Piala Malaysia 2007 di Likas. Pada ketika ini pasukan Sabah bermain dalam saingan Liga Perdana. Gol-gol Sabah dalam perlawanan ini disumbangkan oleh penyerang sensasi Sabah ketika itu iaitu Charles Obi, Jerzy Arkadiuz dan Ijebor Prince Guy Ative.

Dalam perlawanan timbal balas di Darul  Makmur dalam saingan Piala Malaysia 2007, Sabah sekali lagi menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan 1-0 melalui jaringan Chow Chee Wing. Walaupun Sabah diasak berhabis-habisan pada ketika itu, benteng Sabah terlalu kuat untuk ditembusi oleh para pemain Pahang termasuk pemain import hebat mereka ketika itu seperti Anthony Milicic dan Mamadou Diallo.

 

2011 (Liga Super & Piala FA):

Sabah menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan 2-0 pada perlawanan yang diadakan di Stadium Likas. Namun diikat dengan jaringan 2-2 dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur.

Dalam tahun yang sama, pasukan Sabah pula tewas 2-1 dalam perlawanan Piala FA di Stadium Darul Makmur.

Selepas perlawanan tersebut, Sabah dan Pahang tidak lagi pernah bertemu. Perlawanan pada 4 Ogos ini nanti merupakan perlawanan pertama mereka selepas 7 tahun.

 

Prestasi pasukan Sabah dan Pahang

Ikuti prestasi Sabah dan Pahang dalam saingan yang lain musim ini.

 

  • Sabah

Liga: 100PLUS Liga Premier 2018

Kedudukan: 6 daripada 11 pasukan

Menang/Seri/Kalah: 7/7/6

Jaringan/Bolos: 35/26

Purata Gol setiap perlawanan: 1.75 gol

Penjaring terbanyak: Hector ‘Pito’ Ramos (14 gol)

Jumlah Clean Sheets: 5

 

  • Pahang

Liga: UNIFI Liga Super 2018

Kedudukan: 4 daripada 12 pasukan

Menang/Seri/Kalah: 9/7/6

Jaringan/Bolos: 33/21

Purata Gol setiap perlawanan: 1.5 gol

Penjaring terbanyak: Issey Nakajima Farran (6 gol), Patrick Cruz (6)

Jumlah Clean Sheets: 8

Pencapaian:

  1. Layak ke Play-off Asian Super League
  2. Juara Piala FA 2018

 

Berdasarkan statistik ringkas di atas, pasukan Sabah kelihatan lebih baik dalam menghasilkan jaringan iaitu mempunyai purata 1.75 gol dalam setiap perlawanan berbanding pasukan Pahang yang hanya mempunyai 1.5 gol dalam setiap perlawanan. Apapun dari segi clean sheets, pasukan Pahang lebih baik daripada Sabah.

 

Khidmat Mafry dan Jenius ditagih

Setelah pulih daripada kecederaan, Mafry Balang dan Jenius Karib sudahpun kembali menjalani latihan Bersama pasukan Sabah. Ini merupakan satu petanda yang menarik buat pasukan Sabah kerana pengalaman dan kebolehan mereka sudah pasti diperlukan untuk menentang pasukan yang kuat dalam saingan Piala Malaysia 2018.

Seorang lagi pemain harapan Sabah, Keisuke Ogawa apapun masih belum pulih daripada kecederaan MCL yang dialami beliau sejak 6 perlawanan liga yang lalu. Sabah dilihat bakal beraksi dengan hanya 3 pemain import dalam saingan Piala Malaysia 2018.

 

Kemunculan semula dalam Piala Malaysia berikan semangat baru buat Sabah

Setelah 6 tahun tidak beraksi dalam saingan Piala Malaysia, Sabah kini kembali sekali lagi. Sudah pasti dengan kedatangan semula ini akan membuatkan semangat para pemain akan berbeza jika dibandingkan dengan semangat yang ditunjukkan ketika beraksi dalam Liga Premier.

Inilah yang akan menjadikan Sabah sebuah pasukan yang harus diawasi oleh PKNP, Selangor dan Pahang dalam Kumpulan D. Bayangkan bagaimana semangat anda ketika sudah 6 tahun tidak beraksi, sudah pasti lebih bersemangat bukan?

Semangat ini sudah pasti bukan sahaja dirasai oleh para pemain namun juga bakal dirasai di kalangan para penyokong Sang Badak sendiri. Diharapkan kedatangan penyokong di Stadium Likas juga bertambah baik sepanjang saingan Piala Malaysia ini berlangsung.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah mampu kejutkan Pahang esok!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*