Sabah wajib menang ke atas PDRM esok

Para pemain Sabah meraikan jaringan selepas jaringan kemenangan menerusi Hector Ramos. Kredit: Sabah FA Official Media Team

Sabah akan berkunjung ke Stadium Shah Alam pada pukul 9 malam esok dalam perlawanan yang harus dimenangi Sabah sambil mengintai peluang sama ada boleh melangkah ke saingan Liga Super musim hadapan ataupun sebaliknya. 2 lagi pencabar untuk layak ke saingan Liga Super musim hadapan seperti MISC-MIFA FC dan FELCRA FC juga akan bermain menentang lawan masing-masing dalam masa yang sama.

Dua lagi perlawanan yang melibatkan pencabar kelayakan ke Liga Super musim hadapana ialah:

1. Terengganu FC II vs MISC-MIFA FC (SSINS, Kuala Terengganu. 9 Malam)
2. FELCRA FC vs Sarawak (Stadium Shah Alam, Selangor. 9 Malam)

 

Rekod pertemuan Sabah dan PDRM FA

Dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ini, Sabah menewaskan pasukan The Cops dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama liga di Stadium Likas. Gol-gol Sabah dalam perlawanan tesebut dihasilkan melalui Maxsius Musa yang menolak mudah menewaskan penjaga gol PDRM FA sementara gol ke-2 hadir melalui tandukan Heo Jaenyeong selepas sepakan percuma cantik yang dilakukan oleh Sabri Sahar.
Pasukan PDRM FA mendapat beberapa peluang terbaik dalam perlawanan tersebut namun Robson Rendy Rining bertindak cemerlang menidakkan peluang-peluang tersebut.

 

Prestasi PDRM FA

Pasukan The Cops ini dibarisi oleh 4 pemain import. Mereka ialah Sim Woon Sub (Korea Selatan), Shunsuke Nakatakae (Jepun), Argzim Redzovic (Montenegro) dan Petrisor Voinea (Romania).

Kesemua pemain ini merupakan tunjang buat pasukan PDRM FA sepanjang mereka beraksi dalam saingan liga musim ini.

Setakat ini, Petrisor Voinea telah pun menjaringkan 5 gol buat PDRM FA diikuti oleh Sim Woon Sub dengan 4 gol, Shunsuke Nakatakae dengan 3 gol dan Argzim Redzovic dengan 2 gol.

Penyerang muda pasukan PDRM FA iaitu Arif Manaf juga harus diberikan perhatian khusus oleh para pemain Sabah kerana pemain ini telah menghasilkan 2 gol menentang Felda United dalam perlawanan terakhir mereka. Satu daripada gol tersebut dihasilkan kurang dari 1 minit permainan berlangsung.

Shahurain Abu Samah merupakan pemain PDRM FA yang cukup berpengalaman dan amat perlu untuk diberikan perhatian wajar oleh para pemain pasukan Sabah pada perlawanan esok.

Apapun pasukan Sabah dilihat mempunyai peluang baik kerana pasukan PDRM FA tidak konsisten dari segi prestasi mereka ketika ini yang mana mereka tidak menang dalam 4 perlawanan terakhir mera yang juga menyaksikan mereka tewas 2 kali berturut-turut di tempat sendiri.

 

Sabah perlu bermain sehabis baik

PDRM FA yang sudah terkeluar daripada persaingan merebut tempat ke saingan Liga Super musim hadapan seharusnya tidak mempunyai tekanan lebih-lebih lagi mereka juga telah mengesahkan tempat mereka dalam saingan Piala Malaysia tahun ini Bersama Sabah, MISC-MIFA, FELCRA dan Felda United.

Bagi Sabah pula mereka kelihatan sedikit tertekan kerana selain perlu menang perlawanan menentang PDRM FA ini, mereka juga sudah pasti berharap pasukan MISC-MIFA keciciran mata dan berharap pasukan Sarawak mampu menewaskan FELCRA FC.

 

Adakah senario Liga Perdana 2010 berulang kembali?

Saingan Liga Perdana 2010 berakhir dengan penuh dramatik apabila Sabah berjaya mengiringi pasukan FELDA UNITED FC ke Liga Super 2011 walaupun ketika itu pasukan PKNS FC dilihat sebagai pasukan pilihan.

Pasukan PKNS FC dan Sabah ketika itu terikat dengan masing-masing mengutip 42 mata sehingga perlawanan ke-21 liga namun PKNS FC mempunyai perbezaan jaringan yang jauh lebih baik daripada Sabah. Dalam situasi itu, Sabah tidak mempunyai pilihan lain selain menang dalam perlawanan ke-22 mereka sambil mengharapkan PKNS FC tewas atau seri dalam perlawanan mereka.

Hasilnya, pasukan PKNS FC tewas dan Sabah menang dalam perlawanan terakhir liga sekali gus melayakkan Sabah ke saingan Liga Super 2011.

Mampukah Sabah sekali lagi mengiringi pasukan Felda United FC ke Liga SuperĀ  2019 kali ini? Mari kita sama-sama berharap.

 

Ayuh jadikan Stadium UiTM Shah Alam sebagai Likas esok

Memandangkan ini merupakan perlawanan penting buat Sabah, para penyokong Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia amat diharapkan agar memenuhkan ruangan tempat duduk di Stadium UiTM Shah Alam untuk memberikan sokongan padu buat Sabah dalam misi yang agak sukar untuk mereka. Dengan hanya sokongan anda sahajalah semangat para pemain Sabah akan lebih berkobar-kobar esok. Kalau bukan anda dan kita semua, siapa lagi?

About the Author

B Oken Tacts
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah wajib menang ke atas PDRM esok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*