Sabah sekadar seri, 3 faktor utama gagal hasilkan gol

Maxsius Musa cuba mendapatkan bola daripada Raimi Mohd Noor. Kredit: Sabah FA Official Media

Sabah mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan pasukan FELCRA FC apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan menentang pasukan Pulau Pinang semalam. Keputusan tersebut nyata lebih memedihkan memandangkan pasukan FELCRA FC dan PDRM FA tewas mengejut kepada lawan masing-masing. 

Pasukan Sabah kini menghuni tangga ke-4 liga dengan 25 mata, 1 mata di belakang MISC-MIFA FC dan 6 mata di belakang FELCRA FC. Hanya sedikit perubahan yang berlaku selepas perlawanan itu di mana Sabah memintas pasukan PDRM FA yang kini berada di tangga ke-5.

 

Sorotan perlawanan

Pasukan Sabah bermula agak perlahan dalam perlawanan semalam dengan peluang tercipta hanya selepas lebih 10 minit perlawanan berlangsung. Peluang pertama Sabah menerusi percubaan Maxsius Musa selepas mendapat umpanan daripada Sabri Sahar dalam situasi sepakan percuma pada minit ke-20.

Pada minit ke-25, Sabah sekali lagi mendapat peluang baik menerusi Hamran Peter yang mendapat ‘set up’ daripada Roki namun Hamran merembar bola tersebut dengan geram lalu melambung tinggi melepasi palang gol pasukan Harimau Kumbang.

Roki kemudiannya mempunyai 2 peluang terhidang masing-masing pada minit ke-29 dan 34 namun penjaga gol Pulau Pinang menidakkan percubaan tepat beliau.

Pasukan Pulau Pinang bertindak balas dengan peluang terbaik mereka pada minit ke-43 hasil satu situasi kelam kabut di dalam kotak penalti Sabah. Percubaan mereka mujur tidak menepati sasaran.

Tamat separuh masa pertama Sabah dan Pulau Pinang terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak ke-2 kedua-dua pasukan mempunyai peluang terhidang masing-masing namun pasukan pelawat boleh menyalahkan diri sendiri kerana menyaksikan 2 percubaan mereka terkena tiang gol Sabah dalam situasi pemain mereka tidak dikawal oleh mana-mana pemain Sabah. Peluang tersebut diperolehi oleh bekas pemain Kedah, Chidi Edeh dan Mohd Fitri Syazwan.

 

Ikut pula 3 Faktor utama Sabah yang mungkin membuatkan Sabah gagal hasilkan gol.

 

1. Faktor nasib

Faktor tidak bernasib baik ini tidak dapat disangkal lagi sebagai faktor lazim yang membuatkan sesebuah pasukan gagal untuk menjaringkan gol.

Sabah berjaya menghasilkan banyak peluang untuk menjaringkan gol namun tiada satu pun yang berjaya menggegarkan jaring pasukan Pulau Pinang.

Dalam hal yang lain, Sabah bernasib baik kerana tidak dibolosi oleh pasukan Pulau Pinang yang berjaya menggegarkan palang gol pasukan Sabah sebanyak dua kali.

 

3. Kecekapan penjaga gol Pulau Pinang

Jika bukan kerana kecekapan penjaga gol pasukan PP yang bertindak cemerlang menidakkan percubaan para pemain Sabah sudah pasti Sabah mampu beroleh sekurang-kurangnya satu gol.

Penjaga gol pasukan PP, Amirul Asyraf banyak menidakkan percubaan pasukan Sabah walaupun dalam keadaan 1 lawan 1. Kehandalan penjaga gol ini semalam sangat terserlah dengan menidakkan lebih daripada 1 peluang keemasan pasukan Sabah terutama sekali melalui percubaan Roki dan Maxsius Musa.

 

3. Tertekan

Hal ini merupakan suatu yang sangat sukar dihadapi memandangkan faktor ini akan menyebabkan pemain hilang fokus dan membuatkan mereka lebih kerap membuat. Faktor ini dikhuatiri menjadi dalang dan punca kegagalan Sabah menghasilkan sebarang gol semalam.

 

Dengan liga berbaki 2 perlawanan sahaja lagi, pasukan Sabah dilihat perlu menang kedua-dua perlawanan terakhir mereka. Sabah akan menentang pasukan FELCRA FC dan PDRM FA dalam perlawanan tersebut. Jika FELCRA FC pula tewas dalam kedua-dua perlawanan terakhir mereka maka peluang Sabah untuk layak ke Liga Super adalah cerah. Kita harapkan keajaiban boleh berlaku untuk pasukan Sabah.

About the Author

Barman Oken Omoi
An Advanced Oil & Gas Geology Analyst, football fan, football analyst and blogger covering Malaysia Premier League, Malaysia Super League, Piala FA Malaysia, Piala Malaysia, PIala FAM, Piala Presiden, Piala Belia, AFC Cup, AFF Suzuki Cup and more! Providing news, player profiles, game analysis and more!

Be the first to comment on "Sabah sekadar seri, 3 faktor utama gagal hasilkan gol"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*